Monday, January 31, 2011

TKD23♥

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Elok-elok, sihat-sihat semua? Bagus Alhamdulillah. Ok, sebelum nak cerita apa kata kita semua doakan keselamatan semua pelajar and rakyat Malaysia yang sekarang berada di Mesir, yelah sekarang dekat sana ada rusuhan. Dan jugak untuk rakyat MAlaysia yang kini sedang menghadapi bah (banjir), Melaka pun kena jugak, kat ALor gajah pulak tue an, sekarang pun aku ngah pikir2 balik ke tak LEndu nie?? -_______-  Semoga kalian semua dilindungi oleh Yang Maha Kuasa, Allah S.W.T. Amin...

 Hari nie. sesaje je gatal-gatal nak menaip sebab, sebab suka atielah. =) ok, ok ngarut sudah.. Sebelum nie aku ada cerita-cerita pasal kelaslah, sekolahlah kan, tapi kali nie nak cerita pasal level =). Mesti yang tak tahu tue cakap aku merepek, yelah ape bende cerita pasal level?? Ok, seperti kalian tahu (eceh, skema ayat) aku kan duduk kat kolej (lebih kurang hostel, bukan tempat study ok) so, dalam satu kolej tue dibahagikan lah setiap orang floor masing-masing, dan alah lebih kurang macam hotel. =) Tak faham?? Fahamkan.. =)

Ok, selain kat bilik, budak-budak level pun antara BESTIE untuk aku kat UiTm nie, yelah mana tak nyer selalu je (almost) 24 hours (eeerrr, tolak klass, and bende-bende yang tak sepatutnya) dengan diorang nie jugaklah aku lepak-lepak, berbual, gossip (hehe, well kaum hawa, ngeee) makan pun same-same tau, hah jangan maen-maen. Tapi biasanya kitaorang cuma lepak-lepak sesame baya jelah, part 2 je, part yang laen tak berapalah nak join sangat, sebab masing-masing sibuk kot. =)

  So, nak aku kenalkan tak nama-nama diorang?? hehe, sebenarnya malas nak type, hehe, tapi maybe aku just letak gambar-gambar sebab gambar lagi best, tulis bukannya best sangat kan?? (ke, aku je yang perasaan) haha, lantaklah.. Ok, nah amek gambar nie, tengok...

HEHe, nie gambar tahun nie, yang pakai baju melayu tue dikir barat and baju kurung pulak nasyid... =)
(FrOM LEft : Wanie, ANne, Ghassy, Me and WAwa)

Nie gambar waktu first sem masuk sini, kitaorang budak-budak part 1 kena buat cheerr... =)
(RAmai sangat nak letak nama, hehe.. LEVELMATE)

Yang nie budak-budak nie tengah tengok 3 ahli level die (wanie, popeye "zatie" and aku!! haha, =,='' join tun kudu masuk dikir barat)
(From RIGht : Anness, Piqa, Opie, FAizeen,Mira, Pija and WAwa.. 2 org lagi tue kawan diorg,hehe.. x knal)

 Macam-macam perangailah kitaorang nie semua, biasalah an. ANd kalau nak tahu level kitaorang nie memang bising giler, riuh lah katakan, hehe, biasalah kami.. =) MAen slidinglah (luncur bedak, =,='''), maen air (girls (bajet speaking, -____-), tahu2 jelah an) and macam-macam lah kot. APE-ape hal pun seronok, sebab selain kelas dengan levelmate pun rapat jugak, hehe... =)

 Oklah, sebenarnya aku tak ada banyak sangat gambar, kalau ada pun gambar tue tak boleh kot nak letak-letak kat sini, hehe... LAgipun aku maen cilok je gambar nie so thanks ghassy, aku amek gambar nie kat fesbuk kau, hope u don't mind.. hehe, =) smile syunk!
APe-ape pun thanks semua, sebab kite happy duduk dlm satu level dan sampai bile-bila pun kita still frends forever yep.. =)

* HEhehe, TKD23.. <3






Saturday, January 29, 2011

Cutiku Seminggu Je...

