Monday, May 14, 2012

Ini Diri Kita :D

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semuaaa :D

Haha. kemain gembira pulak ezza kan. Takdelah gembira bukan sebab apa pun. Ohh, nak share share ni semalam disebabkan tahap bosan terlalu tinggi so saya pun cubalah guna bantuan pak cik google dok cari ujian personalitilah, ujian otaklah, grammar. Jadi kat sini *asal skemaa?? -__-  nak suruh korang try jugak benda ni, cubalah best tau. tak rugu apa pun :)

First
okaay yang ni macam panjang sikit, tapi tapi try aje jangan cabut. make sure korang ada pen atau kertas takpun kalau malas sangat tekan aje sticky notes kat lappy tu kan, jawab kat situ. *macam aku. (siapa dah penah cuba boleh proceed ke aktiviti kedua) :D

Okaay jom main, yang ni lama sikitlah. Situasinya begini, jeng jeng jeng...


Anda berada di dalam hutan, rimba terjun *ae tu kampung aku. okaay serius. Koraang semua bayangkan yang korang ada dalam hutan lepastu....

1. Dengan siapa korang berjalan dalam hutan tu? *tulis jawapan tu, nanti lupa.

Dah syok jenjalan tiba-tiba korang ternampak/terserempak dengan seekor haiwan.
2.So, apa haiwan yang korang nampak tu??

3. Apa tindakan korang terhadap haiwan itu?
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu) *pilih-pilih

Korang teruskan lagi perjalanan and and and -____- okaay tiba-tiba ternampak segugus kunci
4. Nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci) *jumpahnya jangan kurang 1 atau lebih 10 haha

Koraang teruskan lagi perjalanan, tiba2 ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

In your mind

5. Adakah rumah itu berpagar?

6. Pintu rumah tu terbuka ke tertutup?  *dua aje ae pilihan, takde separuh haha

Lepastu dengan tak tahu malunya korang masuklah dalam rumah tu, lepastu nampa satu meja makan

7. Apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

Atas meja tu ada pasu, tengok pasu tu bebetul ae, usha bebaik...

8. Berapa banyak air dalam pasu itu?
Pasu tu penuh / setengah / kosong??

9. Pasu yang korang nampak tu diperbuat daripada apa?
a. (Kaca / seramik / tanah liat)
b. (logam / plastik / kayu)

Tak tahu malu lagi tu, korang pun jalanlah sampai ke belakang rumah orantu. Lepastu tetiba aje nampak air terjun dari jauh..  *yang ni aku rasa sangat sangat tak logik. -__-

10. Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

Korang terus berjalan dan ternampak sebuah taman. Tiba-tiba korang ternampak sebuah kotak peti.

11. Apa saiz kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

12. Kotak tu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

Tak jauh dari taman ada sebuah jambatan.

13. Jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan tu pulak ada seekor kuda.

14. Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15. Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

16.
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang (kat Malaysia takde).... tak jauh
daripada kuda. Korang cuma ada 3  je pilihan :

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Pilih mana satu pilihan koraang. :)


Okaaay dah ready dengan jawapannya? Jawapannya aku bagi besok sebab penat nak taip.. haha.. jangan marah. :)

Second


Baca warna kat bawah ni mengikut kalernya. Okay, ada faham.?
*sumber fesbuk. terima kasih :D

HIJAU         KUNING
PUTIH         INDIGO
KELABU      MERAH
HITAM        JINGGA

OKAAY SEKIAN SAHAJA. sekadar berkongsi apa yang best. nanti aku jumpa aku cari.. :D
*sebelum orang marah sebab aku tak bagi jawapan yang kuiz satu, baik bagi. hahaha. tekan ctrl + A ye anak-anak. :)

Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.


(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar


(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah


(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik


(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded


(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye


(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda


( Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah


tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!


(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda


(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...


(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi


(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri


(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman


(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.


(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal


(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?


Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan


(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'