Monday, November 21, 2011

random 2

"Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China."

Assalamualaikum.

Fuuuh, fuuuh, *kibas-kibas tangan. Ohooooi, lama jugak eh tak menulis ni, eheeem al maklumlam semenjak tamat semester break sabtu lepas ni bz lah sikit an gaya hidup ni, dah tak boleh membongkang tidur sesuka hati T___T  banguun pagi  :D <--- lebar senyuman.

Sebelum apa-apa, cek nak ucap TAHNIAH kepada team bola sepak Malaysia yang berjaya MENUMPASKAN team bola sepak Indonesia semalam. (YES! HAHAHA.) kejaam aku --'
Ya Allah, gembiranya hati ni tengok depa berjaya dok pertahankan emas semalam. :')   *terharu   --'

p/s : boleh tahan gak eh pemain-pemain bawah 23 ni. maksud aku boleh tahan tu faham-faham ajelah an. ok gataai. --'


Faizeen and me.
*sebelum bola start, makanan belum sampai apa lagi inilah org perempuan. iyeee dak? heeee.

Pejam pelik, pejam pelik <---- Ameer cakap  -..-  dah hari kedua dah kelas start, kelas semua oklah kot buat masa ni, pensyarah semua okay aje (mudah-mudahan). 

Ok dahlah, rasa macam nak tidur kejaaap aje kejaaap sebab kelas aku lepas ni pukul 2.30ptg, terbaaaek an kelas 8.30 pg lepastu 2.30ptg. 

naaaah, tak tahu nak buat apa. bye.


hai. ini abah saya. itu yg pakai tudung tu kembar saya. -..-  tipu je.



dah mula rindu dah ni. :'(




ni adik aku ni, emmm bolehlah sikit-sikit rindu. -..-

Saje aje aku pergi tesco semata nak luangkan masa dengan abah before diorang balik, ahaaai gedik punya anak an. Heew heeew.

*semoga dapat balik minggu ni. sakit tengkuk ni takde bantal, gigil takde selimut. --'



Tuesday, November 15, 2011

permulaan

Isnin
8.30 - 10.20 AM LAW299 
2.30 - 4.20 PM BMD151/BAB151 


Selasa
8.30 - 10.20 AM MKT310
2.30 - 4.30 PM MGT300


Rabu
10.30 - 12.20AM BMD151/BAB151  
2.30 - 4.20 PM FIN262


Khamis
8.30 - 10.20 AM MGT300
10.30 - 12.20 PM MKT310 
2.30 - 4.20 PM LAW299 


Friday
10.30 - 12.20 FIN262 




(siapkan diri anda dengan khayalan dan imaginasi yang sangat tinggi, sebab entry kali ini penuh dengan magika)

Assalamualaikum.

Apa jadahnya benda kat atas tu, hah itu jadual kelas untuk semester 4 ni hah. So macammana? Aku okaay aje, sebab takde kelas malam! Haha, tak tahu kenapa, aku tersangatlah malas kalau kelas malam ni sebab aku lagi suka kelas pagi. Yelaah, bayangkanlah kita sekolah dulu dah berapa tahunkan selalu bangun awal, pergi kelas pagi-pagi *walhal selalu datang lambat sekolah, kena tahan, kena denda. --'

Sem 4 ni akan banyak subjek baca-baca, jadi jadi kenalaah pandai urus masa ezza oiii awaak tu dahlah lambat gila nak masuk dalam kepala otaak an.  T____T    kusedar siapa diriku ini, ewaaaah. --'

Lagi, kan heee nak jugaklah share aku an, aku an. Siaak ah segaan pulak. *tutup muka.   Okaay, aku emm, emmm aku ni lah weyh, apa tu apa tu *kuis-kuis kaki dekat pasir. 

Okaay, aku dah cuba untuk mengupload gambar letak kat sini tak boleh pulak. Guwa tak tahu salah siapa. Salahkan blogger? Salahkan line? Atau salahkan diri sendiri? Atau kaauorang semua? okngarut. -.-


Takpelah weyh, nanti lain masa aku cuba lagi okaay. Oh, btw aku baru lepas kene tegur ni sebab selalu mengahabiskan masa menghadap laptop aje. :/  *gedik tak aku ini pun nak mengadu. --'


Sebenarnya an, hari ni dah hari (check calendar) hah, hari selasa jadi papai Telok Mas & hello London. Tiket pun baru nak beli ni, lambat an. Barang-barang semua tak kemas lagi. Takpelah.
(cerita yang ini hanyalah rekaan semata-mata)


p/s : aku takde selera dah lepak-lepak dekat fesbuuk tu sebab ada orang letak gambar yang memang fuu betullah. tak senonoh, jadi ada apa-apa hal hantar email, surat-menyurat takpuung call aje guwa. faham. -..-


Guwa sekarang main sini sahaja. Joom ah. :)  bluebird <---klik.






