Bukak-bukak sekali eleeh, sekali dah last episode dah -,-''', bab yang diorang nanges-nanges tu. Lembab -,-''
hah, bukak-bukak tengok part yg ni. looser, lama cuti sem, tengok yg habes je -,-''' |
SO, apa motif aku sekarang ni? Aku sebenarnya tertarik dengan satu dialog yang atuk shuhadah (watak dlm drama ni) cakap, so aku rasa nak kongsilah sebab benda ni menarik.
Dalam percintaan ni, perlukan pengorbanan (tengok, kalau korang bercinta ada korban-korban tak? -,-''), tapi pastikanlah yang pengorbanan korang tu ke arah kebaikan jangan pulak koraban lain, karang jadi lainlah pulak kan. Contoh, isu pembuangan bayi, paham-pahamlah sendiri.
Sebagai umat Islam, kita semua tahu yang kita hanya mampu merancang sahaja, namun Allah s.w.t yang akan menentukan. ok, back to the topik, apa dialog yang aku tertarik sangat tu? Ini hah :
Ada tiga jodoh,
1. Jodoh Syaitan
Sebab apa dia dipanggil jodoh syaitan. Macam ni, aku bagi satu situasi. Jikalau seorang laki-laki (ayat macam ayat lama dah) bertemu dengan perempuan, di dalam satu tempat yang sunyi, gelap, berdua-duaan sahaja, maka akan hadir orang ketiga iaitu syaitan. Tujuan mereka hanya satu, iaitu ingin menghancurkan umat manusia sampai akhir zaman. Jadi, apabila mereka (pasangan kekasih tadi) dah berdua, tiba-tiba terlanjur then that girl pun pregnant. Untuk menutup malu, mereka pun bernikah.
2. Jodoh Jin
Hal ini lain pulak, yang ni macam cerita khurafat tu, dah tengok belum? Contohnya, lelaki ni memanglah minat gila-gila dekat perempuan ni tapi malangnya perempuan tu pulak tak ada pun hati dekat lelaki itu. Jadi, cari jalan mudah lelaki itu pun meminta bantuan secara halus, iaitu melalui pertolongan jin. Adooi, aku rasa benda ni pun aku cuak jugak, janganlah ada orang buat kat aku macam ni, Ya Allah, lindungilah kami semua. :)
Ok balik cerita tadi, bial dah minta pertolongan jin, perempuan tu startlah jatuh hati kat lelaki tu & then diorang kahwin. Ni, contoh sahaja eh tapi ingatlah tak semestinya kaum adam je buat benda ni, kaum hawa jugak mana tahu. Tka kisahlah korang lelaki ke perempuan ke, satu je nasihat be aware & carefull. :)
3. Jodoh Allah
Yang ni lah jodoh yang sebenarnya & aku nak! (amboi cek kak gatal kau, belajar dulu -,-'''). Aku suka bila atuk (watak dalam drama tu) cakap time ni, macam waaah & & sebak jugak. :"( Bila lelaki & perempuan tu bertemu, ada satu perasaan yang hadir, perasaan yang bak kata orang tu menusuk kalbulah (nanti kita jumpa jodoh ni kita rasa eh). Perasaan bila dua-dua orang ni memang saling suka sama suka, tak ada jodoh syaitan mahupun jodoh jin. Jadi inilah yang dinamakan syurga cinta.
Tu jelah yang aku nak share sama kalian semua. Rasa-rasanya semua orang nak rasa jodoh yang no 3 tu kan. Sape yang tak mau rasa tu, meh sini aku sebat -,-'''. Tapi aku nak bagi tahu jelah, ayat-ayat kat tadi aku ubahlah sikit-sikit ikut cara penyampaian aku sandiri cuma isi-isi penting (macam karangan) je yang aku ambil. so, renung-renungkanlah eh.
"Mereka yang berkata tidak akan & tidak mahu jatuh cinta seolah-olah mereka tidak akan & tidak mahu senyum."
Paham tak? JAdi, tak salah kalau anda jatuh cinta.
2 comments:
wahhh thanks for sharing ye...=)
hehehe... sharing is caring.. :)
Post a Comment