Friday, November 20, 2015

An Nurs Seafood & Steamboat Bbq

Hai! Meh kita nak share sikit satu tempat makan yang baru and menarik di area Kg. Baru, Kuala Lumpur! 😊

Segala details boleh check dekat flyres

Special dekat sini ialah pelbagai masakan seafood. Paling best An Nurs Seafood's Special. Tak tipu, nie benaran. 
Hah, nie ialah An Nurs Seafood Special. Apa yg specialnya ialah sbb it is a combination of ketam, lala, sotong and udang! So, seafood lover mmg suka lah makan nie and ada petai sikit tauuu huhuhu. 

Steamboat bbq pun ada. So, bolehlah lepak dgn family / kawan / kekasih kekasih ke kan dkt sini. Style buffet, makanlah sampai meletup tp jgn membazir pulok, amalan syaiton...


Okay, selain itu juga kalau anda ingin buat event ke party ke majlis apa2 pun (banyak benaaau ke), bolehlah buat dkt sini jugak. Ada tempat terbuka and tertutup (air cond) pun ada. Siap ada p.a system kalau nak guna and karaoke set! (Tertakluk kpd terma dan syarat hiks)

Macam haritue ada orang buat majlis aqiqah dekat sini. Bolehlah kot2 ada yg nak buat majlis tunang ke, birthday party, farewell pun boleh. So, kalau nak buat tempahan kalau nak contact kita pun boleh (sebab kita kerja dekat sini sebenarnya heee) ataupunnnnnn boleh check aje twitter ada instagram ataupun facebook pun ada. Ohhh kalau nak email, ni alamatnya : kafeannurs08@gmail.com


Sekian coretan dari ezza radzwil. See u olls later bye.

Assalamualaikum :)






Friday, July 3, 2015

Another New Life

Assalamualaikum

Sekarang tengah kecoh pasal kes suami curang dekat isterinya yang baru kahwin 8 minggu. Likewhat?!! Huh okay bukan ini topiknya, saje nak kepohci sikit lulz.

19th June 2015
End of my indutrial training wuhuuuu, at last. Great experience great lesson i gain sepanjang training dekat sini. U know, working life is not easy man. Sepanjang aku L.I (latihan industri) dekat sini, macam-macam aku belajar. Kesabaran sangatlah penting, pengurusan kena bagus dan paling aku rasa penting teamwork. Huhuhu

25th June 2015
VIVA!

Kau bayangkan, aku ada masa berapa hari aje lepas habis intern. Kena siapkan F.Y.P (final year project) aku lepastue preparation for presentation pulak. Sumpah rasa stress gila ergggg tapi ku gagahkan diriku dan amalkan sikap yang aku selalu buat iaitu kalau stress jangan layan stress tue. Chill. Alhamdulillah, berjaya siapkan semuanya walaupun kena buat corrections lepastue 😂 Tapi yang penting siap 😁 huhuhu

30th June 2015
Finish all my f.y.p and sent it to my advisors. Time nie rasa sedih terharu gembira sikit semua ada. Sedih sebab end of my degree life which at first aku sebenarnya ada rasa menyesal (tak baik sebenarnya sbb keputusam sendiri kahkah) sebab amek Finance, tapi gembira sebab dengan penat lelah akhirnya tamat jugak, dan takdelah teruk sngat result (even tak dean list). Benci benci finance pun boleh lulus kan, cuba kalau sayang? Eh eh

End of my degree life.

Sekarang tengah jobless. Serabut fikir masa depan, tengah gigih dan rajin bukak jobstreet cari kerja sambil baru terhegeh nak ambil lesen kereta (sbb baru dpt kumpul duit lesen). Rasa tak percaya, tapi imilah kehidupan.

I'm ready for this. New life, new experience, new challenges and new environment! Wuhuuu.

Diploma in Business Management UiTM Lendu, Melaka.

BBA (Hons) in Finance UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Seeking for a job, hi there! Hire me! Huhuhu

Assalamualaikum :)

Ni dia f.y.p aku, aku menulis guna phone ni hahaha. Patut nak letak gambar ni dekat tarikh 30 tu  tapi tak reri aihkan. Kalau guna laptop tahulah teman. Okbye.

Friday, April 3, 2015

Keliru

Aku keliru~~~ Aku keliru~~~ Selalu begitu

Hah gituelaaah, siapa aje tak pernah keliru atau omputeh panggil confius dalam hidup. Semenjak dua menjak nie selalu konpiussss dalam hidup. Macam apa benda yang aku buat sekarang, kenapa aku buat benda ni semua, betul ke salah ke? Ehh banyak bendalah. Macam dulu masa amek diploma aku rasa macam emmmm kenapalah amek business. Lepastue dah habis aku sambung degree in finance. Sampai sekarang aku rasa kenapa aku amek kos nie?!! Nak menyesal pun memanglah boleh aje rasa menyesal tapi lepastue? Takkan nak ulang balik kan  daftar kos lain. Nak habis dah pun. Lepastuee sekarang aku tengah praktikal pulak, aku pun rasa macam kenapa aku kat sinie, apa yang aku buat. Ehhh macam macamlah persoalan. 

Tapi tuelaaah, kadang2 aku pernah aje meluahkan perasaan yang bagi aku mengelirukan aku. Tapi kalau aku cerita dekat Am, mesti kena tegur. Dia cakap aku tak bersyukur -.- Lepastue nasihat, cakap dengan aku ramai lagi yang tak bernasib baik macam kita nie semua. *diam tutup mulut sambung makan* hahahaha

Dahlah, aku banyak lagi nak meluahkan tapi jari aku dah cramp penat nau nak menaip *update guna phone je*

Assalamualaikum readers, next time i talk talk again ehhh hahaha kbye

Wednesday, March 25, 2015

Haaaaaaaaaaaaaai!!!! 😱😱😱😱😱😱

Tak tahu angin ribut apa datang tetibe teringat yang aku ada blog *yang dah berkurun tak update* ada ke orang yang datang sini baca blog aku nie? Say yes say yes cause i need to know 😂

Bila tengok balik last entry rasanya omg omg sangat sebab dah bertahun. Rindunyaaaaa menulis :')

Banyak sebenarnya benda yang terlepas, tak sempat nak share dengan korang *tak tahulah siapa lagi yg sudi baca* hahaha. Tadi masa memula nak menulis pun terkial kial cari mana ni nak tekan. Shame on me, hahaha tuelaah tempat yg selalu menjadi luahan perasaan dulu dulu sudah dilupakan. Sobssss.

Okay rasa ngantuk sangat, saje singgah sekejap. Kalau ada masa nanti kita update yeee, nak share macammana degree life dekat kbm *yepp, dah habis dah diploma*

See u when i see u. Love you 😍
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'