Sunday, October 30, 2011

HARAPAN

"Susah nak puaskan hati semua orang, kadang-kadang hati sendiri yang terluka nak jaga hati orang."

Assalamualaikum.

Manusia sering tak berpuas hati dengan manusia lain sebab itulah kita dinamakan manusia iyee dak takkan alien.? -.-

Hari ni dah Isnin dah dan lagi beberapa hari lagi nak hari Jumaat, result exam semester 3 dah nak keluar dah. Perasaan aku adalah sangat tidak menggelabah sebab aku dah redha awal-awal dah masa jawab exam paper haritu sebab aku jawab macam cikaai gila cikaai, jadi HARAPAN ajelah untuk aku dapat Dekan lagi semester ini. Haaaiiih...  #mengeluh panjang

Hari ni aku tak pergi kerja sebaab sebaab itu biarlah rahsia antara aku, Allah, keluarga dan seorang sahabat aku dan mungkin hari ni hari last aku bekerja? Mungkin iyaaa. 97% jawapan aku iyaa. 

*BS, baru 2 minggu aje aku kerja dah macam ni. Kepada bakal suami, sediakan uwaang secukupnya untuk   menyara bakal isterimu ini iyaaa. -.-

Aku ada satu impian dan aku rasa aku nak sangat laksanakan impian ni sebelum aku mati. Antara impian aku ialah aku nak pergi melancong dalam negara mahupun luar negara (skema gila ayat), tapi aku rasa semua orang mesti  nak kan melancong tapi tapi aku lain sikit, aku lagi suka kalau boleh nak pergi seorang diri. Sebab apa seorang diri, sebab aku nak rasa hidup sensorang, hidup bujang (sebelum memasuki fasa kahwin yang lama lagi agaknya) -.-  dan aku nak buktikan kepada 'mereka' yang aku boleh hidup berdikari. Aku mampu buat apa sahaja dan aku bukannya jenis manusia yang 

"Kau ni satu apa pun tak boleh buat, sampailah bila-bila."

Menarik bukan?  -.-

Selalu sangat berangan di mana angan-angan aku ni kadang-kadang melepasi tahap realiti. -.-
Maksudnya, aku ni suka sangat berangan, gila-gila punya berangan kadang-kadang sampai angan-angan tu terjadi macam realiti. errr.
* Jangan risau aku tak gila okay, biasalah tu berangan. -.-


Dear Family,
                    I'm trying my best in my studies. Sorry, I can't be a good enough daughter to you. 
(sila abaikan kosa kata , haiih english aku ni teruk)  -.-'''

Jadi anak sulung ni bukan senang. Nak kena jadi contoh, nak kena jadi harapan dan kadang-kadang kena tahanlah sikit peritnya kena banding-banding ni an. Takpe, saya faham sebabnya mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak barangkali? (ayaaat betul ayat melayu lama)  -__-

"senyum luar, sedih dalam. ouucchhh.."


"Keep smile okaaay, pedulikan semua tu. Kadang-kadang kena jadi sedikit keras hati bukan sebab apa tapi untuk diri sendiri jugak."   :)


nota sebelum keluar : HARAPAN masih lagi HARAPAN. 
                                 * bosaaaanlah pulak tak kerja ni an, cepaatlah naik sem aku nak belajau dah ni. T__T

okbye <3









Thursday, October 27, 2011

work

"Besok ejja cuti tak kerja. Tak tak tak, salah ayat aku ni. Besok kedai cuti jadi ejja tak kerjalah besok. Seronoknya. Ini dipanggil cuti semasa cuti, yeeaaaah..!"

:)

Assalamualaikum.

Cuti semester selama 6 minggu ni aku mengambil keputusan untuk bekerja di kedai makan berhampiran disebabkan tak tahan sangat duduk rumah melangguk sahaja, baik keluar cari fulus. Massyuuk.  :)

Tup, tup pejam celik pejam celik dah seminggu dah aku kerja kat kedai makan Pak Man. Jadi disebabkan terasa besok free sesangat jadi mata ni berazam nak tidur lambat sikit malam ni dan dan ada lagi aku nak cerita pengalaman (ceeehhh baru seminggu) -.-  bekerja ni.  p o y o. maaf

Hari first bagi aku ialah hari malang sebab baru start kerja dah sakit, haiih terpaksa tahan demi menjaga maruah. T___T   Bayangkanlah an, dah baru sampai okay tugasan pertama goreng telur, bukan sebiji bukan dua biji tapi berbiji-biji telur, tak kisah sangatlah an apa ada hal telur goreng aje. Ahaks. -.-

Okay sambung. nak cerita ni pasal hari first ni. Sedih tahu tak. Dahlah baru masuk an sekali dia bagi ayat pedas lagi berapi

"Belajar tinggi dapur pun kena pandai." (sila baca dalam nada indonesia sikit)

