Tuesday, December 27, 2011

cuti

Assalamualaikum.

Yeeaaah, akhirnya setelah lama tak balik rumah dapat jugak balik ni ameeek seminggu gitu cutinya. :)  Tapi cuti-cuti pun berlambak aje assignmentnya. --'

Okay papai semua, cuti ni jugaaaklah aku dengan riang hatinya boleh tinggalkan broadband an dekat kolej. --' ni pun terpaksa datang rumah atuk aku kejaaap nak pinjam wifi kononnya nak buat kerja, acah-acah aje buat kerja. -_______-

oh iyeee, boleh tak bagi idea dekat aku nak meniaga olok-olok apa aje ni, ni pun untuk assignment. thank you semua. :)

Sunday, December 18, 2011

kau mengarut!

"lalallala..."

Assalamualaikum.

Cuaca sejuk, sejuk sangat jadi memang kami semua feeling-feeling LONDON lah an walhal dekat Lendu aje. --' takpe, takpe sebut banyak-banyak kali sebab nanti jadi kenyataan so lepasni sebutlah apa koraang nak banyak kali, contooh 'aku nak slim' -___-  poyo.

tuup taap tuup taap, pejam celik pejam celiiiiiikkk pejaaam dah nak habis rasanya an bulan 12, so good bye December. :(  bila dah nak masuk tahun baru ni, mestilah ada yang dah siap-siap pasang niat azam bagai semua an contooh-contoooh 'aku nak slim' -_________-
Lepastu, masuk tahun baru mestilah masuk umur baru jugak an, ye daak. Tahun ni tahun last aku bersama angka belas lepasni takdo dah.. omaaai, sobbs soobs nak tua dah kot bak kata orang tu 'rumah kata pergi, kubur kata mari' seraaam meeh. -____-

sebenarnya aku tak tahu nak buat apa ni, tapi al-maklumlah pelajar yang tak rajin macam aku ni dah tahu ada mas lapang belajarlah ke apa ke an tapi ni tidaak sibuk aje buat benda yang sangat tidak berfaedah. --' dahlaaah, ngantuuuk ni. babai.

kan dah cakap entry ni mengarut, tengook tajuklah. 

*faizeen sedaaap aje tidur, sarah sofiah pun sama sedaap tidur atas katil aku tu. kan dah cakap katil aku tu berhantu, kalau dah tidur mesti susah nak bangun, sedaaap gila tidur. dan aku pulak tengah kelaaaaparan gila. T___T

thanks for the song. sweet sangat awak. hari-harilah saya dengar lagu tu eh. saranghae oppa.  :)

Wednesday, December 14, 2011

pesanan

Assalamualaikum.

Orang kata kalau sayangkan seseorang tu kalau terpaksa lepaskan jadi lepaskanlah dia, emm betul ke.? Kalau betul terpaksa lepaskan dia sebab kita sayangkan dia, terpaksalah menahan perit hati ni relakan ajelah dia pergi dari hati. Sebenarnya pelik jugaklah sebab kenapa kita kena lepaskan benda yang kita sayangkan. Okaylah contohnya kau beli kereta BMW and  kau sayang gila barbie dekat kereta kau ni, tiap 5 minit cuci kereta tiap minggu hantar servis bagai, kalau boleh kereta tu kau nak simpaan aje bawak ke mana-mana sahaja. Okaaay katakanlah ada orang datang nak beli kereta kau tu dengan harga dua kali ganda kau beli, kau rasa kau nak jual tak?? --'  Aku rasa macam pelik aje contoh aku kan.

Okaay next, macamnilah eh ada orang jatuh hati dekat kau, kau cuba terima dia, lama-lama hati pun makin sayang, lama-lama datanglah perasaan cinta tu dalam diri, tiap masa rindu aje kan (tapi takdelah tiap masa, kalau tiap masa mana datangnya masa kau ingat dekat Tuhan, family semua tu kan, yee taak) mulalah kalau tak jumpa sekejap datanglah perasaan bukan-bukan, fikir bukan-bukan (bukan-bukan maksud aku ialah syak wasangka eh, bukan perasaan yang pelik-pelik. budu, aku baca balik ayat aku baru aku perasan ayat aku macam biru sikit_) --' and dah seroonoook sangat berkasih kasih sayang bagai tiba-tiba tuup tuup tadaaaa tak boleh dah kau nak kasih-kasih sayang bagai semua ni sebab terpaksa lupakan semua tu. *sight

nota kaki dari kawan aku untuk 'kawan' dia (ni pun kalau kau bacalah an) : Apa-apa pun aku nak wakilkan kawan aku ni, dia cakap dia minta maaf sangat-sangat dekat kau. Kalau boleh janganlah gaduh-gaduh ni, dia cakap dia tahu memang salah dia dan tindakan dia melampaukan petang tu. Sedih hati kawan aku ni hah, tiap malam asyik nangis aje an. Takpelah, satu ajelah kalau kau tak boleh lagi dengan dia, dia cakap dia faham semua tu dan dia akan slow-slow accept smeua keadaan ini and dia pesan jaga diri, jaga hati tu baik-baik. Perasaan sayang tu takkan hilang punya sebab dia cakap dia bukannya robot ke alien ke senang-senang aje nak lupakan semuanya dalam masa sesaat aje kan. Kalau ada apa-apa hal, contactlah dia sebab takkanlah phone number tu dah padam an, call aje kalau susah-susah text aje. dia ada tu.

Aku doakan kalau betul dia jodoh kau, kau jodoh dia adalah jodohnya tu. Keep strong both of you. :')

kita tunggu ajelah apa yang ditulis untuk kita semua ni kan, iyeee tak.

Saturday, December 3, 2011

random 3

"emm..."

Assalamualaikum.

Permulaan belajar yang agak okay lah jugak. Law tak suka (paksa diri baca). IT tak suka (belum paksa diri lagi). Finance bolehlah. PR nampak menarik. Mandarin kena belajar menulislah pulak. --'   So, work hard. Ajja ajja fighting.!

Broadband dah tak boleh pakai (salah sendiri) jadi terpaksa menahan diri ni pun pinjam orang punya.  T____T

Ok, tak tahu nak merepek apa lagi. Sekarang pun tengah dengar lagu "Someone Like You". 

salam.  


