Monday, June 13, 2011

Great Man In My Life♥

Assalamualaikum.

Class Business Communication cancel, apa lagi, amek laptop terus online. Habbit. -,-''
Bukak segala laman web sosial yang ada facebook, twitter, blogger. Hanis Zalikha <--- tekan ni.
Baca entry baru yang cik Hanis ni baru update & tiba-tiba rasa sedih. :(  Kalau nak tahu kenapa, baca belog dia.

Nur Ezza Binti Mohd Radzwil. Mohd Radzwil. Saya panggil dia abah. Saya sayang abah saya. & saya rindu abah saya jugak. Tadi lepas baca entry yang Hanis Zalikha tulis terus cepat-cepat ambil handphone saya, saya call abah saya. Boleh dikatakan tipa-tiap hari metsi abah call saya, kalau nak tunggu saya ermmm memang bukan hari-harilah dapat call, dengan jadual yang memenatkan aje, sibuk sikit-sikit tapi saya tetap ingat kat family saya tau. NOTE : FAMILY is IMPORTANT than everythings. 

Ingat lagi dulu-dulu masa kecik-kecik selalu ikut abah pergi mana-mana, kadang-kadang pun ikut ma saya, tapi hari ni nak cerita pasal abah sahaja eh. Dulu waktu umur baya-baya tadika, darjah satu, dua macam tu, kami berniaga kat ikan bakar, perniagaan family. Nanti petang-petang ke pagi-pagi, tak ingat sangat mesti ikut abah pergi bukak kedai, cuci kedai, kemas-kemas, & paling saya ingat saya mesti amek lobak merah, lepas tu makan macam tu aje. :)  Sedaaaaap, sebab saya lagi suka makan carrot macam tu aje, tak suka yang dah masak punye, lembik.

Lepas tu, kadang-kadang selalu ikut abah jalan-jalan pergi rumah sedara, naik bus dari Melaka pergi Johor, pergi station bus Larkin tu & naik bus pergi Singapore. Ada satu hari tu, ingat lagi siap berebut dengan adik siapa dapat ikut abah, tapi last-last abah mesti bawak saya. Sayang abah. :)

Lepas tu kan, abah ada cerita dulu saya kalau nak sangat benda tu, memang kene dapatkan. Masa tu dalam bus, bus tu berhenti kejap & abah tengok kita tengok aje kat luar tingkap tu. Abah cakap kita tengok aje patung doraemon kat luar ang orang jual. Nak tak nak terpaksalah turun kejap sebab nak layan kerenah anak sulung dia ni. Dah sampai kat kedai tu, abah cubalah pujuk beli patung lain yang biasa-biasa aje, tapi mata ni tak habis-habis merenung patung fevret cartoon dari kecik sampai sekarang. Sebab sayangkan anak dia ni, abah belikanlah jugak patung tu. Again, sayang abah. Thanks!

Dulu abah cakap, kita kalau kalah pertandingan mewarna muka mesti masam aje, diam aje, yelah sebab banyak kali kalah. -,-'''  Lepastu abah cakap, abah angkat kita masukkan aje dalam bakul motor, huhuhu.. Dulu saya kecik, comey aje, dah besar pun lagi comey ahaks! Tapi kalau sekarang nak campak dalam bakul motor, tapak kaki pun tak muat agaknya. -,-'''

Dulu masa kecik-kecik saya suka sangat basikal, sangat-sangat suka dengan basikal. Rasanya dulu dah banyak kali jugaklah abah belikan saya dengan adik saya basikal. Yelah, kami semakin membesar & basikal tu maintain aje kecik. Nak tak nak kenalah belikan basikal yang baru.

Masa sekolah rendah, nak dekat exam UPSR, selain cikgu abah saya ajar saya matematik jugak. Abah garang kalau ajar saya, mesti selalu kene marah, yelah lembab sangat dalam subjek congak-congak ni, kadang-kadang buat matematik dengan abah mesti ada air mata. Heee, tapi sekarang dah tahu dah kenapa abah buat macam tu, tengok ajelah sekarang ni, saya seorang penuntut di UiTM dalam Diploma Pengurusan Perniagaan. Kalaulah abah tak marah saya masa saya tak nak belajar dulu. Again, THANKS Abah!.