Okaay mak cik, guwa hanya mampu tersenyum tapi dalam hati Tuhan yang tahu. Takpe, takpe tak heran. Dahlah dengan perut sakit, meragam buat perangai, pening-pening nak pitam, lepastu muntah-muntah pulak tu (ooii, aku muntah kat toiletlah bukan kat kedai. jangan risau takde orang tahu) -.-  dugaan gila hari first. T___T

tapi dah masuk hari kedua, ketiga pelan-pelan kayuh dah ok babe, dah tahu dah apa nak buat, nak buat tu buat ni semua Alhamdulillah dah pandailah cuma satu aje benda aku tak tahu nak kira-kira ni semua. Eheeem, jangan ada suara-suara sumbang yang cakap macamni eh 

"Apa ada hal, kata amek business kira macamtu pun tak boleh.?"

memanglah awak oi, tapi masalahnya harga makanan minuman semua dia tak bagitahu, manalah aku nak tahu an. Jadi, aku lagi suka buat kerja macam amek order, hantar order, basuh pinggan, potong-potong sayur. Jadi kaum-kaum ibu semua, yakinlah saya boleh jadi menantu yang baik, InsyaAllah. Heeeee. Gatai -.-

sebenarnya an, takde idea dah nak tulis, arghhh demmn. -.-  tadi banyak gila kot rasa nak tulis. takpo, takpo eden bagi ekau semuo tengok gambar ajolah eh. hobin jang hobin! -.-   maaf, saya tak pandai berbahasa noghori ni.


time lenggang camni, sempatlah amek gambar kejap. -.-


makcik ni, bising-bising sikit tau. -.-



selagi sempat duduk, duduk karang penat kang.

Diorang semua panggil aku ejja, walhal aku kenalkan nama aku EZZA. Mula-mula Imam panggil kaklijah ke kak ijaah -.-  lepastu tukar dah kak ejja. Ada sorang makcik ni panggil za, okaylah tapi paliiiiing tak boleh blah lagi sorang ni panggil aku essa  -_________________-''

aku prefer ejja. 

p/s : selamat tak esso, memanglah an. -.-'''

Thursday, October 20, 2011

HATI DAN PERASAAN

Cuti semester sekarang ni, 6 minggu. Keadaan aku tak payah nak cakaplahkan bosannya tahap mana dah. Aktiviti lapang diisikan dengan melayari internet, bermain permainan di dalam komputer riba mahupun 'online games' dan apasal aku rasa aku skema sangat ni? --'

Assalamualaikum.

HEART
Pernah terfikir tak macammana keadaan atau bentuk hati kita?

Hati yang riang


terlalu banyak dilukai, terima kasih hati kau masih kuat.


sakit dalam, sakit sangat.


anyone, want?


And pernah terfikir tak nak rawat hati kita macammaca?


kalau guwa boleh jadi heartless, dah lama guwa buat. dah lama dah guwa cabut hati ni.


please anyone


aku masih ingat siapa diri aku lagi. -.-'


read this. thank you.


Jadi, hati adalah sesuatu yang anda, kau, kamu, kalian semua tak boleh buat main-main. Ada faham? Tak pernah rasa ke macammana hati korang kena main? Tak pernah rasa ke macammana kalau hati korang sakit, i mean here sakit yang no medicine can cure it, and it feels like BS (bullshit) -.-

Siapa yang tak pernah rasa macammana 'sakit'nya hati tu cuba ni, amek pisau tikam dada kau. How does it feel? And you will not die by doing so tapi kau terpaksa meneruskan lagi kehidupan macam hari biasa. Cuba bayangkan macammana tu.



Aku nak tanya lagi, pernah rasa tak macam hati korang ditarik? Kalau ditarik terus takpe ni dia main tarik slow-slow, sikit-sikit dia tarik. Yang ni aku cakap kau lagi sakit. 

Why we're talking about heart today?
Wondering why, the answer is I don't know. Random entry? Ok, SEMBREAK entry? --'

Okay enough with soalnya hati bagai, now we're going to talk about LOVE.

LOVE
"Wondering why I like you, why I miss you. It's a disease."  Korean Movies -"A Millionaires First Love"

Setiap kali tengok muka dia tak pernah kenal erti jemu, setiap kali terdengar orang sebut tentang dia hati jadi tak keruan, dan perasaan tu lain. 

"i wonder what goes through your mind when someone mentions my name to you."

He or She can make our day so differently. It's LOVE.?

One of the happiest thing in life is when you know you're in love with someone who's more in love with you.

Pernah tertimbul tak soalan ni dalam diri masing-masing?


Nevermind I have my family, friends. But wishing that you loves me too. *sigh



Selalu dengar ayat ni, kalau betul kita sayangkan 'sesuatu' tu, kita lepaskan. Kalau 'sesuatu' tu datang balik semula kat kita, 'sesuatu' tu memang kita punya.

Any other opinion about 'something' tu? Tapi kenapa nak lepaskan sesuatu yang kita sayang? Kenapa bila dah ada peluang untuk sayang, cinta, rindu dah ada sesuatu tu kita sewenang-wenangnya nak lepaskan macamtu sahaja? Cuba bayangkan, korang lepaskan banda yang koraang sayangkan sangat-sangat hari ni tiba-tiba esok lusa benda yang korang sayngkan tu dah tak ada? Kalau hilang sementara, sekejap takpe tapi cuba bayangkan kalau dia pergi buat selama-lamanya. Tak kira muda atau tua, ajal kalau dah datang tetap akan datang. Ajal manusia takkan datang lambat sesaat mahupun cepat sesaat.