AKU TAK TAHU MACAMMANA BOLEH TERHIGHLIGHT SEMUA HURUF. AKU TAK TAHU NAK BETULKAN. ASAL BOLEH BACA SUDAHLAH EH.


MAAF.  T____t









Sunday, November 13, 2011

You & I

"kita sama sahaja tapi dengan cara yang berbeza."
Assalamualaikum.


                                                                                        ͫ̉ͦ̊̀̔ͧͮ͆̽ͦͩ͋̌͗̚̚҉̵͖̟͙̮͈̼̹̞͝ͅ!̸̶͚͖͖̩̻̩̗͍̮̙̈͊͛̈͒̍̐ͣͩ̋ͨ̓̊̌̈̊́̚͝͠ͅ ̷̧̢̛͖̤̟̺̫̗͚̗͖ͪ̏̔̔̒́ͥ̓ͫ̀ͤ̇ͥ͝ ̡̊͛̇ ̡̊͛̇ŗ̷̢̛͖̤̟̺̫̗͚̗͖ͪ̏̔̔̒́ͥ̓ͫ̀ͤ̇ͥ͝ ̡̊͛̇ ͫ̉ͦ̊̀̔ͧͮ͆̽ͦͩ͋̌͗̚̚҉̵͖̟͙̮͈̼̹̞͝ͅ!̸̶͚͖͖̩̻̩̗͍̮̙̈͊͛̈͒̍̐ͣͩ̋ͨ̓̊̌̈̊́̚͝͠ͅ ̷̧̢̛͖̤̟̺̫̗͚̗͖ͪ̏̔̔̒́ͥ̓ͫ̀ͤ̇ͥ͝ ̡̊͛̇ ͫ̉ͦ̊̀̔ͧͮ͆̽ͦͩ͋̌͗̚̚҉̵͖̟͙̮͈̼̹̞͝ͅ!̸̶͚͖͖̩̻̩̗͍̮̙̈͊͛̈͒̍̐ͣͩ̋ͨ̓̊̌̈̊́̚͝͠ͅ ͫ̉ͦ̊̀̔ͧͮ͆̽ͦͩ͋̌͗̚̚҉̵͖̟͙̮͈̼̹̞͝ͅ!̸̶͚͖͖̩̻̩̗͍̮̙̈͊͛̈͒̍̐ͣͩ̋ͨ̓̊̌̈̊́̚͝͠ͅ ̷̧̢̛͖̤̟̺̫̗.   <---- batak pulak main kotor2 ni, heeee. suka.  :)






Yes, ini saya lagi ini. Menulis, menulis dan menulis. Siapa yang kenal diri ini sebenar-benarnya mesti tahu kenapa diri ini menulis. Okay, mari sambung topik sebenar.

Lelaki dan Perempuan, sama sahaja.

Siapa setuju sila angkat tangan, goyang-goyang kepala. Siapa tak setuju sila berikan sebab. Seperti yang sedia maklum, dekat sini sahajalah aku boleh beri pendapat sebab ini belog aku punya jadi sekarang ni aku nak cerita yang sebenarnya kita ni sama aje. why? 

Pertama sekali kita sama sebab semestinya aku manusia kau pun manusia, iyeee tak? Takkanlah aku manusia kau alien, mana wujud pulak kau ni. --'  


childhood love. never exist to me. --'

Lelaki suka cakap macamni an, siapa perasan

"Alaaah, perempuan ni tahu nak merajuk aje. Gembeng ah asal sikit nak nangis."   --''

Eceeeh, cakap orang ya cik abang. Eheeem, eheeem lelaki pun apa kurangnya an. Kadang-kadang, tapi bukan kadang-kadang selalunya lelaki kalau merajuk hanya Tuhan yang tahu. Tak boleh lama lagi ke nak merajuk? Sebab itu sifat sabar itu penting, sabar untuk melayan kerenah mereka ini juga. Takpe, takpe mereka ini semua bakal imam kita semua an kaum Hawa. Sabaaar ajelah.  :)

"Perempuan gedik. Tengoklah suka amek gambar syok sendiri."