Monday, November 21, 2011

random 2

"Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China."

Assalamualaikum.

Fuuuh, fuuuh, *kibas-kibas tangan. Ohooooi, lama jugak eh tak menulis ni, eheeem al maklumlam semenjak tamat semester break sabtu lepas ni bz lah sikit an gaya hidup ni, dah tak boleh membongkang tidur sesuka hati T___T  banguun pagi  :D <--- lebar senyuman.

Sebelum apa-apa, cek nak ucap TAHNIAH kepada team bola sepak Malaysia yang berjaya MENUMPASKAN team bola sepak Indonesia semalam. (YES! HAHAHA.) kejaam aku --'
Ya Allah, gembiranya hati ni tengok depa berjaya dok pertahankan emas semalam. :')   *terharu   --'

p/s : boleh tahan gak eh pemain-pemain bawah 23 ni. maksud aku boleh tahan tu faham-faham ajelah an. ok gataai. --'


Faizeen and me.
*sebelum bola start, makanan belum sampai apa lagi inilah org perempuan. iyeee dak? heeee.

Pejam pelik, pejam pelik <---- Ameer cakap  -..-  dah hari kedua dah kelas start, kelas semua oklah kot buat masa ni, pensyarah semua okay aje (mudah-mudahan). 

Ok dahlah, rasa macam nak tidur kejaaap aje kejaaap sebab kelas aku lepas ni pukul 2.30ptg, terbaaaek an kelas 8.30 pg lepastu 2.30ptg. 

naaaah, tak tahu nak buat apa. bye.


hai. ini abah saya. itu yg pakai tudung tu kembar saya. -..-  tipu je.



dah mula rindu dah ni. :'(




ni adik aku ni, emmm bolehlah sikit-sikit rindu. -..-

Saje aje aku pergi tesco semata nak luangkan masa dengan abah before diorang balik, ahaaai gedik punya anak an. Heew heeew.

*semoga dapat balik minggu ni. sakit tengkuk ni takde bantal, gigil takde selimut. --'



Tuesday, November 15, 2011

permulaan

Isnin
8.30 - 10.20 AM LAW299 
2.30 - 4.20 PM BMD151/BAB151 


Selasa
8.30 - 10.20 AM MKT310
2.30 - 4.30 PM MGT300


Rabu
10.30 - 12.20AM BMD151/BAB151  
2.30 - 4.20 PM FIN262


Khamis
8.30 - 10.20 AM MGT300
10.30 - 12.20 PM MKT310 
2.30 - 4.20 PM LAW299 


Friday
10.30 - 12.20 FIN262 




(siapkan diri anda dengan khayalan dan imaginasi yang sangat tinggi, sebab entry kali ini penuh dengan magika)

Assalamualaikum.

Apa jadahnya benda kat atas tu, hah itu jadual kelas untuk semester 4 ni hah. So macammana? Aku okaay aje, sebab takde kelas malam! Haha, tak tahu kenapa, aku tersangatlah malas kalau kelas malam ni sebab aku lagi suka kelas pagi. Yelaah, bayangkanlah kita sekolah dulu dah berapa tahunkan selalu bangun awal, pergi kelas pagi-pagi *walhal selalu datang lambat sekolah, kena tahan, kena denda. --'

Sem 4 ni akan banyak subjek baca-baca, jadi jadi kenalaah pandai urus masa ezza oiii awaak tu dahlah lambat gila nak masuk dalam kepala otaak an.  T____T    kusedar siapa diriku ini, ewaaaah. --'

Lagi, kan heee nak jugaklah share aku an, aku an. Siaak ah segaan pulak. *tutup muka.   Okaay, aku emm, emmm aku ni lah weyh, apa tu apa tu *kuis-kuis kaki dekat pasir. 

Okaay, aku dah cuba untuk mengupload gambar letak kat sini tak boleh pulak. Guwa tak tahu salah siapa. Salahkan blogger? Salahkan line? Atau salahkan diri sendiri? Atau kaauorang semua? okngarut. -.-


Takpelah weyh, nanti lain masa aku cuba lagi okaay. Oh, btw aku baru lepas kene tegur ni sebab selalu mengahabiskan masa menghadap laptop aje. :/  *gedik tak aku ini pun nak mengadu. --'


Sebenarnya an, hari ni dah hari (check calendar) hah, hari selasa jadi papai Telok Mas & hello London. Tiket pun baru nak beli ni, lambat an. Barang-barang semua tak kemas lagi. Takpelah.
(cerita yang ini hanyalah rekaan semata-mata)


p/s : aku takde selera dah lepak-lepak dekat fesbuuk tu sebab ada orang letak gambar yang memang fuu betullah. tak senonoh, jadi ada apa-apa hal hantar email, surat-menyurat takpuung call aje guwa. faham. -..-


Guwa sekarang main sini sahaja. Joom ah. :)  bluebird <---klik.






AKU TAK TAHU MACAMMANA BOLEH TERHIGHLIGHT SEMUA HURUF. AKU TAK TAHU NAK BETULKAN. ASAL BOLEH BACA SUDAHLAH EH.


MAAF.  T____t









Sunday, November 13, 2011

You & I

"kita sama sahaja tapi dengan cara yang berbeza."
Assalamualaikum.


