Bismillah.
Assalamulaikum kepada kalian semua yg sedang membaca, pertama sekali maaf dipinta jika tulisanku tidak sehebat ahli pujangga. Aku cuma nak menyampaikan apa yg aku rasa. (maaf line internet lambat, maklumlah gunakan phone sebagai wifi tu yang lambat tahap siput)
DBS 6E
Sepanjang 3 tahun di lendu, selain kehidupan di kolej, selain bergaul dgn ahli level, selain OHANA (baca entry sebelumnya) aku kenal mereka yg bergelar pelajar DBS6E ni. Semalam (20.3.2013) mungkin hari terakhir kami semua dapat bersama, dpt meluangkan masa bersama di sini. *sebak. :')
Sharifah Nurain, Syahiirah Sulaiman, Mia Azahar dan Atikah Muhsin antara orang terawal yang aku kenal dlm kelas tu. :') Berkerjasama dlm.satu kumpulan utk subjek Fundamental of Management merupakan kenangan yg terindah utk aku. Aku sayang kalian. Terima kasih beri semangat dkt aku, terima kasih kerana yakin dgn aku walaupun aku kurang keyakinan diri dan tak sehebat kalian. Ain dulu kau pernah tolong aku masa aku sesat, lamat pergi kelas nak ambil kuiz. Kau sanggup datang ambil aku dekat susur gajah, hahaha. Tahu aku lembab -.- Syah pun sama, susah senang daripada part 1 sama-sama kan, semalam aku nangis peluk kau. Tahu tak aku sayang kau. :')
Tak lama selepas tu, aku mula kenal Sarah Sofiah. Teman sekelas, teman sekolej, teman JPK Kolej, teman ketawa, teman bergaduh, teman sama-sama markah rendah :') Kau buat aku sayu hati bila aku baca whatsapp kau. :') Kau tahu tak kau selalu boleh baca apa yg aku fikirkan. Thanks sarah. Aku nak kau terus bersemangat dlm segala bidang yg kau lakukan, jgn pernah putus asa dan aku tahu kau takkan sbb itu bukan kau. Kau jgn leka sarah, fokus utk capai kejayaan. Truly in my heart, i do love you :')
Awatif, Ieja, Ain, Piqa. Geng Bas Sekolah. Tak lupa juga kpd Nadya. Kalau tk kerana kereta Nadya, tak wujudlh geng bas sekolah kan? Sarah, Syah, Mia. Lengkap. :) Terima kasih kerana anggap aku sebahagian drpd kalian. Gembira dpt berkenalan dan meluangkan masa bersama. Maafkn aku kalau ada kekasaran bahasa, gedik mengada-ngada. :') Biasalah ezza kan. Aku sayang semua. Sayang semua kawan- kawan aku. Gaduh perkara biasa, kalau tak gaduh takdelah rasa erti persahabatan. Kan? Aku mungkin susah sikit nak berjumpa kalian. Mungkin yg kata Melaka dekat, tapi aku tahu kalian tahu masalah aku bukan dekat tak dekat, tapi banyak faktor lagi. Tapi InsyaAllah, ada masa ada kesempatan ada rezeki dan panjang umur, aku datang tempat kalian. Semalam nangis aku bukan main-main, nangis aku bersebab. Sebab aku sedih nak tinggalkan salah satu nadi aku di sini. Tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? :')
Selain mereka, aku kenal Azmeer, Shukur, Nasir, Aiman, Redha.
Aliah, Ameer, Ezza. Aliah teman selalu pergi kelas sama-sama :) |
Azmeer. Di sini kita mula berjumpa. Di sini jugalah kita berkenalan. *sedih* Dulu kenal sebagai kawan, dulu dia selalu menyakat aku. Aku sayang kau. Kau faham aku dan aku faham kau walaupun kau cakap aku kdg2 tak faham kau :') Teruskan capai apa yg diinginkan, cita2 nak jadi jutawan kan, boleh. Tak mustahil. Kau juga byk mngajar aku. Mengajar aku utk lebih berkeyakinan. Terima kasih sayang. Aku harap hubungan kita InsyaAllah berkekalan dan jodoh kita berdua InsyaAllah bersama.
Shukur. Kawan paling gila pernah aku jumpa. Aku tahu mmg sifat dan sikap kau kadang-kadang kasar tapi kau lah antara org terawal juga aku kenal dlm kelas tu. Terharu semalam dgn apa yg kau ckp dekat aku :') Perangai gila kau lah yg membuatkan aku tk kisah berkawan dgn kau, takpe jadi diri kau sendiri. Aku minta maaf klu aku selalu bising2, sbb tulah perangai aku. Capai apa yg kau nak, teruskan berusaha dan semoga berjaya dlm kehidupan.
Aiman, Nasir, Redha. Jaga diri. Aku tahu kalian boleh buat apa sahaja yg diinginkan. Nasir teruskan kerajinan kau tu. Semoga berjaya dlm hidup. Aiman, lelaki yg setia dgn DBS6E. Dulu time semua budak lelaki pindah kelas, dia sorang aje yang stay. Sebabtu kadang-kadang dia mengada-ngada sikit dan semoga dapat berjumpa dgn jodoh kau :) Redha, perangai budak-budak habis tapi kalau dah serius tu seriuslah sangat. hahaha. Takpe weyh, seronok aku berkawan dengan korang semua. Kalau ada yang tak tertulis bukanlah bermaksud aku tak kenal atau melupakan kalian. Aku sayang kelas ini. Bersyukur sangat dipertemukan dengan mereka ini semua. Semoga persahabatan kita tidak terhenti di sini. :')
Yakin pada diri, Ikhlas dalam setiap perbuatan, Kejayaan yang datang pasti bermakna. Kalau ad asalah dan silap harap dimaafkan. Good Luck Final! :)