Ewaah, ewaah. Mana lelaki yang cakap camnie, ni aku marahlah sikit. Pasai apa, pasai ada kaum hampa semua pun dok kalut buat benda sama. (teruk gila bahasa utara aku) --'

Sebab apa aku marah, sebab aku bukan nak cakap apalah kan kadang-kadang aku bukak-bukak fesbuk aje, ada aje lelaki dok post gambar dia, banyak-banyak kali. Kadang-kadang caption pun lebih kurang aje macam perempuan. Hah, apa-apa.?  Okaay, maaf emo pulak an. Jadi, betul apa kau aku lebih kuraang aje cuma in a different ways. :)

*jangan terasa bebeh.

"perempuan kalau dah minat Korea..."  

Perumpamaan di atas ini kan, sama jugak macam perumpamaan di bawah ni sebenarnya

"lelaki dan bola...."

Malas nak cakap lebih-lebih, faham-faham sendiri ajelahkan kalau lelaki dan bola tu macammana. Tak pun lelaki dengan game DOTA, X-Box lah, PS lah, macam2 lagi an.... -_____-

Jadi, jangaanlah nak camburu sangat kalau kami sesetengah dari kami minat gila mat-mat Korea sampai sanggup tak tidur malam an tengook drama diorang atau sanggup jadikan wallpaper kat phone takpun lappy gambar dioraang semua, omaaai macam yang aku tengah buat.  nak buat macammana kan, mereka femes, enseeem and okaay tak tahu nak cakap apa.


desktop background aku sekarang ni. Lee Min Hoo

Kesimpulannya an. Manusia ni kadang-kadang ada aje persamaannya cuma dalam cara yang lain. Contoh, perempuan suka sangat agaknya nak mengumpat (Ya Allah, dosa tu tapi tulah diri ni.)  lelaki pulak suka nak membahan-bahan orang lain (sama aje, memperkecilkan orang.)  

TAPI
Lelaki lain

Perempuan lain

Kelainan antara kita berdua itu yang membuatkan kita boleh jadi serasi agaknya an.

"Sentiasa berdoa bahawa kau ialah jodoh aku dan aku ialah jodoh aku."

Amin, InsyaAllah.  :) 

*wo shi M.A de nu pengyou.











Friday, November 11, 2011

"11.11.11-Jumaat."

Assalamualaikum. 

Hari ni dah hari Jumaat dah, jadi besok Sabtu, lusa Ahad, tulat Senin lepastu sambunglah Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat balik & tadaaaa Sabtu. Ada apa dengan Sabtu? Ada cinta, muahaha. --'  Takdelah, kalau diizinkan Allah S.W.T untuk hambanya ini hidup lagi, sabtu ni kena mendaftarlah bebeh balik semula ke kampus tercinta di Lendu, Alor Gajah. Persiapan tu belum lagilah an, sebab macam sebelum-sebelum ni sebelum nak ke kampus tu barulah singgah sana sebentar beli barang-barang.

JAdi.... Naaaaak dekat berakhirlah iyee cuti untuk kita semua? (yang terlibat sahaja)  emmm, pejam celik pejam celik dapaat jugak iyee nak mengharungi 6 minggu cuti, penaaaatnya tak payahlah cakap. Iyeee, iyeee aku tahu mesti ada antara kita ni yang taknak balik langsung Lendu, mesti macam ni kot

"Ada apa dengan Lendu? Issshhh.."

Ceeeh, ada apa eh. Hah, ada macam-macam. Ilmu yang inging dicurahkan. --''  Jangaanlah macamtu iyeee, nak tak nak kita kena bersyukur jugak kat mana-mana pun kita semua ni berada. Cuba bayangkan ada orang lain yang bijak pandai tapi disebabkan ada sesuatu ke yang menghalang diorang nak belajar, tak ke sedih? Jadi, say Alhamdulillah thank you Allah.  :)  *emmm, aku pun kadang-kadang jadi alpa dengan diri sendiri. 