Assalamualaikum and happy chinese new year to all yg celebrate perayaan ini yer.. Awal tak? Hehe, sesaje je sebab takut-takut tak sempat ke nak ish. So, sempena CNY nie, UiTM bagi kiteorang cuti selama seminggu yang mana aku rasa seronok and tak seronok.. ^^ hehe..
Sebab-sebabnyer ialah :
1. Cuti seminggu, boleh diconsiderkan sebagai sekejap je (tak puas weyh) and lama (sebab bosan weyh, tak tahu nak buat apa)
2. Cuti yang seminggu je tapi our lecturer thinks that kami cuti selama sebulan T,T, get the hint?? Maksudnyer assigment berlambaklah weyh, tapi tak apa sebab nak study an, nak pandai an, nak DL an, and nak sucess an (banyak sangat nak) -___________-
3. Naek je cuti kami ada sesuatu yang big-big menanti kami semua iaitu TEST. Giler gempak tak weyh?? T,T
(and until now x faham sangat one of the subject yg aku study, macam tteeeettt)
4. Duduk rumah kene buat keje, T,T
5. Cuti nie aku saket lah... Sakit tekak and suara memang rock giler, hilang-hilang, nak jerit-jerit nak nyanyi tak boleh, haha.. Padan muka, degil saket tekak makan ice cream (sooddaaappp!! wafel ice cream kat shheebby) and minum coke (awaklah nie belanja saya, =)... tanks )
6. Feelings saya.. (eh,eh tetibe saya pulak).. yang ini biarlah saya je tahu... teeeeetttt.... =P (poyo)

ok, dah tue je, nanti laen masa saya tulis lagi entry bebanyak ye...

* MAanfaatkan masa cuti anda... =)
* banyak tak aq nanges?? T,T

Monday, January 24, 2011

SAhabat♥

 Assalamualaikum.. MAcam-macam perangai bebudak kat level nie. Memang seronok.. Ada yang giler-giler,ada yang macam bebudak and that we call a life. Jumpa bnyak orang. Dapat ramai kawan and ada jugak hilang kawan. Hilang kawan, yup kawan yang dulunya kita anggap kawan. So, sape-sape yang terasa tue pandai-pandailah eh ingat balik siapa kawan baek korang and cuba korang cam betul-betul balik siapa kawan korang time korang susah, siapa yang memang dah tahu perangai korang.Sebab betulkah kawan yang korang ada sekarang nie betul-betul anggap korang kawan??
  Ingat kalau kita nak cari kawan carilah betul-betul and jangan tersilap, salah langkah, emm... Ingat biasanya teman untuk kita huhahuha and enjoy segala macam memang ramai, tapi kalau teman yang nak sedey-sedey, rasa-rasanya wa cakap lu, 1 peratus je. tepuk dada, tanya selera, betul tak? Oklah, tak tahu nape wa tetibe emo je mau tulis pasal kawan nie, sebab.... (biarlah rahsia) So, kepada kawan-kawan aku, ingat aku sayang korang!! But, apa-apa hal pun family comes first&hearts;

 * HAve fun in ur life... ;)
*  Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Sunday, January 16, 2011

Dikir BArat...

