Wednesday, May 23, 2012

Thursday, May 17, 2012

School Memories?

Hello hello... Sekarang ni kat twitter rancak kemain orang dok cakap pasal memori sekolah memasing. Suka aku baca, ada yang best, lawak macam-macamlah sebab pengalaman setiap orang mana sama kan? Ada yang macam ni ada yang macamtu adalah macam-macam. So, mula-mula aku pun macam fikirlah "aku ada ke memori waktu sekolah?" -_-  serius mula-mula aku macam naaah, takde sangat kot. Tapi lepas diingat balik, adalah weyh! Gila takde, kalau takde apa aje aku buat kat sekolah tu? Takkan aku pergi sekolah cam mayat pulak an? -__-  Terkenang balik waktu sekolah rendah, tadika, menengah tup tup aku dah 20 dah weyh :') sobs sobs, dah besar dah Nur Ezza kan? Dulu pergi sekolah padah comot aje, ada makanan tumpah tumpahlah kat tudung, kasut tak basuh kapur aje -_-  hahaha, kenangan kot semua tu. :')

Bila teringat semua tu, aku teringat kat kawan-kawan sekolah aku. :'(  Ramai. Tapi rasanya paling rindu yang sekolah menengahlah kot, sebab 5 tahun  stay sekolah sama, sekolah rendah aku banyak pindah so maybe ada antara diorang tak ingat agaknya aku ke kan. hahaha..

Masa habis UPSR, maknanya dah tamat sekolah rendah dapat surat masuk sekolah dekat gila -_- SMK Telok Mas. Dapat masuk asrama. :) Punyalah suka sebab memang nak gila-gila duduk asrama. Mulanya nak sangat masuk Sekolah Asrama Tun Fatimah, sebab dulu duduk JB kalau jalan mesti abah tunjuk sekolah tu suruh masuk, nak buat camne an takde rezeki UPSR dapat 4 aje A. :')

Dapat masuk asrama pun dah happy dah. Abah ni memang jenis buat benda kene awal, so datanglah mendaftar awal serius punya awal -__-  masa daftar tu takde ramai sangat orang -.- dapatlah dorm 4. Lepastu dapat kelas 1 Teta. Kat sini tak ingat sangat kenangannya sebab lepastu aku tukar masuk dorm 6 dengan sorang akak ni & dapat masuk kelas 1 Omega. Dapat lompat, hehe.

Aku malas nak cerita apa jadi sebab panjaaanglah weyh -_- Aku nak cerita pasal kawan kawan aku ni :)

Hai awak. Awak rasanya saya kenal dulu kat asrama tu an? Yelah awak duduk sebelah katil saya an?

Nur Fasihah Mohamad. :) Yang belah kiri tu. *sorry awak kene curi gambar dalam fb, yelah bape tahun kita tak jumpa an? :(

Seha. Rindu kau sangat-sangat tahu tak? Kita ni asyik berbual dalam telefon aje :( Rindu rindu rindu. Bila nak jumpa? Time kau ada waktu, aku pulak tak boleh. :(

Seha ni baik orang dia. Dia kelakar, kadang-kadang pun nakal. Ingat lagi kitaorang suka peegi public phone bawah hostel lepastu main call call kawan seha, aku lah kan kene cakap -_- kacau kawan-kawan dia sampai kawan dia marah, haha. Sorry kawan seha yang jadi mangsa :)  Seha pandai, dia duduk kelas 1st takdelah cam aku -_- tapi dia tak sombong pun. Aku sayang dia :) Heee, seha seha. Ingat tak kita pegi tengok cerita "Lady Boss" memalam kat bilik tv? Lepastu sir *ketua warden datang serbu dah kene tahan, macam tahanan bagi nama lepastu kan biro biro lelaki pun ada sibuk tengok. :P

HAPPY BIRTHDAY!! *POOOOOOOON* bunyi tiup benda yg keluar kertas gulung2 tu -_-

Hehehe, awak dah 20 an ^_^  kalau baca ni waktu birthday happy happy birthday. Semoga sihat selalu, ceria and gembira bahagia dengan si dia yang sampai laah ni aku tak tahu pun siapa -_- siap nak rahsia rahsia an. Love you. Bahagia kau, bahagia jugak aku.. Tumpang sekaki.. hahaha  (kalau baca before birthday, err err bukak balik time birthday kau) hahaha.. 

Dalam dorm tu jugak jumpa sorang budak ni. Mula-mula aku kenal nama dia aje dulu sebab dia takde dalam dorm tu. hahaha, aku tak ingat cerita dia camne. Nama dia panjang and unik. 