Tapi tulah tu kan, dah nak habis dah cuti ni? emmm... *muka sedih.  HAH? Ezza jangan nak mengade sedih pulak an, dusssh dusssh. --''   Kemain masa cuti nak balik an, tapi iyelaah aku memang nak balik sana jugak, nak mulakan azam baru. Iyelaah, sejak jatuh masa sem lepas ni an, aku aku aku.......  *takpelah, biar aku aje yang tahu. --''

Sebenaarnya entaah, aku pun tak tahu sangat apa aku merepek ni cuma nak bagitahu perkembangan aku ajelah an, ceeeeh bajet retis. -_________-

Oklah, ambil ini sebagai santapan untuk koraaang semua. Naaaah. :)


Ni gambar semalam, sekian lama akhirnya dapat jugak aku jenjalan an. T___T ahaaah, jumpa schoolmates semua, seroonok dengan korang semua semalam. InsyaAllah ada rezeki nanti kita semua jumpalah lagi weyh, buat reunion jom! :)

*semalam karok, maaf. suaraa guwa tak sampailah. memalukan. HAHA nasib pakai mic yg bengong tu, budu. --''




Sunday, November 6, 2011

shopping? errghhhh... --'

"makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan."

Assalamualaikum.

Sekarang ni tengah pasang niat nak jimat berbelanja disebabkan terasa diri ini tersangaaatlah boros ketika berbelanja  :/  Tapi hairan sebab kebiasaan wang yang digunakan lebih ke arah makanan, serius tak tipu *angkat sumpah


jangan cakap yang korang langsung tak tergoda dengan makanan ni? 


lemak.. yumm yumm sedaaaapnya. aku suka lemak cili api.heee..
(A pernah ckp aku ni mcm org negeri suka makan lemak.) --'''

Kalau nak tahulah kan, aku ni jenis manusia yang suka sangat berbelanja ke arah makanan, tidak kepada barangan-barangan wanita yang lain macam gencu, bedak tepek muka ke, celak, baju-baju ni semua. --' Kalau aku beli pung, sekali dua aje, tu pun aku pakai time pergi kelas, hari-hari biasa macamni bedak pun tak pakai.. -.-''  Iyelaaah, bagi aku kalau bershopping tu aku lagi suka dan tertarik pergi ke bahagian makanan daripada bahagian-bahagian lain. -______-  

Jadi nak tanyalah kan, pelik ke seorang perempuan seperti saya tak suka sangat nak shopping-shopping bagai ni? --' 

Teringat aku pernah teman A beli baju, haaaih dia mengalahkan perempuan, err tidak mengalahkan aku sebenarnya. Yelaah, dah pilih baju siap nak masuk fitting room, cuba & tanya pendapat aku okay ke tak, siap kena teman lagi tu -.-  (bukan teman masuk fitting room eh, jangan salah anggap). 

Keadaan akan jadi sangat berbeza dengan aku, nak tahu camne? 

Kalau aku beli baju, aku akan tengok baju tu okay ke tak, kalau cantik aku just letak aje kat badan buat ukuran, tengok saiz, tengok harga (kalau mahal memang taklah aku beli) kalau rasa puas hati baru beli. -.-''
Sebab tu aku pernah ada baju yang kecik (bongoook tak muat, perasan kecik) & aku ada baju yang besaaar (sebab rasa macam eloook aje) --'

Terpulanglah kalau nak cakap aku ni kedekut ke, eheem bukan kedekut tapi jimat sebab aku ni pinjam duit haha, so kena faham situasi aku der.  Terima kasihlah sebab ada bantuan pinjaman yang diberikan kalau tidak macammanalah keadaan saya agaknya. --' 

Bagi kaum hawa diluar sana, seronoklah berbelanja sebab sama aje kita cuma aku lain ajelah, lebih ke arah makanan. -.-' 

Kepada bakal suami, terimalah saya seadanya. Ahaaks, ohh, jangaan risau kalau shopping raya saya teman. hahaha. -___________-'''
  

p/s : save sikit apa duit awak, tak payah nak belikan saya apa-apa belanja saya makan aje cukup. Ngeee. :)
       

Saturday, November 5, 2011

random

Assalamualaikum.