 Assalamualaikun dan hello semua, amacam hari nie? Ok-ok je kan. KAlau adA Masalah jangan stress-stress jangan tension ok, cuba selesaikan, InsyaAllah boleh selesai punya.. (MAcam lagu kat blog aku, TRouble Is A Frend)

 Tengok tajuk entry kan, mesti tertanya-tanya kenapa aku tulis pasal dikir barat, sebab apa, sebab aku masuk dikir barat, walaweyh, haha.. (Mesti kawan-kawan aku yang kenal aku terkezut kan??) HAah, betullah aku masuk dikir barat, tapi jadi yang tepuk-tepuk tangan tue (aku tak tahu namanyer, sape org kelantan?? kecek cepat kat sini, hehe)

 So, wish me gud luck untuk petang nie, pertandingan antara kolej-kolej di UiTM nie, huhu, cuak-cuak, step pun ada gak yang gagap lagi, lirik lagu pun tak berapa nak ingat, macam aku penah cakap kat sini aku memang jenis yang susah sikit nak hafal lirik-lirik lagu nie, huhu.. Dah naseb badan..

 Ok, mahu end kan entry nie, apa-apa hal pun tanks sebab sudi untuk luangkan masa (ayat skema je.. =,=)
hehe, ok, bye-bye, assalamualaikum..

* Saket tangan sebab kene tepuk kuat-kuat, huhu...
* Seronok nyanyi-nyanyi ramai-ramai sambil kecek kelantae.. huhu..

Saturday, January 15, 2011

BErangan nak jadi kaunselor..

 Assalamualaikun and good-good semua.. Emm, sekarang nie rasa macam nak tulis pasal perasaanlah pulak kan, kat sini sebab manalah tahu kot-kot korang pun boleh bagi apa-apa pendapat ke, comment ke, ataupun cerita kat aku apa-apa cerita yang korang rasa berkaitan dengan perasaan nie kan. Perasaan aku sekarang nie ialah ???? Tak apelah abaikan, sebab sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku merepek nielah...
-________________________-

JEnis-jenis PErasaan:
* SEdih
* Gembira
* Seronok
* Natural (biasa-biasa aje)
* MEnyampah (eerr, perasaan ke?)
* GEram
* Sakit hati

Sebenarnya perasaan nie tak boleh nak dilistkan atau pun ditulis, sebab perasaan nie datangnya dari hati kita manusia sendiri, jadi sebab tuelah kalau kita memang betul-betul sayangkan seseorang tue kalau orang tanya kita balik kenapa, kita mesti tak tahu nak jawab apa kan, sebab suka tue datang dari perasaan (bukan perasan tau) dan perasaan tue datang dari hati kita. Sebab tue kadang-kadang apa yang kita rasa dalam hati tak ada orang pun boleh tahu melainkan kita dan juga Allah s.w.t sahaja. So, jagalah hati kita baek-baek dan juga jangan pulak lupa nak jaga hati orang di sekeliling kita sebab setiap manusia mempunyai perasaan tak kiralah sesempoi mana pun orang tue, tolonglah jaga mereka baek-baek sebelum kita kehilangan mereka, sebab mereka tak mungkin dapat diganti..

Ok, ini semua hanyalah pendapat aku sebagai seorang manusia dan pelajar dan remaja yang berumur 18 tahun (belum tarikh lahir lagi eh.. ).. Apa-apa hal pun, INILAH LIFE.. =) JAdi tak macam seorang kaunselor??? ngeeee... =)

* Terasa macam seorang kaunselor lah pulak.. -__________-
* Ada apa-apa tambahan??

Friday, January 14, 2011

SUprise!!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... PEnat giler tau arie nie. Tadi aku dan kawan-kawan pergilah TESCO sebab kitaorang nak buat suprise kat kawan kitaorang (aku guna kitaorang, mewakilkan kawan-kawan) Faizeen dan Nasir sebab arie nie bufday Nasir n besok pulak bufday Faizeen, so alang-alang menyeluk perkasam (ecehh, pantun pulak) kitaorang pun berpakat nak buat suprise partylah kat diorang, walaupun kitaorang sambut kat intekma je (tempat makan yg agak popular di dalam UiTM sini) so sementara belum siap-siap nie (mati x siap ag!! ) aku nak tulislah entry nie kejap, lagipun diorang takkan baca unyer pun nie.. So, Suprise korang!!! Tunggu sat lagi kita makan ok dan makan sate (tue pun belum order ag nie,huhu)...