                                                                                        ͫ̉ͦ̊̀̔ͧͮ͆̽ͦͩ͋̌͗̚̚҉̵͖̟͙̮͈̼̹̞͝ͅ!̸̶͚͖͖̩̻̩̗͍̮̙̈͊͛̈͒̍̐ͣͩ̋ͨ̓̊̌̈̊́̚͝͠ͅ ̷̧̢̛͖̤̟̺̫̗͚̗͖ͪ̏̔̔̒́ͥ̓ͫ̀ͤ̇ͥ͝ ̡̊͛̇ ̡̊͛̇ŗ̷̢̛͖̤̟̺̫̗͚̗͖ͪ̏̔̔̒́ͥ̓ͫ̀ͤ̇ͥ͝ ̡̊͛̇ ͫ̉ͦ̊̀̔ͧͮ͆̽ͦͩ͋̌͗̚̚҉̵͖̟͙̮͈̼̹̞͝ͅ!̸̶͚͖͖̩̻̩̗͍̮̙̈͊͛̈͒̍̐ͣͩ̋ͨ̓̊̌̈̊́̚͝͠ͅ ̷̧̢̛͖̤̟̺̫̗͚̗͖ͪ̏̔̔̒́ͥ̓ͫ̀ͤ̇ͥ͝ ̡̊͛̇ ͫ̉ͦ̊̀̔ͧͮ͆̽ͦͩ͋̌͗̚̚҉̵͖̟͙̮͈̼̹̞͝ͅ!̸̶͚͖͖̩̻̩̗͍̮̙̈͊͛̈͒̍̐ͣͩ̋ͨ̓̊̌̈̊́̚͝͠ͅ ͫ̉ͦ̊̀̔ͧͮ͆̽ͦͩ͋̌͗̚̚҉̵͖̟͙̮͈̼̹̞͝ͅ!̸̶͚͖͖̩̻̩̗͍̮̙̈͊͛̈͒̍̐ͣͩ̋ͨ̓̊̌̈̊́̚͝͠ͅ ̷̧̢̛͖̤̟̺̫̗.   <---- batak pulak main kotor2 ni, heeee. suka.  :)






Yes, ini saya lagi ini. Menulis, menulis dan menulis. Siapa yang kenal diri ini sebenar-benarnya mesti tahu kenapa diri ini menulis. Okay, mari sambung topik sebenar.

Lelaki dan Perempuan, sama sahaja.

Siapa setuju sila angkat tangan, goyang-goyang kepala. Siapa tak setuju sila berikan sebab. Seperti yang sedia maklum, dekat sini sahajalah aku boleh beri pendapat sebab ini belog aku punya jadi sekarang ni aku nak cerita yang sebenarnya kita ni sama aje. why? 

Pertama sekali kita sama sebab semestinya aku manusia kau pun manusia, iyeee tak? Takkanlah aku manusia kau alien, mana wujud pulak kau ni. --'  


childhood love. never exist to me. --'

Lelaki suka cakap macamni an, siapa perasan

"Alaaah, perempuan ni tahu nak merajuk aje. Gembeng ah asal sikit nak nangis."   --''

Eceeeh, cakap orang ya cik abang. Eheeem, eheeem lelaki pun apa kurangnya an. Kadang-kadang, tapi bukan kadang-kadang selalunya lelaki kalau merajuk hanya Tuhan yang tahu. Tak boleh lama lagi ke nak merajuk? Sebab itu sifat sabar itu penting, sabar untuk melayan kerenah mereka ini juga. Takpe, takpe mereka ini semua bakal imam kita semua an kaum Hawa. Sabaaar ajelah.  :)

"Perempuan gedik. Tengoklah suka amek gambar syok sendiri."

Ewaah, ewaah. Mana lelaki yang cakap camnie, ni aku marahlah sikit. Pasai apa, pasai ada kaum hampa semua pun dok kalut buat benda sama. (teruk gila bahasa utara aku) --'

Sebab apa aku marah, sebab aku bukan nak cakap apalah kan kadang-kadang aku bukak-bukak fesbuk aje, ada aje lelaki dok post gambar dia, banyak-banyak kali. Kadang-kadang caption pun lebih kurang aje macam perempuan. Hah, apa-apa.?  Okaay, maaf emo pulak an. Jadi, betul apa kau aku lebih kuraang aje cuma in a different ways. :)

*jangan terasa bebeh.

"perempuan kalau dah minat Korea..."  

Perumpamaan di atas ini kan, sama jugak macam perumpamaan di bawah ni sebenarnya

"lelaki dan bola...."

Malas nak cakap lebih-lebih, faham-faham sendiri ajelahkan kalau lelaki dan bola tu macammana. Tak pun lelaki dengan game DOTA, X-Box lah, PS lah, macam2 lagi an.... -_____-

Jadi, jangaanlah nak camburu sangat kalau kami sesetengah dari kami minat gila mat-mat Korea sampai sanggup tak tidur malam an tengook drama diorang atau sanggup jadikan wallpaper kat phone takpun lappy gambar dioraang semua, omaaai macam yang aku tengah buat.  nak buat macammana kan, mereka femes, enseeem and okaay tak tahu nak cakap apa.


desktop background aku sekarang ni. Lee Min Hoo

Kesimpulannya an. Manusia ni kadang-kadang ada aje persamaannya cuma dalam cara yang lain. Contoh, perempuan suka sangat agaknya nak mengumpat (Ya Allah, dosa tu tapi tulah diri ni.)  lelaki pulak suka nak membahan-bahan orang lain (sama aje, memperkecilkan orang.)  

TAPI
Lelaki lain

Perempuan lain

Kelainan antara kita berdua itu yang membuatkan kita boleh jadi serasi agaknya an.

"Sentiasa berdoa bahawa kau ialah jodoh aku dan aku ialah jodoh aku."

Amin, InsyaAllah.  :) 

*wo shi M.A de nu pengyou.











Friday, November 11, 2011

"11.11.11-Jumaat."

Assalamualaikum. 

Hari ni dah hari Jumaat dah, jadi besok Sabtu, lusa Ahad, tulat Senin lepastu sambunglah Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat balik & tadaaaa Sabtu. Ada apa dengan Sabtu? Ada cinta, muahaha. --'  Takdelah, kalau diizinkan Allah S.W.T untuk hambanya ini hidup lagi, sabtu ni kena mendaftarlah bebeh balik semula ke kampus tercinta di Lendu, Alor Gajah. Persiapan tu belum lagilah an, sebab macam sebelum-sebelum ni sebelum nak ke kampus tu barulah singgah sana sebentar beli barang-barang.

JAdi.... Naaaaak dekat berakhirlah iyee cuti untuk kita semua? (yang terlibat sahaja)  emmm, pejam celik pejam celik dapaat jugak iyee nak mengharungi 6 minggu cuti, penaaaatnya tak payahlah cakap. Iyeee, iyeee aku tahu mesti ada antara kita ni yang taknak balik langsung Lendu, mesti macam ni kot

"Ada apa dengan Lendu? Issshhh.."