What are you waiting for? Go tell someone that you love the most before it's too late. Better regret by doing this rather than you regret by not doing anythings. 

When we're talking about love it seems that it'll never end. Kenapa perlu rasa cinta cinta ni semuakan? Pernah terfikir tak yang tak mau bercinta semua ni bagai? Pernah kata tak kat diri sendiri macamni : "Aku takkan pernah jatuh cinta."

But, saying you'll never fall in love is like saying you'll never smile. No matter how hard you try, someone will come along and make you do.

Susahkan macamni? Haiiih, nak buat macammanakan, hati & perasaan memang tak boleh tipu. Cakap mulut, test message lain bolehlah kau text cakap "Aku tak perlukan kau." "Aku dah buang semua perasaan sayang aku kat kau." 

Tapi boleh ke sebenarnya kau buang semua perasaan tu sekejap gila walhal (aku tak tahu kenapa, kawan-kawan aku suka gelakkan aku bila kau cakap walhal) -.-''  walhal sebelum ni tak sampai berapa jam kau pernah cakap macamni "Saya tak boleh kalau awak tak ada." "Awak cinta hati pertama saya." ataupun simple macamni tapi penuh makna " I Love You."

Boleh ke kawan? Boleh ke kau buat macamni? Kalau betul boleh itu maknanya kau tak sayang dia tu, kau main-mainkan dia aje. Sedih aku kalau macamni, emmm. :'( 

Dahlah, selamat benda alah ni auto save sebab tadi laptop aku tiba-tiba hang, gila geram aku nak tunggu loading lembab macam siput. Okay, takde mood dah nak tulis. Papehal nanti kita jumpa lagi.

*First entry dalam cuti sem. RAJINnya saya. -.-



p/s : I Love You. Faham tak? Sayang kau ni. Gila kau ezza, gila. -.-''













Sunday, October 2, 2011

tanda-tanda ke...

kepada mereka semua yang berdekatan.

kalau nampak muka aku masam gila mencuka, mulut dah nak muncung habis gila baa janganlah ekau cari pasal dengan aku, cari pasal maknanya betul-betul punya cari pasal, itu namanya memang engkau orang menempah tempahan percuma untuk dimaki atau dimarahi tanpa belas kasihan oleh aku.

kalau aku tengah marah, jadi biasalah untuk aku membaling barang. maksud aku marah yang amatlah terlampau marah, marah yang membengangkan akulah an. so, jangan heran kalau aku terbaling handphone samsung aku seperti aku membaling handphone sony ericson aku yang dulu. kesian handphone aku. -__-
*tapi rasanya handphone samsung aku ni pun, paling jahat pun aku baling kat atas tilam aje, sayaaang weyh.
ohh, pedulikan jugak jeritan batinku. -.-

kalau saya rasa rimas, tension, rasa amatlah tak selesa sebab saya tak dapat apa yang saya inginkan, saya akan meradang. -.-  macammana keadaan aku, macamni : ce tengok jari kaki aku, mesti aku kepit gila-gila, kadang-kadang nak lagi drastik, aku hentak-hentak kaki. -___-    lepastu, kalau aku tengah baring, aku akan guling-gulingkan badan. kejap kesini, kejap kesana, kaki sekali lagi main peranan, kalau baring kat katil bawah (kat kolej), kaki akan menendang katil atas. terukkan.? -.-  lagi, tangan akan genggam kuat-kuat, sebab geraaaamlah kan tak dapat pergi pd apa yang kita nak. saya juga akan cuba sedaya upaya mengeluarkan air mata, sebab tensiooooon.

kalau saya tengah marah, tengah sedih, tengah keliru, tak ketentuan (yeke ni?) saya sukaaaa sangat menulis. serius, sukaaa nak tulis. kalau takde kertas atau pen, saya akan menaip cepat-cepat dekat dalam phone. so, kesian phone saya jadi tak suci dengar luahan perasaan saya ketika saya marah, penuh dengan cacian ayat-ayat kejaaaam.

kepada semua. HAHA. janganlah takut pulak kan lepas baca entry ni. serius, janganlah risau. takde papelah. saya baik sahaja orangnya (yang ni boleh cuba letak tangan didada, mata ke atas). tapi, saya takdelah seteruk, sejahat manusia eh, kawan dengan saya, kenal dengan saya.

accept me for who i am, and please be nice to me because InsyaAllah i will do the same things towards you too. much love from me to all of you. muaaah muaaaah. hamek kau, melekat kat kau, haha.

Assalamualaikum. Jumpa lagi di next entry..!


p/s : yang sebenarnya, sepatutnya kalau tengah marah ke apa ke, patut duduk tenangkan diri, amek nafas, pergi amek wuduk, takpun mandi terus. jadi, janganlah ikut cara aku ni. -____-






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'