Sunday, September 25, 2011

entry pendek (minggu final)

Assalamualaikum.

PBSM settle lama dah.
BEL done.
MACROECONOMICS lepas sudah beban.
CTU tak boleh lupa peristiwa aku blank jawab tadi.

Okay, 4 subjek dah pun lepas & tinggal 2 sahaja subjek yang aku kena harungi lepas ni iaitu (ceh, ceh iaitu) -.- STATISTICS (lusa ni, okay tak dah pagi besok ni) & BUSINESS COMMUNICATION yang gapnya 11 hari. -.- ntah pape.

Dean List..?? emmmm, wondering.  T____T

Thursday, September 15, 2011

fek'el adik aku. -.-

Dalam kereta, on the way balik ke taman tercinta.

adik : abah, tadi kan orang gaduh dalam kelas. cuba teke orang gaduh dengan lelaki ke perempuan?

abah : lelaki. (tenang sambil memandu)

aku : bermonolog dalaman (bising, bising, bising. bila ntah nak diam. -.- )

adik : yeaah, macammana abah tahu?

abah : tahulah anak abah.

adik : orang pukul lelaki tu. orang simbah dia air lepas tu orang pukul kepala dia dengan botol air.

aku : O.O'  bermonolog dalaman (giler punya budak)  =.=''

abah : pergi sekolah nak belajar ke gaduh ? (tenang aje, tak marah) -.-

adik : habis dah dia yang salah.

abah : cuba kalau abah tanya budak tu siapa salah, mesti dia cakap baby (nama penggilan adik aku -.-) yang
          salahkan.

adik : orang benci dia, tak suka dia. dia panggil orang hitam.

aku : BHAHAHAHAHAHA (besar gila gelak. gaduh pasal sebab yang bongoks.)

abah : kenyataan pun.

p/s : skrip diubah sedikit untuk kesedapan pembacaan & penulis sedikit mamai semasa perbualan.

dasat tak dasat adik perempuan aku ? aku teringat pulak masa dia sekolah rendah ada tapak kasut, ulang TAPAK KASUT melekat kat baju sekolah dia sebab gaduh dengan lelaki jugak. -.-

Tuesday, September 13, 2011

errr..?

ntah pape.

pape ajelah an.

kualiti?

keceriaan?

boleh ke aku ni?

kolej?

kawan-kawan, bantulah saya, saya tak tahu betul ke tidak keputusan saya ni. saya takut. takut hilang kawan-kawan. :'(

ps : nanti aku cerita hal sebenar yang dah tahu tu diam-diam aje.

Tuesday, September 6, 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011L

Assalamualaikum.

Mari-mari kita semua ramai-ramai join ni.

Semalam sekian lama tak bukak belog, ceeh lama konon. -.-  seperti biasa bacalah belog-belog yang telah mengupdate & taadaaa

 "Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011" <---(nak tahu apa ni, klik sini sini.)




Saya seorang perempuan. woot, woot. ^____^

Friday, September 2, 2011

this is what we call....

Assalamualaikum...

Ommo. Ommo.

Tiba-tiba kawan saya Sarah Sofiah post link ni Ezza Budak Paling Comeeey! kat wall fesbuk saya. Mula-mula baca macam biasa aje sebab tengah on call dengan A saya. Then, saya baca lagi sebab saya suka baca sesuatu benda tu banyak kali, first baca macam tu saje, second baca baru hayati betul-betul. (siap dengan lagu-lagu bagai, nak menitik air mata tahu tak.!)

Sarah, thankslah babe. Tak pernah-pernah orang nak tulis pasal aku ada jugak akhirnya. Kira kau yang second kot sebab before ni bestie aku Adli Ain Zulaikha pun pernah tulis pasal aku jugak. :)

Oh, kau cakap aku gedik eh? HAHA, well biasalah nak hidup kene gedik. Alaah gedik pun dengan kau jugak weyh, heee... & & aku poyo eh kau cakap? HAHA, alaaah poyo pun dengan korang jugak an, siapa lagi..? ^^

Baca tak apa dia tulis pasal aku? Dia ada cakap masa tu dia pasang lagu jiwang aku nanges an? HAHA, biasalah tu aku. Aku memang macam tu, pernah Sarah bagi lagu UNGU-Cinta Dalam Hati, aku dengar sorang-sorang & aku nangis sorang-sorang. HAHA, gila. Sebab aku ni jenis orang yang suka meletakkan diri sendiri kat sesuatu situasi, contoh aku pernah letakkan diri aku kat situasi sarah, aku paham perit dia macammana.