Ceeeh, ada apa eh. Hah, ada macam-macam. Ilmu yang inging dicurahkan. --''  Jangaanlah macamtu iyeee, nak tak nak kita kena bersyukur jugak kat mana-mana pun kita semua ni berada. Cuba bayangkan ada orang lain yang bijak pandai tapi disebabkan ada sesuatu ke yang menghalang diorang nak belajar, tak ke sedih? Jadi, say Alhamdulillah thank you Allah.  :)  *emmm, aku pun kadang-kadang jadi alpa dengan diri sendiri. 

Tapi tulah tu kan, dah nak habis dah cuti ni? emmm... *muka sedih.  HAH? Ezza jangan nak mengade sedih pulak an, dusssh dusssh. --''   Kemain masa cuti nak balik an, tapi iyelaah aku memang nak balik sana jugak, nak mulakan azam baru. Iyelaah, sejak jatuh masa sem lepas ni an, aku aku aku.......  *takpelah, biar aku aje yang tahu. --''

Sebenaarnya entaah, aku pun tak tahu sangat apa aku merepek ni cuma nak bagitahu perkembangan aku ajelah an, ceeeeh bajet retis. -_________-

Oklah, ambil ini sebagai santapan untuk koraaang semua. Naaaah. :)


Ni gambar semalam, sekian lama akhirnya dapat jugak aku jenjalan an. T___T ahaaah, jumpa schoolmates semua, seroonok dengan korang semua semalam. InsyaAllah ada rezeki nanti kita semua jumpalah lagi weyh, buat reunion jom! :)

*semalam karok, maaf. suaraa guwa tak sampailah. memalukan. HAHA nasib pakai mic yg bengong tu, budu. --''




Sunday, November 6, 2011

shopping? errghhhh... --'

"makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan."

Assalamualaikum.

Sekarang ni tengah pasang niat nak jimat berbelanja disebabkan terasa diri ini tersangaaatlah boros ketika berbelanja  :/  Tapi hairan sebab kebiasaan wang yang digunakan lebih ke arah makanan, serius tak tipu *angkat sumpah


jangan cakap yang korang langsung tak tergoda dengan makanan ni? 


lemak.. yumm yumm sedaaaapnya. aku suka lemak cili api.heee..
(A pernah ckp aku ni mcm org negeri suka makan lemak.) --'''

Kalau nak tahulah kan, aku ni jenis manusia yang suka sangat berbelanja ke arah makanan, tidak kepada barangan-barangan wanita yang lain macam gencu, bedak tepek muka ke, celak, baju-baju ni semua. --' Kalau aku beli pung, sekali dua aje, tu pun aku pakai time pergi kelas, hari-hari biasa macamni bedak pun tak pakai.. -.-''  Iyelaaah, bagi aku kalau bershopping tu aku lagi suka dan tertarik pergi ke bahagian makanan daripada bahagian-bahagian lain. -______-  

Jadi nak tanyalah kan, pelik ke seorang perempuan seperti saya tak suka sangat nak shopping-shopping bagai ni? --' 

Teringat aku pernah teman A beli baju, haaaih dia mengalahkan perempuan, err tidak mengalahkan aku sebenarnya. Yelaah, dah pilih baju siap nak masuk fitting room, cuba & tanya pendapat aku okay ke tak, siap kena teman lagi tu -.-  (bukan teman masuk fitting room eh, jangan salah anggap). 

Keadaan akan jadi sangat berbeza dengan aku, nak tahu camne? 

Kalau aku beli baju, aku akan tengok baju tu okay ke tak, kalau cantik aku just letak aje kat badan buat ukuran, tengok saiz, tengok harga (kalau mahal memang taklah aku beli) kalau rasa puas hati baru beli. -.-''
Sebab tu aku pernah ada baju yang kecik (bongoook tak muat, perasan kecik) & aku ada baju yang besaaar (sebab rasa macam eloook aje) --'

Terpulanglah kalau nak cakap aku ni kedekut ke, eheem bukan kedekut tapi jimat sebab aku ni pinjam duit haha, so kena faham situasi aku der.  Terima kasihlah sebab ada bantuan pinjaman yang diberikan kalau tidak macammanalah keadaan saya agaknya. --' 

Bagi kaum hawa diluar sana, seronoklah berbelanja sebab sama aje kita cuma aku lain ajelah, lebih ke arah makanan. -.-' 

Kepada bakal suami, terimalah saya seadanya. Ahaaks, ohh, jangaan risau kalau shopping raya saya teman. hahaha. -___________-'''
  

p/s : save sikit apa duit awak, tak payah nak belikan saya apa-apa belanja saya makan aje cukup. Ngeee. :)
       

Saturday, November 5, 2011

random

Assalamualaikum.

Sekarang aku tengah bosan tak tahu nak buat apa, so aku nak menyemak tulis-tulis kat sini. Kisah? Lantak. :P

Jom main game nak? Tapi aku pun tak tahu nak main game apa, tak pandai nak create game. Oh yea, aku ada masuk contest MILOCans, contest tu kita kena create sukan yang berdasarkan idea sendiri dan malangnya tak menang pun. -.-'  Penat aje fikir idea (bajet) mencipta sukan-sukan yang bagus tapi itulah agaknya pihak Milo tahu yang aku ni seorang yang tidak aktif bersukan jadi rasanya lebih bagus lagi dia bagi hadiah IPad dan wang berapa rat silap ribu kepada mereka yang lagi layak. -_____-''  

Ermm, main game apa eh? Emm. Ada idea tak? Issh, susah takde idea ni. Macammanalah orang yang kerja dekat company-company besar yang kena sentiasa menyumbangkan idea kan? Guwa tabik sama lu lah bro. *angkat tangan tabik.

Dahlah. Okbye. <---- Ramai gila budaak guna ayat ni. -.-

"Saya Nur Ezza ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji, kepada mereka yang sedang menunaikan haji selamat menunaikan haji, InsyaAllah satu hari nanti keluarga dan saya akan ke sana, amin Ya Rabbal Alamin. Kepada mereka yang berpuasa hari ini, selamat berbuka. Besok lembu kena korban, Telok Mas korban berapa? Heee, nampak sangat saya penduduk yang 'prihatin'..." --'''

Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk kita. By the way, hati aku dah baik dah ni, dah tak sedih-sedih lagi pasal result sebab ada satu semangat dah datang balik, semangat nak belajar gila-gila next sem! Jadi, InsyaAllah doakan yang terbaik untuk aku. 

p/s : kurangkan berjalan-jalan sem 4 ni. JANJI DIRI SENDIRI! :)

Thursday, November 3, 2011

Result Macam H.....