Adli Ain Zulaikha. :) Haai awak. Rindu tahu tak :)

Adli ni kawan sekelas. :) Stay sama-sama satu kelas. 1 Omega, 2 Omega, 3 Omega, 4 Omega lepastu dia pindah. :( Sampai hati awak pindah sekolah an, tinggalkan saya. Sedih tahu tak?? Tahu tak adli ni minat nyanyi, dulu dia suka masuk singing competition kat sekolah tu, nanti before tu dia practise lah nyanyi. Heee... Ingat lagi waktu kelas kimia, Cikgu Zaiful maafkan kami hahaha, kita orang dok boraak borak lepastu sampai cikgu panggil tak dengar, abaikan. Kesian cikgu :(  Maaf.  

Ramaaai lagi kawan kawan sebenarnnya tapi entah kenapa nak cerita yang dua ni dulu hehe. Kalau nak cerita rasanya 3 hari 3 malam pun belum tentu habis ke tak, ye tak? Jadi ku bagi gambar untukmu lihat. 


ni Form 3 ni, sebab kat papan hitam tu ada tulis PMR haha. 


ni pun form 3 ni, jamuan raya.. :D


tentu tentu form 3 jugak -_- jamuan raya. 

okaay ni masa form 5 kat rumah Ustazah Halijah ada jamuan-jamuan. Rindu ustazah semuaa orang sekali. :)  *abaikan please muka aku, gaya aku. T__T


5 Onmega. Tu cikgu BM kita, Puan Zaliha Sanadi. Garang menang garang, tapi tengoklah hasilnya. Thanks cikgu :)


Ni raya tahun lepas ni, tu cikgu Zul. fevret jugak ni. cikgu paling sporting aje. yang ni kawan-kawan sekelas miza and syamsiah. ada lagi sorang sara tapi dia yang amek gambar ni. 




dari kiri ezza, izz, mal and iecha. Koraaang bila nak keluar lagi?? ^_^


Malyanah aka sardine. hahaha. sekarang kat Sarawak sana tu


dari kiri iecha, adli, cheeky, izz, iecha, ezza depaan sekali ni pijot. haha, ingat dulu aku dengan pijot penah makan kebab ada semut chelan bagi. T__T dahlah makan dalam gelap, lepastu tetiba rasa ada benda banyak-banyak jalan kat tangan. -_-


Malaysia's Next Top Model maybe. -_-  haha. 


ni takde pape, saje aje. hahhaa. bye bye love you.. 

Ohh, mesti tertanya aku ni kawan dengan perempuan aje ke, memilih ae? -_- tak tak, kawan lelaki ada aje cuma dulu aku kot tak berapa nak amek amek gambar ni. hahaha.. Ohh, ada lagi sorang ni, aku nak sebut nama kau tapi aku segan :P hahaha, aku rasa kau tahu kau siapa. he he he.. Thanks weyh, kau pun selalu concern pasal aku an, call aku tetibe memalam sebab nak tipu tipu aku -__-  lepastu tanya result aku, hehehe marah kalau aku mencarut kat twitter, sorry :(  tanya khabar aku, thanks weyh.. Last jumpa kau tu pun terserempak kat MP an? Demam demam pun sibuk nak tengok wayang -__-  Muksin, good luck untuk apa-apa kau buat, belajar rerajin aku tahu kau pandai dapatkan dekan sem ni weyh, aku tahu kau boleh ;) ohh, untuk team TUAH kau, semoga bertuaah selamanya.. hahaha.. (ingaat tak kau penah suruh aku tulis pasal kau? hah, dah tulis ni.. heee) :)

*koraaang set date jom jumpa... rinduuu... :(

FRIENDS FOREVER



Monday, May 14, 2012

Ini Diri Kita :D

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semuaaa :D

Haha. kemain gembira pulak ezza kan. Takdelah gembira bukan sebab apa pun. Ohh, nak share share ni semalam disebabkan tahap bosan terlalu tinggi so saya pun cubalah guna bantuan pak cik google dok cari ujian personalitilah, ujian otaklah, grammar. Jadi kat sini *asal skemaa?? -__-  nak suruh korang try jugak benda ni, cubalah best tau. tak rugu apa pun :)

First
okaay yang ni macam panjang sikit, tapi tapi try aje jangan cabut. make sure korang ada pen atau kertas takpun kalau malas sangat tekan aje sticky notes kat lappy tu kan, jawab kat situ. *macam aku. (siapa dah penah cuba boleh proceed ke aktiviti kedua) :D

Okaay jom main, yang ni lama sikitlah. Situasinya begini, jeng jeng jeng...


Anda berada di dalam hutan, rimba terjun *ae tu kampung aku. okaay serius. Koraang semua bayangkan yang korang ada dalam hutan lepastu....