Nak tahu tak, nama Ezza ni pun abah yang bagi. Abah selalu cerita, dulu masa nak bagi nama, tak tahu nak letak nama apa, macam-macam nama yang timbul, naimah lah, diana amira lah -,-''', last-last besok nak kene letak nama, malam tu abah mimpi. Dalam mimpi tu, ada satu pokok, kat pokok tu ada banyak sanagt nama, tapi last-last semua nama tu hilang (ye kot), tapi tinggal satu aje nama kat pokok tu, nama EZZA. Then atuk tambahlah NUR. Jadilah Nur Ezza.

Kalau nak cerita apa pengalaman saya dengan abah memang tak cukup satu hari, bayangkanlah sekarang pun 18 tahun (bulan 8 baru 19 tahun) saya hidup dengan abah, ma, adik-adik & family. Memang banyak sangatkan. Kalau rasa korang memang sayangkan ayah, abah, baba, daddy, father, papa atau apa pun panggilan yang korang panggil, doakanlah untuk kebaikan mereka, say thanks to him for everythings. Kalau sesiapa yang masih punya bapa, luangkanlah masa telefon dia, berbual dengan dia. Janganlah kedekut sangat nak call darah daging sendiri, kalau ada masa untuk lelaki yang tak ada kene mengena dalam hidup ni sejak kecil, kenapa tak boleh dengan bapa sendiri. Love Abah.


Gambar Lama DAh... hahaha... Aku rasa tu last aku pakai selendang kot. -,-'''



*Abah suruh balik lagi minggu ni, rindulah tu agaknya. Hahaha.. :)

Thursday, June 9, 2011

tu dia, dia dah mai dah.

Motif?? Haha, skali skala gedik-gedik letak gambar sendiri tetibe apa salahnya an... belog aku.  :P
 
  Assalamualaikum & stress!! Hahaha, boleh tak aku nak jerit tetiba? -,-  gila kau ezza. Apa yang dah mai dah ni? Hah, bukan apa nak cakap aje, sekarang dah mulalah ASSigment banyak-banyak ni. Alahai, lemah aje ni hah. Sekarang pun dah masuk semester 3, subjek bertukar & bertambah menjadi rumit (rasa-rasanya) & mulalah nak rasa tension ni hah. Adoi, ni baru diploma kan, baru sem 3, cuba kalau degree ke, amek fast track ke (betul ke ejaan?) tak tahulah camne nanti. T____T'''   Takpelah, sabar aje. :)

  Sekarang tengah duduk-duduk nak tunggu kelas pukul 3 nanti, semata-mata. -,-''  Lepas tu, nak baliklah, balik rumah lagi.. Heee, minggu lepas balik, minggu ni balik lagi. Abah kita lah suruh balik, tahu tu dia rindu.. HAhaha, tahu pun eh nak rindu kat anak dia yg sorang ni. :)

  Sebenarnya aku pun tak pasti apa nak tulis, sebab idea takde, tapi tangan ni hah mengatal aje nak menaip, yelah bajet nak cari information nak buat BEL (English Subject) tapi menggatal jugak tertekan benda yang biru-biru tu (jangan pk laen doe) -,-''  apalagi, facebooklah, pastu tekanlah twitter sekali, pastu tekanlah blog ni, hah mulalah menaip. -,-'''  Takpelah, alang-alang ada masa ni kan, biarlah suka hati akulah nak buat apa kan, hobi aku.

  Lagi satu nak tahu tak (nak mengadu ni), semalam kan jadual aku gilalah pack, bayangkan ada 5 KELAS, termasuk koku. Alahai, penatnya, pastu malam ada perjumpaan kolej lagi. Takpelah, sabar eh budak-budak MBM 111 3E dah naseb kita.. :)   Oh. oh sekarang dah ada junior. Alah, beza setahun aje, macam aku ngan adek aku aje. Adek-adek kat level -,-'', jangan risau kami semua baek. Heee, tak tahu nak cakap apa. -,-

  Ok, dah dah. Malas nak mengarut lebih-lebih. Lagi satu nak cakap, kalau tak puas hati dengan aku cakap depan-depan, jangan maen belakang, aku bantai kang. -,-  Lagi, lagi, tak tahu apa lagi.  Ok, bye semua, kau adam tengah solat jumaat tu, kita kaum hawa ni apalagi, jom jom solat zuhur jom. Assalamualaikum.

"Tak kira di mana kita, ingatlah siapa diri kita yang sebenarnya."

"Kalau rindukan diri ini, pandanglah bulan sebab saya pun akan pandang pada bulan yang sama."

apa jiwang?? -,-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'