"4 November 2011"

Assalamualaikum.

Hari ni, keputusan untuk budak-budak UiTM diploma dah keluar dah. Jadi macam jugak last-last sem, aku sharekan pointer aku so kali ni pun sama nak share jugak. :')

Semester 3 ni aku jatuh, iyeee aku jatuh. Maksudnya jatuh pointer, emmm sedih gila. :(

Aku dapat tengok result malam tadi, through email. Siapa yang follow aku kat twiteer mesti tahulah betapa cuaaaknya aku nak bukak result semalam & tup tup tadaaaa, keluar pun.

Tapi tulaah, macam aku pernah cakap sebelum-sebelum ni, sem 3 ni susah lagi dengan cara belajar aku yang macam haraam aje an, main-main aje lebih, hah asyik nak enjooy aje an, hameeklah. Kira setimpalah jugak dengan cara aku, iyeee dak.?

Doooown gila doe aku malam tadi tapi aku nak say thanks jugak dekat kawan-kawan aku semua yang bagi semangat kat aku, nasihat bagai. semua an, thanks koraang & especially to Sarah Sofiah & Mukhsin (first time ni aku tulis nama kau mohsen) -.-Thanks guys, aku cuba lagi okay next sem. InsyaAllah.

Sem ni aku tak dekan, haaish sedih gila babeng dah ni. Tak tahu nak bagitahu parents aku camne. 

Sedang mencari semangat oh aku seorang yang kalau semangat dah jatuh memang susah nak naik balik so kalau aku ada terbuar korang terkecik hati dalam masa terdekat ni sorry sangat-sangat, aku tengah kecewa ni. Satu aje, jangan cari pasallah kan, hahaha. 

Papai, love u. Muaaaah.

Tuesday, November 1, 2011

RAGAM

"Ada udang ada garam, banyak orang banyak ragam" betulke peribahasa ini..??  -.-

Assalamualaikum.

Mimpi agaknya aku ni kejap kejap tulis, kejap kejap tulis -.-

Hari ni nak kongsi ragam manusia, macam-macam kerenah. :)

Sekarangkan cuti, jadi kalau kau orang ada baca cerita aku yang lepas-lepas aku kan sekarang ni kan, kan sedang bekerjalah kan kat kedai makanlah kan, dekat-dekat jugak dalam taman akulah kan. (kira berapa kan, hadiah misteri menanti!)

Kejadian Satu :

Customer : Sekarang tengah cuti sekolah eh.?
Aku         : Errm, cuti semester.
Customer : Eh, dah cuti semester dah ke.?
Aku         : Ha'ah diploma. "mesti dia ingat degree ni" (dalam hati)
Customer : Ohh, diploma. Patutlah ingatkan sekolah lagi, tingkatan 4. Abang ingat kau tingkatan 4 lagi.
Aku         : Heeee. (tersenyum riang.) tapi lebih kepada gedik -.-

Yes! Masuk ni dah berapa kali dah orang ingat aku lepasan PMR & SPM. Nampak tak permainannya di situ.? Bangga jugak seyh, muka awet muda. Ahaaks.! -______-   dah, dah perasaan aje minah ni.

*Teringat satu kejadian tahun lepas, aku tipu budak perempuan kat kedai baju. HAHA, mati-mati dia ingat umur aku 16. :)  kaching kaching!!

Kejadian 2

Macam biasa tunggu sat orang nak dok pikir apa nak minum, apa nak makan. Tapi dalam masa yang sama, ada satu hal yang aku dok perhatikan aje brother depan aku ni kan, dia nak undur2 kerusi ke belakanglah kan, takkan ke depan -.-  aku tengooook aje dalam hati aku dah bisik dah "mesti jatuh ni", aku ambil keputusan ke belakang sikit, bagi ruang. Tup, tup betullah dia jatuh, tak sampai sesaat, nasib baik brother belakang dia takdelah kena sangat, aku tolonglah angkat kerusi sebelah dia yang jatuh, dia bangun sendirilah kan, takkan nak angkat. Brother belakang dia yang aku nak amek order ni, tolongkah jugak dia bangun. 

Respond Aku : Diaam aje, sumpah muka takde perasaan. Tangan masih memegang pen dan buku tunggu order. (tak rasa nak gelak atau apa langsung, busuk perangai) -.-

Respond Brother yg tolong org jatuh belakang dia : Dia gelak sikit aje, lepastu dia cuba tahan gelak tapi tak berapa nak jadi, dia pandang kawan dia tapi muka masih terukir senyuman tahan gelak.

Respond Aku : Daripada elok-elok takde perasaan langsung, tengok dah dia macamtu, aku apa lagi, senyum aje, biasa aje boleh kawal lagi tapi tulah kan, brother tu dia main gelak lagi. Bunguks. -.-  Aku terpaksalah senyuuuuuum lebar demi menahan gelak. Masuk dapur, aku ketawa kecik sorang-sorang. Hehehe<-- camnie.

Kejadian 3

Ada sorang xiansheng ni tengah makan eskem, dia duduk. Aku pun datang nak amek orderlah takkan mintak nombor -.-

Aku datang tengok-tengok dia tengah tekup mulut dia. -___-   Nak tahu kenapa? Mulut dia penuh eskem, lepastu agaknya sejuk sangat, tak boleh nak cakap. Ngek Ngok.

Kali ni, aku memang kena jadi manusia yang tak berperasaan langsung, tahaaaaaan aje gelak aku ni. Haiiilaaah, lama pulak tu kan dia nak sumbat masuk eskem tu. Aku pandang kanan kira kanan kiri sebab tak mau kecikkan hati customerkan. HAHAHAHA. Sekarang baru boleh gelak. -.-

Macam-macamlah ragam manusia kat kedai makan ni, alaahai sekarang dah tahu macammana kalau aku dan kawan-kawan (dalam kelompok ramai-ramai) pergi makan, apa perasaan diorang. -.-

Yelahkan, ada customer yang tak kisah langsung tersalah bagi air dia amek aje, okaaykan aje. (aku suka yang ni)

Ada yang cerewet, taknak sayur, taknak udanglah, ayamlah, blaa...blaa... Kalau tersalah macam apa aje kan. --''

Ada yang kelakar, hek biasalah tu kan. Macam tadi nak order air Milo Ais Panas satu. Pulaaak -____-  Memang dah ice nak panas pulak, AHAH.

