"Besok ejja cuti tak kerja. Tak tak tak, salah ayat aku ni. Besok kedai cuti jadi ejja tak kerjalah besok. Seronoknya. Ini dipanggil cuti semasa cuti, yeeaaaah..!"
:)
Assalamualaikum.
Cuti semester selama 6 minggu ni aku mengambil keputusan untuk bekerja di kedai makan berhampiran disebabkan tak tahan sangat duduk rumah melangguk sahaja, baik keluar cari fulus. Massyuuk. :)
Tup, tup pejam celik pejam celik dah seminggu dah aku kerja kat kedai makan Pak Man. Jadi disebabkan terasa besok free sesangat jadi mata ni berazam nak tidur lambat sikit malam ni dan dan ada lagi aku nak cerita pengalaman (ceeehhh baru seminggu) -.- bekerja ni. p o y o. maaf
Hari first bagi aku ialah hari malang sebab baru start kerja dah sakit, haiih terpaksa tahan demi menjaga maruah. T___T Bayangkanlah an, dah baru sampai okay tugasan pertama goreng telur, bukan sebiji bukan dua biji tapi berbiji-biji telur, tak kisah sangatlah an apa ada hal telur goreng aje. Ahaks. -.-
Okay sambung. nak cerita ni pasal hari first ni. Sedih tahu tak. Dahlah baru masuk an sekali dia bagi ayat pedas lagi berapi
"Belajar tinggi dapur pun kena pandai." (sila baca dalam nada indonesia sikit)
Okaay mak cik, guwa hanya mampu tersenyum tapi dalam hati Tuhan yang tahu. Takpe, takpe tak heran. Dahlah dengan perut sakit, meragam buat perangai, pening-pening nak pitam, lepastu muntah-muntah pulak tu (ooii, aku muntah kat toiletlah bukan kat kedai. jangan risau takde orang tahu) -.- dugaan gila hari first. T___T
tapi dah masuk hari kedua, ketiga pelan-pelan kayuh dah ok babe, dah tahu dah apa nak buat, nak buat tu buat ni semua Alhamdulillah dah pandailah cuma satu aje benda aku tak tahu nak kira-kira ni semua. Eheeem, jangan ada suara-suara sumbang yang cakap macamni eh
"Apa ada hal, kata amek business kira macamtu pun tak boleh.?"
memanglah awak oi, tapi masalahnya harga makanan minuman semua dia tak bagitahu, manalah aku nak tahu an. Jadi, aku lagi suka buat kerja macam amek order, hantar order, basuh pinggan, potong-potong sayur. Jadi kaum-kaum ibu semua, yakinlah saya boleh jadi menantu yang baik, InsyaAllah. Heeeee. Gatai -.-
sebenarnya an, takde idea dah nak tulis, arghhh demmn. -.- tadi banyak gila kot rasa nak tulis. takpo, takpo eden bagi ekau semuo tengok gambar ajolah eh. hobin jang hobin! -.- maaf, saya tak pandai berbahasa noghori ni.
time lenggang camni, sempatlah amek gambar kejap. -.-
makcik ni, bising-bising sikit tau. -.-
selagi sempat duduk, duduk karang penat kang.
Diorang semua panggil aku ejja, walhal aku kenalkan nama aku EZZA. Mula-mula Imam panggil kaklijah ke kak ijaah -.- lepastu tukar dah kak ejja. Ada sorang makcik ni panggil za, okaylah tapi paliiiiing tak boleh blah lagi sorang ni panggil aku essa -_________________-''
aku prefer ejja.
p/s : selamat tak esso, memanglah an. -.-'''
2 comments:
essa!!!!
taaaak naaaklah weyh... T__T
Post a Comment