* Hapy Birthday korang!!!
* Syukur Alhamdulillah =)

Thursday, January 13, 2011

Saya Pelajar Uitm (LENDU,MELAKA)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. MAcammana hari ini, sihat? BAgus-bagus Alhamdulillah.. Tadi petang roomate saya (eceh) ada tunjukkan satu blog nie (klik tau), dekat saya, so saya pun macam tertariklah nak buat entry kali nie, iaitu SAYA PELAJAR UiTM ^^

Ok, mari kita bercerita,hehe... UiTM ialah singkatan bagi Universiti Institusi Teknologi Mara. Universiti ini hanya mengambil pelajar Melayu dan Bumiputera Malaysia sahaja, iaitu Sabah dan Sarawak.. BAiklah sekarang saya nak bercerita tentang apa-apa yang menarik kat sini... Bismillahirahmannirohim..

 Kursus yang sekarang nie aku (err, tukar aku balik, ngeee) sedang amek ialah Diploma Pengurusan Perniagaan atau kod kursusnya ialah BM111, kire budak businesslah,hehe... Kos ini sebenarnya pilihan ke4 aku, tapi aku tahu semua yang berlaku tue mesti ada hikmahnya jadi aku redha je dan sekarang nie aku seronok plus suka jugak bila dapat study kursus ini. Antara subjek yang aku belajar ialah Management, Business Mathematics, Ctu, Bel, Koku (PBSM), Account yang nie semua subjek masa Sem 1 atau kitaoraeg budak2 U panggil Part 1, tapi sekarang aku dah masuk Part 2 (baru je masuk,huhu) dan dah mulalah nak belajar subjek laen iaitu MArketing, Microeconomy, Costing, Bel, Ctu and Koku still ada iaitu PBSM, =_=  NAma kelab Business nie pulak ialah KElab De'Best..

Itu mengenai subek-subek yang aku study, tapi kalau kos-kos yang laen tue kurang pastilah, tapi kalau nak tahu lebih lanjut layari je internet ke tanya kawan-kawan ke... Ok? =) Sekarang aku nak cakap pasal kolej-kolej yanh ada kat sini pulak. Ok, kita start dengan kolej lelaki- HANG JEBAT, HANG TUAH, HANG KASTURI, HANG LEKIU, dan HANG LEKIR. Kolej perempuan pulak- TUN KUDU, TUN PUTIH, TUN MERAH, TUN PUTERI, TUN FATIMAH,TUN SENAJA, DANG MERDUWATI, DANG WANGI, DANG ANUM and TUN TEJA... RAsa-rasanya cukuplah semua kolej-kolej yang ada kat sini.

TUN KUDU
Inilah nama kolej yang aku menetap atau sebagai rumah kedua aku selain rumah aku kat ** (lokasi dan tempat dirahsiakan,haha). AHaks, tue pun nak berahsia kan. Tun Kudu nie nama salah seorang panglima waktu zaman dulu-dulu. DAh baca kan?
Kolej
Unggul
Dan
Unik
HAh, inilah moto untuk kolej kitaorang..


 Kat sini setahu aku (sebab aku baru 2 sem kat sini) ada tradisi tersendiri tau, iaitu HAKKA dan CHEERS. Cakap kat korang memang best giler tengok bende nie, nak-nak bila time bebudak laki buat HAkka nie kan. Ada satu kolej kat sini, iaitu Kolej Jebat dioarang akan buat hakka nie dari satu kolej ke kolej yang laen. Kalau yang peremuan pulak buat cheers, ikut kreativiti kolej masing-masing contoh melalui congan kata ke, nak lompat-lompat ke, memang bestlah. Kalau korang nak tengok, pergi je search kat youtube taiplah hakka UiTM , Melaka ke, sebab nak letak kat sini bukan hak milik aku, takut-takut sikitlah,hehe... Tengoklah.