Ada stock-stock cucu mithali, eheeeeem. Dah dua kali dah datang makan sarapan, teman atuk sama nenek dia, heee. Aku kadang-kadang apa lagi, cuci mata ajelah, heew heeew. p/s : awak jangan marah eh, normal normal. :)

Haaaiiih, biasalahkan kita hidup memang macam-macam perangai. Macam aku jugak, kadang-kadang kalau dah datang peliknya hameek kau, pandai-pandailah hidup, heee...

Oh, tadi aku cakap dapat hadiah misterikan untuk kau orang yang kira kan. Hadiahnya ialah....................

Misteri tak..??  Heeek... dush, dush. -________-''








Sunday, October 30, 2011

HARAPAN

"Susah nak puaskan hati semua orang, kadang-kadang hati sendiri yang terluka nak jaga hati orang."

Assalamualaikum.

Manusia sering tak berpuas hati dengan manusia lain sebab itulah kita dinamakan manusia iyee dak takkan alien.? -.-

Hari ni dah Isnin dah dan lagi beberapa hari lagi nak hari Jumaat, result exam semester 3 dah nak keluar dah. Perasaan aku adalah sangat tidak menggelabah sebab aku dah redha awal-awal dah masa jawab exam paper haritu sebab aku jawab macam cikaai gila cikaai, jadi HARAPAN ajelah untuk aku dapat Dekan lagi semester ini. Haaaiiih...  #mengeluh panjang

Hari ni aku tak pergi kerja sebaab sebaab itu biarlah rahsia antara aku, Allah, keluarga dan seorang sahabat aku dan mungkin hari ni hari last aku bekerja? Mungkin iyaaa. 97% jawapan aku iyaa. 

*BS, baru 2 minggu aje aku kerja dah macam ni. Kepada bakal suami, sediakan uwaang secukupnya untuk   menyara bakal isterimu ini iyaaa. -.-

Aku ada satu impian dan aku rasa aku nak sangat laksanakan impian ni sebelum aku mati. Antara impian aku ialah aku nak pergi melancong dalam negara mahupun luar negara (skema gila ayat), tapi aku rasa semua orang mesti  nak kan melancong tapi tapi aku lain sikit, aku lagi suka kalau boleh nak pergi seorang diri. Sebab apa seorang diri, sebab aku nak rasa hidup sensorang, hidup bujang (sebelum memasuki fasa kahwin yang lama lagi agaknya) -.-  dan aku nak buktikan kepada 'mereka' yang aku boleh hidup berdikari. Aku mampu buat apa sahaja dan aku bukannya jenis manusia yang 

"Kau ni satu apa pun tak boleh buat, sampailah bila-bila."

Menarik bukan?  -.-

Selalu sangat berangan di mana angan-angan aku ni kadang-kadang melepasi tahap realiti. -.-
Maksudnya, aku ni suka sangat berangan, gila-gila punya berangan kadang-kadang sampai angan-angan tu terjadi macam realiti. errr.
* Jangan risau aku tak gila okay, biasalah tu berangan. -.-


Dear Family,
                    I'm trying my best in my studies. Sorry, I can't be a good enough daughter to you. 
(sila abaikan kosa kata , haiih english aku ni teruk)  -.-'''

Jadi anak sulung ni bukan senang. Nak kena jadi contoh, nak kena jadi harapan dan kadang-kadang kena tahanlah sikit peritnya kena banding-banding ni an. Takpe, saya faham sebabnya mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak barangkali? (ayaaat betul ayat melayu lama)  -__-

"senyum luar, sedih dalam. ouucchhh.."


"Keep smile okaaay, pedulikan semua tu. Kadang-kadang kena jadi sedikit keras hati bukan sebab apa tapi untuk diri sendiri jugak."   :)


nota sebelum keluar : HARAPAN masih lagi HARAPAN. 
                                 * bosaaaanlah pulak tak kerja ni an, cepaatlah naik sem aku nak belajau dah ni. T__T

okbye <3









Thursday, October 27, 2011

work

"Besok ejja cuti tak kerja. Tak tak tak, salah ayat aku ni. Besok kedai cuti jadi ejja tak kerjalah besok. Seronoknya. Ini dipanggil cuti semasa cuti, yeeaaaah..!"

:)

Assalamualaikum.

Cuti semester selama 6 minggu ni aku mengambil keputusan untuk bekerja di kedai makan berhampiran disebabkan tak tahan sangat duduk rumah melangguk sahaja, baik keluar cari fulus. Massyuuk.  :)

Tup, tup pejam celik pejam celik dah seminggu dah aku kerja kat kedai makan Pak Man. Jadi disebabkan terasa besok free sesangat jadi mata ni berazam nak tidur lambat sikit malam ni dan dan ada lagi aku nak cerita pengalaman (ceeehhh baru seminggu) -.-  bekerja ni.  p o y o. maaf

Hari first bagi aku ialah hari malang sebab baru start kerja dah sakit, haiih terpaksa tahan demi menjaga maruah. T___T   Bayangkanlah an, dah baru sampai okay tugasan pertama goreng telur, bukan sebiji bukan dua biji tapi berbiji-biji telur, tak kisah sangatlah an apa ada hal telur goreng aje. Ahaks. -.-

Okay sambung. nak cerita ni pasal hari first ni. Sedih tahu tak. Dahlah baru masuk an sekali dia bagi ayat pedas lagi berapi

"Belajar tinggi dapur pun kena pandai." (sila baca dalam nada indonesia sikit)

