Sunday, October 30, 2011

HARAPAN

"Susah nak puaskan hati semua orang, kadang-kadang hati sendiri yang terluka nak jaga hati orang."

Assalamualaikum.

Manusia sering tak berpuas hati dengan manusia lain sebab itulah kita dinamakan manusia iyee dak takkan alien.? -.-

Hari ni dah Isnin dah dan lagi beberapa hari lagi nak hari Jumaat, result exam semester 3 dah nak keluar dah. Perasaan aku adalah sangat tidak menggelabah sebab aku dah redha awal-awal dah masa jawab exam paper haritu sebab aku jawab macam cikaai gila cikaai, jadi HARAPAN ajelah untuk aku dapat Dekan lagi semester ini. Haaaiiih...  #mengeluh panjang

Hari ni aku tak pergi kerja sebaab sebaab itu biarlah rahsia antara aku, Allah, keluarga dan seorang sahabat aku dan mungkin hari ni hari last aku bekerja? Mungkin iyaaa. 97% jawapan aku iyaa. 

*BS, baru 2 minggu aje aku kerja dah macam ni. Kepada bakal suami, sediakan uwaang secukupnya untuk   menyara bakal isterimu ini iyaaa. -.-

Aku ada satu impian dan aku rasa aku nak sangat laksanakan impian ni sebelum aku mati. Antara impian aku ialah aku nak pergi melancong dalam negara mahupun luar negara (skema gila ayat), tapi aku rasa semua orang mesti  nak kan melancong tapi tapi aku lain sikit, aku lagi suka kalau boleh nak pergi seorang diri. Sebab apa seorang diri, sebab aku nak rasa hidup sensorang, hidup bujang (sebelum memasuki fasa kahwin yang lama lagi agaknya) -.-  dan aku nak buktikan kepada 'mereka' yang aku boleh hidup berdikari. Aku mampu buat apa sahaja dan aku bukannya jenis manusia yang 

"Kau ni satu apa pun tak boleh buat, sampailah bila-bila."

Menarik bukan?  -.-

Selalu sangat berangan di mana angan-angan aku ni kadang-kadang melepasi tahap realiti. -.-
Maksudnya, aku ni suka sangat berangan, gila-gila punya berangan kadang-kadang sampai angan-angan tu terjadi macam realiti. errr.
* Jangan risau aku tak gila okay, biasalah tu berangan. -.-


Dear Family,
                    I'm trying my best in my studies. Sorry, I can't be a good enough daughter to you. 
(sila abaikan kosa kata , haiih english aku ni teruk)  -.-'''

Jadi anak sulung ni bukan senang. Nak kena jadi contoh, nak kena jadi harapan dan kadang-kadang kena tahanlah sikit peritnya kena banding-banding ni an. Takpe, saya faham sebabnya mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak barangkali? (ayaaat betul ayat melayu lama)  -__-

"senyum luar, sedih dalam. ouucchhh.."


"Keep smile okaaay, pedulikan semua tu. Kadang-kadang kena jadi sedikit keras hati bukan sebab apa tapi untuk diri sendiri jugak."   :)


nota sebelum keluar : HARAPAN masih lagi HARAPAN. 
                                 * bosaaaanlah pulak tak kerja ni an, cepaatlah naik sem aku nak belajau dah ni. T__T

okbye <3









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'