Tuesday, July 10, 2012

Luahan Hati

Aku tak faham betullah dengan manusia ni. Semalam kolej aku ada buat perjumpaan, perjumpaan dengan semuaaa budak budak Part 2 and 3. Macam biasalah, semua JPK JPK kolej (Jawatankuasa Perwakilan Kolej)mesti akan bunyikan siren sekuat kuat alam, jerit sana jerit sini, naik level atas, turun balik level bawah sebab nak kumpulkan budak budak yang hampir separuhnya keras kepala nak mampuih, pekak badak. Semalam memang aku rasa, aku sakit hati betul. Tak pernah pernah aku rasa nak marah, aku marah. Aku rasa menyampah kat orang-orang tu sangat-sangat, aku menyampah. Sorrylah, menyampah tu tak bagus tapi dah kalau korang buat sampah memanglah aku menyampahkan. Bila orang panggil elok-elok cakap baik-baik semua tak dengar, bila dah kene pekik tu pun ada jugak tak dengar. Lepastu nak buat muka, apa kau fikir muka kau bagus sangat ? Tolonglah, kalau ikutkan hati yang tak terkawal boleh aje aku nak baling selipar kat muka korang tapi disebabkan hormat, ada adab sopan aku tak buat. *jangan ingat aku tak mampu buat.

Pesan aku kepada mereka-mereka yang berperangai seperti ini. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Maknanya kalau kau dah ada kat tempat orang tu, dengar ajelah cakap orang, ikut ajelah peraturan yang telah ditetapkan janganlah sesuka hati kau aje kan nak buat hal sendiri, kepala sendiri. Apa kau ingat kau dah cukup bagus ? Kalau dah cukup bagus, pergi hidup sendiri, buat hal snediri, ohh dan kalau nak mati pun, buat persiapan sendiri. Boleh ? 

Amek, tak pernah pernah aku luahkan marah aku kat blog ni aku luahkan jugak. Kan dah cakap, ni blog aku so hidup akulah.

p.s : mintak maaf banyak-banyak. benda senang, kau buat baik aku pun buat baik :)
tak nak marah marah ni lagi, aku benci kalau aku marah sebab aku tak suka. sebabtu aku kurangkan dah marah aku, lebihkan gembira aku.

XOXO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'