 MAcam-macam benda menarik yang ada kat sini, contohnya Tasik Tun Fatimah (seronok kalau duduk-duduk tepi tasek sambil rendam-rendam kaki). Lepas tue kalau malam-malam biasanya kat kolej mesti ada orang datang jual nasi lemak, roti john, apalagi kitaorang pun berebutlah nak beli (laparlah katakan,hehe)..

 PeNGALAaman sepanjang aku ada kat sini, banyaklah jugak ada manis, ada pahit, tapi apa-apa hal pun memang seronok. Pengalaman yang aku tak boleh lupa, emm, ok banyaklah jugak, kalau sesiapa yang pernah baca entry aku sebelum ini  (hek, dah baca?) itulah adalah antara salah satu pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakanlah, malu-malu... Seronok bila kat sini bila dapat memenuhi impian family aku yang nak sangat aku masuk universiti sejak kecik lagi, kira Alhamdulliah aku dapat masuk, tapi bila dah dapat masuk aku takkan lepaskan peluang maen-maen ke, mestilah nak kena belajar bersungguh-sungguh, betul tak? Usaha dan tawakal, InsyaAllah.. =)

Ini antara aktiviti-aktiviti yang aku buat...

NIE GAmbar KELAS Waktu PART 1... PART 2 punya belum ada tapi orangnya sama je, cuma tolak 5 lelaki dan 1 perempuan, dan tambah 1 perempuan balik,hehe..



Nie kitaorg lepak-lepak dekat tepi tasek...

* Terima kaseh kepada Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Awam sebab bagi peluang kepada kami pelajar Universiti untuk ceritakan pengalaman kami sebagai pelajar.
* Credit to Aderina untuk tunjukkan kat aku blog ini...
* =) besst tau study.. ^^


Sunday, January 9, 2011

sakit ='(

 Assalamualaikum.. LAma ke x update? Emm, ntah?? Ok, merepek lagi agaknya terLebey dos amek ubat,haha xde, x de gurau je.. So, arienie dah skip satu kelas -______- microeconomy

SAya sakit gigi :(
ok... see u next time..

* SAkit gigi mmg x best, denyut-denyut die laen, sakit urat aku, macam nak mati...

Wednesday, January 5, 2011

formspring.me

TAnya JElah... =) http://formspring.me/tinbiskut92

SAd~

 Listening to TAylor Swift's song~Breathe...

ASsalamualaikum and hey guys.. Sihat, happy, ceria? Atau sedey? Feelings, macam-macam kan, biasalah manusia, kalau tak ada perasaan tue namanya errr, agak pelik dan memang peliklah, nggeee...

And we know it's never simple,
Never easy.
Never a clean break, no one here to save me.
You're the only thing I know like the back of my hand,
And I can't,
Breathe,
Without you,
But I have to,
Breathe,
Without you,
But I have to.

Sebab lirik nie lah aku macam tertarik dengan lagu nie dan aku akan dengar lagu nie bila aku rasa sedey, bosan dan bila aku rasa nak touching2 ke. Kenapa? Sebab lagu nie cam agak-agak sadis bagi aku dan aku suka. Kalau sedey aku akan cuba kawal perasaan aku bila depan orang tapi kalau sorang2 camnie memang aku nanges, sebab best dapat luahkan apa yang kita rasa.. (Alamak, roomate dah balik tak boleh nanges, hehe) Tak apelah nanti aku cuba happykan diri aku, tapi boleh ke happykan diri kalau dah sedey? Ntahlah kan, sebab bagi aku susah sikit. Sebab tue aku tulis kat blog aku apa yang aku rasa sebab macam nie je salah satu cara yang aku suka nak buat, sebelum nie aku akan tulis kat kertas apa yang aku rasa dan kertas tue tengoklah aku simpan atau buang, sebab aku tak tahu nak cakap kat orang, sebab aku lebih suka simpan. HArap-harap lepas aku tulis nie hati aku oklah sikit. (Dah masuk brapa kali dah aku ulang lagu nie,hehe) Ok, sekadar nak jenguk-jenguk blog nie jugak dan sekadar nak tulis-tulis, jumpa lagi korang, bye..