Okaay mak cik, guwa hanya mampu tersenyum tapi dalam hati Tuhan yang tahu. Takpe, takpe tak heran. Dahlah dengan perut sakit, meragam buat perangai, pening-pening nak pitam, lepastu muntah-muntah pulak tu (ooii, aku muntah kat toiletlah bukan kat kedai. jangan risau takde orang tahu) -.-  dugaan gila hari first. T___T

tapi dah masuk hari kedua, ketiga pelan-pelan kayuh dah ok babe, dah tahu dah apa nak buat, nak buat tu buat ni semua Alhamdulillah dah pandailah cuma satu aje benda aku tak tahu nak kira-kira ni semua. Eheeem, jangan ada suara-suara sumbang yang cakap macamni eh 

"Apa ada hal, kata amek business kira macamtu pun tak boleh.?"

memanglah awak oi, tapi masalahnya harga makanan minuman semua dia tak bagitahu, manalah aku nak tahu an. Jadi, aku lagi suka buat kerja macam amek order, hantar order, basuh pinggan, potong-potong sayur. Jadi kaum-kaum ibu semua, yakinlah saya boleh jadi menantu yang baik, InsyaAllah. Heeeee. Gatai -.-

sebenarnya an, takde idea dah nak tulis, arghhh demmn. -.-  tadi banyak gila kot rasa nak tulis. takpo, takpo eden bagi ekau semuo tengok gambar ajolah eh. hobin jang hobin! -.-   maaf, saya tak pandai berbahasa noghori ni.


time lenggang camni, sempatlah amek gambar kejap. -.-


makcik ni, bising-bising sikit tau. -.-



selagi sempat duduk, duduk karang penat kang.

Diorang semua panggil aku ejja, walhal aku kenalkan nama aku EZZA. Mula-mula Imam panggil kaklijah ke kak ijaah -.-  lepastu tukar dah kak ejja. Ada sorang makcik ni panggil za, okaylah tapi paliiiiing tak boleh blah lagi sorang ni panggil aku essa  -_________________-''

aku prefer ejja. 

p/s : selamat tak esso, memanglah an. -.-'''

Thursday, October 20, 2011

HATI DAN PERASAAN

Cuti semester sekarang ni, 6 minggu. Keadaan aku tak payah nak cakaplahkan bosannya tahap mana dah. Aktiviti lapang diisikan dengan melayari internet, bermain permainan di dalam komputer riba mahupun 'online games' dan apasal aku rasa aku skema sangat ni? --'

Assalamualaikum.

HEART
Pernah terfikir tak macammana keadaan atau bentuk hati kita?

Hati yang riang


terlalu banyak dilukai, terima kasih hati kau masih kuat.


sakit dalam, sakit sangat.


anyone, want?


And pernah terfikir tak nak rawat hati kita macammaca?


kalau guwa boleh jadi heartless, dah lama guwa buat. dah lama dah guwa cabut hati ni.


please anyone


aku masih ingat siapa diri aku lagi. -.-'


read this. thank you.


Jadi, hati adalah sesuatu yang anda, kau, kamu, kalian semua tak boleh buat main-main. Ada faham? Tak pernah rasa ke macammana hati korang kena main? Tak pernah rasa ke macammana kalau hati korang sakit, i mean here sakit yang no medicine can cure it, and it feels like BS (bullshit) -.-

Siapa yang tak pernah rasa macammana 'sakit'nya hati tu cuba ni, amek pisau tikam dada kau. How does it feel? And you will not die by doing so tapi kau terpaksa meneruskan lagi kehidupan macam hari biasa. Cuba bayangkan macammana tu.



Aku nak tanya lagi, pernah rasa tak macam hati korang ditarik? Kalau ditarik terus takpe ni dia main tarik slow-slow, sikit-sikit dia tarik. Yang ni aku cakap kau lagi sakit. 

Why we're talking about heart today?
Wondering why, the answer is I don't know. Random entry? Ok, SEMBREAK entry? --'

Okay enough with soalnya hati bagai, now we're going to talk about LOVE.

LOVE
"Wondering why I like you, why I miss you. It's a disease."  Korean Movies -"A Millionaires First Love"

Setiap kali tengok muka dia tak pernah kenal erti jemu, setiap kali terdengar orang sebut tentang dia hati jadi tak keruan, dan perasaan tu lain. 

"i wonder what goes through your mind when someone mentions my name to you."

He or She can make our day so differently. It's LOVE.?

One of the happiest thing in life is when you know you're in love with someone who's more in love with you.

Pernah tertimbul tak soalan ni dalam diri masing-masing?


Nevermind I have my family, friends. But wishing that you loves me too. *sigh



Selalu dengar ayat ni, kalau betul kita sayangkan 'sesuatu' tu, kita lepaskan. Kalau 'sesuatu' tu datang balik semula kat kita, 'sesuatu' tu memang kita punya.

Any other opinion about 'something' tu? Tapi kenapa nak lepaskan sesuatu yang kita sayang? Kenapa bila dah ada peluang untuk sayang, cinta, rindu dah ada sesuatu tu kita sewenang-wenangnya nak lepaskan macamtu sahaja? Cuba bayangkan, korang lepaskan banda yang koraang sayangkan sangat-sangat hari ni tiba-tiba esok lusa benda yang korang sayngkan tu dah tak ada? Kalau hilang sementara, sekejap takpe tapi cuba bayangkan kalau dia pergi buat selama-lamanya. Tak kira muda atau tua, ajal kalau dah datang tetap akan datang. Ajal manusia takkan datang lambat sesaat mahupun cepat sesaat.


What are you waiting for? Go tell someone that you love the most before it's too late. Better regret by doing this rather than you regret by not doing anythings. 

When we're talking about love it seems that it'll never end. Kenapa perlu rasa cinta cinta ni semuakan? Pernah terfikir tak yang tak mau bercinta semua ni bagai? Pernah kata tak kat diri sendiri macamni : "Aku takkan pernah jatuh cinta."

But, saying you'll never fall in love is like saying you'll never smile. No matter how hard you try, someone will come along and make you do.

Susahkan macamni? Haiiih, nak buat macammanakan, hati & perasaan memang tak boleh tipu. Cakap mulut, test message lain bolehlah kau text cakap "Aku tak perlukan kau." "Aku dah buang semua perasaan sayang aku kat kau." 

