Assalamualaikum dan hi semua. So, hari ni sebab bosan-bosan jadi saje nak share pengalaman interview untuk semua yang sedang senasib dengan kita ni (masih menunggu kerja). Sebab kita before nak pergi iv mesti akan google so mana lah tahu boleh tambah-tambah ilmu yang tak tahu kan. Joommsss
1. Sudong
Sudong ni company telecommunications, under singtel dekat melaka. Tahu pasal company ni pun sebab makcik kita kerja sini, so masa ada jawatan kosong kita pun diberitahulah untuk try mana tahu kot rezeki kerja sini. Jawapannya, tak ada rezeki hahaha haiihh. I think my mistake is tak berapa prepare, maksudnya prepare yg sehabis mungkin. Yes, kita mungkin rasa diri dah sedia tapi interviewer rasa kita macam tak confident aje. Soalan yang ditanya pun, soalan biasa masa temu duga, english kena power and before tu kena jawab soalan test tapi rasanya senang aje. Ohh, jawatan yang I apply time ni ialah kerja dekat bahagian back room office.
2. CWA Cimb
Dapat offer kerja ni sebab ada daftar dekat JobsMalaysia and then dia call kita utk datang temuduga. Interview time ni kurang sikit gugup, kena introduce diri kita and jawab beberapa soalan yang ditanya depan orang ramai tau. Haaah macam buat presentation gitu, tapi yang okaynyaa korang boleh pilih sama ada nak berbahasa melayu atau english and nak rojakkan pun boleh hehehe. Lepastu kena cuba jual or promote barang dia bagi. Ni semua sebab dia nak tengok keyakinan diri kita, how confident you are sebab kerjanya kena pandai cakap, kena yakinkan orang. Kalau tak yakin macammana nak kerja kan? Hehehe. Jawapan, kita diberikan offer tersebut tapi dukacitanya terpaksa tolak offer yang diberikan atas satunya sebab takde basic salary utk kerja ini di mana korang dapat bayaran melalui komisyen. So kalau dpt cari org, dapatlh payment. Kerja mmg menarik, tapi sebab fikir kalau boleh naklah dapatkan pendapatan bulanan tu yg tolak (amboi memilih kan)
3. Sl1m Celcom
Sl1M ni ialah skim latihan satu malaysia, and masa apply kerja ni melalui jobstreet. Interview masa ni dekat menara celcom yg dekat kl tu. Time ni dtg lambat, sebab gerak dari melaka naik bas, so tahu tahu ajelah bas lambat macammana kan hahaha. Naik bas turun tbs lepastu pergi kl sentral and terus naik lrt ke damai. Lepastue pandai pandailah cari taxi yee nak ke sana. Masa interview memang cukuplah nervous. Ada dua orang interviewer time tu tapi bilik asing asinglah. Iv in english ya, so just be confident aje weyh masa iv tu. English aku bukannya power pun tapi aku cakap aje apa yg aku tahu hahaha. Bila korang lepas 1st session iv (individu) barulah diorng panggil utk ke 2nd session (group discussion). Macam muet speaking test jugak korang diberikan 1 tajuk dan terus bincang timee tu jugak. Aku tak confident masa 2nd iv ni sebab diorang semua power english weyh, aku cuma dapat cakap 2 kali aje sebab tak terluah idea tuee hahaha. Sekarang ni tengah tunggu panggilan, dapat atau tidak offer. Ohhh, sbb aku prefer nak kerja di melaka and tak kisah bahagian apa pun selain finance, jawatan yg di offer ialah customer service. Jd sebagai freshie,jangan memilih kerja yeee. Amek aje apa yg diberikan and dalam masa 2 minggu baru diorang bg jawapan.
Okay tu ajelah rasanya. Before ni ada aje try apply parkson tp sebab kena kerja shift and sturday sunday (gaji pun ciput) tapi terpaksalah tolak, and dpt call dari hsbc jugak utk direct sales. Masa call tue adalah ditanya beberapa soalan in english jugak, so jawab ajelah apa yg kita tahu tp terpaksa tolak utk menghadiri sesi iv atas sbb2 tertentu. Ohh, dan apply mydin jugak tapi masalahnya sampai sekarang takde jawapan jadi saya anggap program yg di offernya tu takde lah tue.
Nak bagintahu apa yg kesilapan saya buat so awak awak semua takdelah mengikut...
- study betul betul pasal company apa yang awak datang tu, buatlah research betul2.. Google lah selagi boleh. Macam saya, penuh buku kot kena conteng sebab nak memahami company yg kita apply tu hahaha
-practise cakap masa sorang sorang, janganlah hafal jawapan sebab bila kita disoal nanti biarlah jawapan tu ikhlas dari hati kita bukan berdasarkan jawapan iv yang kita copy sikit sikit based on internet lulz
- kalau tak tahu atau kurang faham pasal sesuatu tu, jujur sahaja cakap tak tahu BUT politely laaah. Jangan direct pulak hang habaq i don't know. Hahaha, tak sopan. Cakaplah sorry, ke apa ke.
Lastly BE CONFIDENT :) (aku pun tengah praktikkan nak tinggikan keyakinan diri kahkah) dan paling penting sekali banyakkanlah berdoa sebelum, semasa dan selepas iv tue. Minta dilembutkan hati mereka mereka semua dan dipermudahkan segalanya.
Byeeeeee, good luck rakan seperjuangan. Assalamualaikum ;)