1. Dengan siapa korang berjalan dalam hutan tu? *tulis jawapan tu, nanti lupa.

Dah syok jenjalan tiba-tiba korang ternampak/terserempak dengan seekor haiwan.
2.So, apa haiwan yang korang nampak tu??

3. Apa tindakan korang terhadap haiwan itu?
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu) *pilih-pilih

Korang teruskan lagi perjalanan and and and -____- okaay tiba-tiba ternampak segugus kunci
4. Nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci) *jumpahnya jangan kurang 1 atau lebih 10 haha

Koraang teruskan lagi perjalanan, tiba2 ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

In your mind

5. Adakah rumah itu berpagar?

6. Pintu rumah tu terbuka ke tertutup?  *dua aje ae pilihan, takde separuh haha

Lepastu dengan tak tahu malunya korang masuklah dalam rumah tu, lepastu nampa satu meja makan

7. Apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

Atas meja tu ada pasu, tengok pasu tu bebetul ae, usha bebaik...

8. Berapa banyak air dalam pasu itu?
Pasu tu penuh / setengah / kosong??

9. Pasu yang korang nampak tu diperbuat daripada apa?
a. (Kaca / seramik / tanah liat)
b. (logam / plastik / kayu)

Tak tahu malu lagi tu, korang pun jalanlah sampai ke belakang rumah orantu. Lepastu tetiba aje nampak air terjun dari jauh..  *yang ni aku rasa sangat sangat tak logik. -__-

10. Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

Korang terus berjalan dan ternampak sebuah taman. Tiba-tiba korang ternampak sebuah kotak peti.

11. Apa saiz kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

12. Kotak tu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

Tak jauh dari taman ada sebuah jambatan.

13. Jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan tu pulak ada seekor kuda.

14. Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15. Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

16.
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang (kat Malaysia takde).... tak jauh
daripada kuda. Korang cuma ada 3  je pilihan :

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Pilih mana satu pilihan koraang. :)


Okaaay dah ready dengan jawapannya? Jawapannya aku bagi besok sebab penat nak taip.. haha.. jangan marah. :)

Second


Baca warna kat bawah ni mengikut kalernya. Okay, ada faham.?
*sumber fesbuk. terima kasih :D

HIJAU         KUNING
PUTIH         INDIGO
KELABU      MERAH
HITAM        JINGGA

OKAAY SEKIAN SAHAJA. sekadar berkongsi apa yang best. nanti aku jumpa aku cari.. :D
*sebelum orang marah sebab aku tak bagi jawapan yang kuiz satu, baik bagi. hahaha. tekan ctrl + A ye anak-anak. :)

Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.


(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar


(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah


(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik


(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded


(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye


(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda


( Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah


tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!


(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda


(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...


(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi


(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri


(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman


(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.


(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal


(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?


Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan


(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.


Sunday, May 6, 2012

Result Oh Result

Macam sebelum sebelum ni, asal dapat result aje mesti aku post tapi kali ni lambat sikit (rasanya lambat gila, dah basi dah cerita ni) -.-  harap maaf yea (ceeh, macam orang nak tahu) -.-

Seminggu mendiamkan diri gara-gara maxis marah tak bayar lagi bil *batuk-batuk

Result sem ni (sem lepas) ae ae emmm, sebenarnnya konfius. Yelah kalau orang tanya semester berapa (time cuti) mesti teragak-agak nak jawab, sem 4 ke sem 5? -_______-

Alhamdulillah, sem ni naik sikit aje, tapi takpe okaylah tu naik bersyukur Ya Allah. Terima Kasih :') Berapa pointer? (perasan ada orang nak tanya) maaflah kita ni jenis memang tak share pointer dekat public, kalau orang tanya (mostly kawan-kawan aje) yang akan ku jawab. Sebab segaaanlaah. Lagipun buat apa nak tayangkan, ada lagi 2 sem. Takut kecundaang, baik kita diam-diam aje. :)

Tapi apa-apa pun, tahniah kepada mereka yang 4 rata tu. tabik spring. *tabik  Tahniah juga mereka yang sentiasa dean list tu, ANC lah koraaang. tssk tssk.

Yang kurang tu, jangan risau tak semestinya gagal ni gagal selamanyakan. Sebab saya pun pernah rasa. Jatuh terduduk, terlentang tergolek semua. Tapi takpe, itulah yang akan buatkan kita semua tak mudah leka, lupa dah akan sentiasa ingat. :') Just respect others. *apa kene mengenaa? -____-

Ok. See you soon. Bye bye.

Oh, The Avengers TERBAIK!  Rugi siapa tak tengook.! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'