So, readers nak tahu tak siapa gerangan sarah ni?? Hah, sekarang ni biar cek pulak habaq kat hampa semua.

As she mentioned dalam belog dia, kitaorang start rapat bila, time cuti camtulah an, ha'ah yelaah tu, start contact kat fesbuk at that time dia ada problem & startlah sikit-sikit bagitahu aku lama-lama dah mulalah faham.

Even aku dengan dia kenal kat Lendu, tapi tak tahu kenapa kadang-kadang aku rasa macam dah lama kenaal dia dah. Maybe sebab dia selalu cerita kisah sekolah dia kot aku pulak memang suka gila dengar cerita orang masa sekolah sebab time aku sekolah tak berapa best kot, entah adalah sikit. Dia ni budak pandai weyh, aku mengaku tu. Sebab pernah satu time kat kelas aku dok fokus belajar, dengar lec ajar dia tak berapa pun weyh fokus tapi bila lec tanya soalan amboii kemain lagi dia menjawab. Ciis. =.='''

Dia jugak selalu cakap dia genius, HAHA. Ha'ah memang genius an, baguslah. Gila. -.-'' (jangan risau gila-menggilakan orang dikalangan MBM1113E biasa dah, yang tak tahu jangan berkecil hati). Dia low profile aje orangnya, yang ini saya tabik. Kenapa? Orang-orang yang sekeliling dia mesti tahu punya. :)

Nak tulis apa lagi eh. Oklah, macam yang dirancang dia memang nak amek fast track, tulah mula-mula tu bagilah sokongan jugak an, sebab yelah tapi lama-lama pk macam sedih pun  ada jugak. T__T Yelaaah, sedih weyh kalau hilang kawan ni, I mean dia nak pindah an. Ermm, tapi apakan daya takpelah awak, awak pergi pun untuk berjihad saya rela. :)  Ajja, Ajja Fighting babe! Chaiyook, Chaiyook!!

Sarah Sofiah Hussin. Thanks kawan or should it be sahabat? Kawan, sahabat beza banyak ok. Kau dah pun jadi someone dalam hidup aku ok, so jangan bangga sangat. :'P & nak tahu tak, aku call time tu memang betul, tak tipu pun. :)

Panjang sangat dah ni tulis, oklah daaa, nanti perasaan pulak budak ni, eleeeh. Okbye semua.

p/s : oiit, nama aku Nur Ezza Binti Mohd Radzwil. :)


peah, saya panggil dia peah, takpun ss. :)













Mind Torture

'contoh perubahan di blog ini'


Assalamualaikum.

Hah, tengok bukan setakat fesbuk, blogger ni pun mahu baru-baru jugak. Caiyalah. Ok, ni bukan motif sebenar aku menaip ni.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI   ^______^

tahu, lambat nak wish kat sini, kisah pulak. -.-'''  kasaau nau bahasa, tak baik, tak baik. Raya kali ni sama aje rasanya macam raya yang lepas-lepas, yelah pergi rumah atok, nenek, makan-makan, balik kg kat Pontian, Johor, sedara mai datang raya, kawan sekolah saya dtg raya Sara, Syamsia & Mieza (thanks korang) & raya rumah cikgu Dapat duit raya, tapi sikit aje tak sampai serat pun, duit raya habes dah T_T, apalagi hah, online aje kejenya, assignments tak siap, test tapi buku sentuh aje bacanya tidaak. -___-

Tensilah macam ni, rasa kejaaaap gila. Study tapi macam satu haprak pun tak masuk. Macammana ni? Benci!!

Nak mengadu ajelah an, kenapa cuti seminggu aje? Kenapa cuti seminggu tapi kene ada jugak assignments? Kenapa naik cuti ni ada test lepas tu FINAL exam? Kenapa minda saya kene torture macam ni?

Sebab : Awak tu students, ikut ajelah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. T___T

Entah, sebenarnya aku tak tahu nak luah mana isi perut ni, tak tak isi hati ni so gatallah tulis kat sini. Oh, oh Gilalah, tadi aku tengok draft aku kat belog ni bukan main banyak, semuanya tulis separuh, ada tajuk takde isi, ada isi tapi merepek & sekarang aku rasa aku dah kelaut. okbye.

Naik cuti ni kene kuatkan lagi minda, kene kuatkan lagi hati, aku tahu naik ni mesti banyak gila benda yang tak baik, benda yang aku tak suka datang agaknya, pasal apa, pasal aku main rasa-rasa aje ni. Emmm, entahlah.

Tepuk hati tanya betul ke hati kau cakap macamtu, atau kau sekadar berkata-kata. Jauh dah kita ni....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'