Sekarang aku tengah bosan tak tahu nak buat apa, so aku nak menyemak tulis-tulis kat sini. Kisah? Lantak. :P

Jom main game nak? Tapi aku pun tak tahu nak main game apa, tak pandai nak create game. Oh yea, aku ada masuk contest MILOCans, contest tu kita kena create sukan yang berdasarkan idea sendiri dan malangnya tak menang pun. -.-'  Penat aje fikir idea (bajet) mencipta sukan-sukan yang bagus tapi itulah agaknya pihak Milo tahu yang aku ni seorang yang tidak aktif bersukan jadi rasanya lebih bagus lagi dia bagi hadiah IPad dan wang berapa rat silap ribu kepada mereka yang lagi layak. -_____-''  

Ermm, main game apa eh? Emm. Ada idea tak? Issh, susah takde idea ni. Macammanalah orang yang kerja dekat company-company besar yang kena sentiasa menyumbangkan idea kan? Guwa tabik sama lu lah bro. *angkat tangan tabik.

Dahlah. Okbye. <---- Ramai gila budaak guna ayat ni. -.-

"Saya Nur Ezza ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji, kepada mereka yang sedang menunaikan haji selamat menunaikan haji, InsyaAllah satu hari nanti keluarga dan saya akan ke sana, amin Ya Rabbal Alamin. Kepada mereka yang berpuasa hari ini, selamat berbuka. Besok lembu kena korban, Telok Mas korban berapa? Heee, nampak sangat saya penduduk yang 'prihatin'..." --'''

Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk kita. By the way, hati aku dah baik dah ni, dah tak sedih-sedih lagi pasal result sebab ada satu semangat dah datang balik, semangat nak belajar gila-gila next sem! Jadi, InsyaAllah doakan yang terbaik untuk aku. 

p/s : kurangkan berjalan-jalan sem 4 ni. JANJI DIRI SENDIRI! :)

Thursday, November 3, 2011

Result Macam H.....

"4 November 2011"

Assalamualaikum.

Hari ni, keputusan untuk budak-budak UiTM diploma dah keluar dah. Jadi macam jugak last-last sem, aku sharekan pointer aku so kali ni pun sama nak share jugak. :')

Semester 3 ni aku jatuh, iyeee aku jatuh. Maksudnya jatuh pointer, emmm sedih gila. :(

Aku dapat tengok result malam tadi, through email. Siapa yang follow aku kat twiteer mesti tahulah betapa cuaaaknya aku nak bukak result semalam & tup tup tadaaaa, keluar pun.

Tapi tulaah, macam aku pernah cakap sebelum-sebelum ni, sem 3 ni susah lagi dengan cara belajar aku yang macam haraam aje an, main-main aje lebih, hah asyik nak enjooy aje an, hameeklah. Kira setimpalah jugak dengan cara aku, iyeee dak.?

Doooown gila doe aku malam tadi tapi aku nak say thanks jugak dekat kawan-kawan aku semua yang bagi semangat kat aku, nasihat bagai. semua an, thanks koraang & especially to Sarah Sofiah & Mukhsin (first time ni aku tulis nama kau mohsen) -.-Thanks guys, aku cuba lagi okay next sem. InsyaAllah.

Sem ni aku tak dekan, haaish sedih gila babeng dah ni. Tak tahu nak bagitahu parents aku camne. 

Sedang mencari semangat oh aku seorang yang kalau semangat dah jatuh memang susah nak naik balik so kalau aku ada terbuar korang terkecik hati dalam masa terdekat ni sorry sangat-sangat, aku tengah kecewa ni. Satu aje, jangan cari pasallah kan, hahaha. 

Papai, love u. Muaaaah.

Tuesday, November 1, 2011

RAGAM

"Ada udang ada garam, banyak orang banyak ragam" betulke peribahasa ini..??  -.-

Assalamualaikum.

Mimpi agaknya aku ni kejap kejap tulis, kejap kejap tulis -.-

Hari ni nak kongsi ragam manusia, macam-macam kerenah. :)

Sekarangkan cuti, jadi kalau kau orang ada baca cerita aku yang lepas-lepas aku kan sekarang ni kan, kan sedang bekerjalah kan kat kedai makanlah kan, dekat-dekat jugak dalam taman akulah kan. (kira berapa kan, hadiah misteri menanti!)