* And I can't, Breathe, Without you, But I have to, Breathe, Without you, But I have to.

Monday, January 3, 2011

Kembali MEnuntut Ilmu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. SIhat, bagus Alhamdulillah. TAdi pagi bermulalah first lesson aku untuk semester dua. PErasaan? Emm, ok-ok jelah. TApi serius aku cakap yang aku gila-gila nak balik rumah yang teramat sangat, HOmesick babe!! TAk tahu kenapa tapi gila nak balik rumah sekarang. :(
Tapi apa nak buatkan, kita datang sini nak study, nak dapatkan ilmu, nak berjaya, nak tolong family.. Ezza kau BOleh!!!!  ( I hope i can... )
 MAri kita cerita apa terjadi kat aku dalam first day nak? ngeee... BAeklah arie pertam aje dah agak "malang"sikit bagi aku, sebabnya aku punya mangga loker rosak!!  SAngat tteeettt.... MEmang geram giler. Dahlah orang nak pergi kelas untuk arie pertama, lepastue dahlah ngah sedey sebab nak balik rumah, die pulak buat hal. NGek Ngok!!!
 TAdi first class aku ialah microeconomic, apa tue?? Teet... SEbenarnya aku langsung tak ada basic tapi tak apa belajar jelah nanti lama-lama dah tahu, boleh jadi pandai and mana tahu boleh jadi minat, :) TApi ada kira-kira pulak tue-______________- ( SAya TAk suka CAlculations Ok!! ) Lepas tue, suasana dalam kelas tue sedikit ( rasa-rasanya banyak) berubah. KElas telah menjadi sikit ( daripada 32 org jadi 26 org, tak ke ?? ) lepas tue aku rasa macam aku kat sekolah perempuan lah pulak tadi, mana tak nya, yang tinggal cuma seorang je lelaki dalam kelas tue....TApi tak apelah lah kan, nak belajar so kalau kita di"campak" kan kat mana-mana tempat pun untuk kita menuntut ilmu, rasa-rasanya janganlah kita nak merungut ke apa ke kan, sebab "Menuntut Ilmu Biarlah Sampai Ke Negara China"
 Oklah, nie je nak cakap, nanti kau rajin aku tulis lagi merepek-repek and panjang-panjang yer... SEkarang macam tak ada mood sangatlah.. Ok, SElamat Berjuang, LOve You!!! :)

* HAppy Mood, datanglah segera, plez, plez, plez....

Saturday, January 1, 2011

LUahan Okay.. ='(

nAK BAlik, nak BAlik, nAK baLIk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 SAya sanGAt, sAngat, SaNGAt nak BAlik ruMAh!!!!
='(

KEnapa macam nie? KAn datang sini nak study?
: TAk tahulah, maybe sebab dah lama cuti and saya memang nak balik, kalau boleh sekarang jugak.

OKay, EZza relex yer, sekejap je homesick kau tue, macam mula-mula kau masuk asrama dulu, ingat tak? MEmang ingat sesangat, even dah form 2 pun still nak balik rumah sebab tak biasa lagi. TUelah time duduk rumah nak balik sini, time duduk sini nak balik rumah. ='( 

SAya sungguh-sungguh sedey saat ini.

MEngambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam bilik, BErmaen laptop, TIdak mahu keluar berjumpa sesiapa.. SOOrrryyyy...

BEsok dah start kelas, huh. PErasaan? TAk tahu langsung, ='(

TAk pe EZZA kau boleh!! STudy ok. DL lagi ok sem ini, =') InsyAllah.

* SEmua FAmily aku, <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'