Kejadian Satu :

Customer : Sekarang tengah cuti sekolah eh.?
Aku         : Errm, cuti semester.
Customer : Eh, dah cuti semester dah ke.?
Aku         : Ha'ah diploma. "mesti dia ingat degree ni" (dalam hati)
Customer : Ohh, diploma. Patutlah ingatkan sekolah lagi, tingkatan 4. Abang ingat kau tingkatan 4 lagi.
Aku         : Heeee. (tersenyum riang.) tapi lebih kepada gedik -.-

Yes! Masuk ni dah berapa kali dah orang ingat aku lepasan PMR & SPM. Nampak tak permainannya di situ.? Bangga jugak seyh, muka awet muda. Ahaaks.! -______-   dah, dah perasaan aje minah ni.

*Teringat satu kejadian tahun lepas, aku tipu budak perempuan kat kedai baju. HAHA, mati-mati dia ingat umur aku 16. :)  kaching kaching!!

Kejadian 2

Macam biasa tunggu sat orang nak dok pikir apa nak minum, apa nak makan. Tapi dalam masa yang sama, ada satu hal yang aku dok perhatikan aje brother depan aku ni kan, dia nak undur2 kerusi ke belakanglah kan, takkan ke depan -.-  aku tengooook aje dalam hati aku dah bisik dah "mesti jatuh ni", aku ambil keputusan ke belakang sikit, bagi ruang. Tup, tup betullah dia jatuh, tak sampai sesaat, nasib baik brother belakang dia takdelah kena sangat, aku tolonglah angkat kerusi sebelah dia yang jatuh, dia bangun sendirilah kan, takkan nak angkat. Brother belakang dia yang aku nak amek order ni, tolongkah jugak dia bangun. 

Respond Aku : Diaam aje, sumpah muka takde perasaan. Tangan masih memegang pen dan buku tunggu order. (tak rasa nak gelak atau apa langsung, busuk perangai) -.-

Respond Brother yg tolong org jatuh belakang dia : Dia gelak sikit aje, lepastu dia cuba tahan gelak tapi tak berapa nak jadi, dia pandang kawan dia tapi muka masih terukir senyuman tahan gelak.

Respond Aku : Daripada elok-elok takde perasaan langsung, tengok dah dia macamtu, aku apa lagi, senyum aje, biasa aje boleh kawal lagi tapi tulah kan, brother tu dia main gelak lagi. Bunguks. -.-  Aku terpaksalah senyuuuuuum lebar demi menahan gelak. Masuk dapur, aku ketawa kecik sorang-sorang. Hehehe<-- camnie.

Kejadian 3

Ada sorang xiansheng ni tengah makan eskem, dia duduk. Aku pun datang nak amek orderlah takkan mintak nombor -.-

Aku datang tengok-tengok dia tengah tekup mulut dia. -___-   Nak tahu kenapa? Mulut dia penuh eskem, lepastu agaknya sejuk sangat, tak boleh nak cakap. Ngek Ngok.

Kali ni, aku memang kena jadi manusia yang tak berperasaan langsung, tahaaaaaan aje gelak aku ni. Haiiilaaah, lama pulak tu kan dia nak sumbat masuk eskem tu. Aku pandang kanan kira kanan kiri sebab tak mau kecikkan hati customerkan. HAHAHAHA. Sekarang baru boleh gelak. -.-

Macam-macamlah ragam manusia kat kedai makan ni, alaahai sekarang dah tahu macammana kalau aku dan kawan-kawan (dalam kelompok ramai-ramai) pergi makan, apa perasaan diorang. -.-

Yelahkan, ada customer yang tak kisah langsung tersalah bagi air dia amek aje, okaaykan aje. (aku suka yang ni)

Ada yang cerewet, taknak sayur, taknak udanglah, ayamlah, blaa...blaa... Kalau tersalah macam apa aje kan. --''

Ada yang kelakar, hek biasalah tu kan. Macam tadi nak order air Milo Ais Panas satu. Pulaaak -____-  Memang dah ice nak panas pulak, AHAH.

Ada stock-stock cucu mithali, eheeeeem. Dah dua kali dah datang makan sarapan, teman atuk sama nenek dia, heee. Aku kadang-kadang apa lagi, cuci mata ajelah, heew heeew. p/s : awak jangan marah eh, normal normal. :)

Haaaiiih, biasalahkan kita hidup memang macam-macam perangai. Macam aku jugak, kadang-kadang kalau dah datang peliknya hameek kau, pandai-pandailah hidup, heee...

Oh, tadi aku cakap dapat hadiah misterikan untuk kau orang yang kira kan. Hadiahnya ialah....................

Misteri tak..??  Heeek... dush, dush. -________-''








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'