Tapi boleh ke sebenarnya kau buang semua perasaan tu sekejap gila walhal (aku tak tahu kenapa, kawan-kawan aku suka gelakkan aku bila kau cakap walhal) -.-''  walhal sebelum ni tak sampai berapa jam kau pernah cakap macamni "Saya tak boleh kalau awak tak ada." "Awak cinta hati pertama saya." ataupun simple macamni tapi penuh makna " I Love You."

Boleh ke kawan? Boleh ke kau buat macamni? Kalau betul boleh itu maknanya kau tak sayang dia tu, kau main-mainkan dia aje. Sedih aku kalau macamni, emmm. :'( 

Dahlah, selamat benda alah ni auto save sebab tadi laptop aku tiba-tiba hang, gila geram aku nak tunggu loading lembab macam siput. Okay, takde mood dah nak tulis. Papehal nanti kita jumpa lagi.

*First entry dalam cuti sem. RAJINnya saya. -.-



p/s : I Love You. Faham tak? Sayang kau ni. Gila kau ezza, gila. -.-''













Sunday, October 2, 2011

tanda-tanda ke...

kepada mereka semua yang berdekatan.

kalau nampak muka aku masam gila mencuka, mulut dah nak muncung habis gila baa janganlah ekau cari pasal dengan aku, cari pasal maknanya betul-betul punya cari pasal, itu namanya memang engkau orang menempah tempahan percuma untuk dimaki atau dimarahi tanpa belas kasihan oleh aku.

kalau aku tengah marah, jadi biasalah untuk aku membaling barang. maksud aku marah yang amatlah terlampau marah, marah yang membengangkan akulah an. so, jangan heran kalau aku terbaling handphone samsung aku seperti aku membaling handphone sony ericson aku yang dulu. kesian handphone aku. -__-
*tapi rasanya handphone samsung aku ni pun, paling jahat pun aku baling kat atas tilam aje, sayaaang weyh.
ohh, pedulikan jugak jeritan batinku. -.-

kalau saya rasa rimas, tension, rasa amatlah tak selesa sebab saya tak dapat apa yang saya inginkan, saya akan meradang. -.-  macammana keadaan aku, macamni : ce tengok jari kaki aku, mesti aku kepit gila-gila, kadang-kadang nak lagi drastik, aku hentak-hentak kaki. -___-    lepastu, kalau aku tengah baring, aku akan guling-gulingkan badan. kejap kesini, kejap kesana, kaki sekali lagi main peranan, kalau baring kat katil bawah (kat kolej), kaki akan menendang katil atas. terukkan.? -.-  lagi, tangan akan genggam kuat-kuat, sebab geraaaamlah kan tak dapat pergi pd apa yang kita nak. saya juga akan cuba sedaya upaya mengeluarkan air mata, sebab tensiooooon.

kalau saya tengah marah, tengah sedih, tengah keliru, tak ketentuan (yeke ni?) saya sukaaaa sangat menulis. serius, sukaaa nak tulis. kalau takde kertas atau pen, saya akan menaip cepat-cepat dekat dalam phone. so, kesian phone saya jadi tak suci dengar luahan perasaan saya ketika saya marah, penuh dengan cacian ayat-ayat kejaaaam.

kepada semua. HAHA. janganlah takut pulak kan lepas baca entry ni. serius, janganlah risau. takde papelah. saya baik sahaja orangnya (yang ni boleh cuba letak tangan didada, mata ke atas). tapi, saya takdelah seteruk, sejahat manusia eh, kawan dengan saya, kenal dengan saya.

accept me for who i am, and please be nice to me because InsyaAllah i will do the same things towards you too. much love from me to all of you. muaaah muaaaah. hamek kau, melekat kat kau, haha.

Assalamualaikum. Jumpa lagi di next entry..!


p/s : yang sebenarnya, sepatutnya kalau tengah marah ke apa ke, patut duduk tenangkan diri, amek nafas, pergi amek wuduk, takpun mandi terus. jadi, janganlah ikut cara aku ni. -____-






Sunday, September 25, 2011

entry pendek (minggu final)

Assalamualaikum.

PBSM settle lama dah.
BEL done.
MACROECONOMICS lepas sudah beban.
CTU tak boleh lupa peristiwa aku blank jawab tadi.

Okay, 4 subjek dah pun lepas & tinggal 2 sahaja subjek yang aku kena harungi lepas ni iaitu (ceh, ceh iaitu) -.- STATISTICS (lusa ni, okay tak dah pagi besok ni) & BUSINESS COMMUNICATION yang gapnya 11 hari. -.- ntah pape.

Dean List..?? emmmm, wondering.  T____T

Thursday, September 15, 2011

fek'el adik aku. -.-

Dalam kereta, on the way balik ke taman tercinta.

adik : abah, tadi kan orang gaduh dalam kelas. cuba teke orang gaduh dengan lelaki ke perempuan?

abah : lelaki. (tenang sambil memandu)

aku : bermonolog dalaman (bising, bising, bising. bila ntah nak diam. -.- )

adik : yeaah, macammana abah tahu?

abah : tahulah anak abah.

adik : orang pukul lelaki tu. orang simbah dia air lepas tu orang pukul kepala dia dengan botol air.

aku : O.O'  bermonolog dalaman (giler punya budak)  =.=''

abah : pergi sekolah nak belajar ke gaduh ? (tenang aje, tak marah) -.-

adik : habis dah dia yang salah.

abah : cuba kalau abah tanya budak tu siapa salah, mesti dia cakap baby (nama penggilan adik aku -.-) yang
          salahkan.

adik : orang benci dia, tak suka dia. dia panggil orang hitam.

aku : BHAHAHAHAHAHA (besar gila gelak. gaduh pasal sebab yang bongoks.)

abah : kenyataan pun.

p/s : skrip diubah sedikit untuk kesedapan pembacaan & penulis sedikit mamai semasa perbualan.

dasat tak dasat adik perempuan aku ? aku teringat pulak masa dia sekolah rendah ada tapak kasut, ulang TAPAK KASUT melekat kat baju sekolah dia sebab gaduh dengan lelaki jugak. -.-

Tuesday, September 13, 2011

errr..?

ntah pape.

pape ajelah an.

kualiti?

keceriaan?

boleh ke aku ni?

kolej?

kawan-kawan, bantulah saya, saya tak tahu betul ke tidak keputusan saya ni. saya takut. takut hilang kawan-kawan. :'(

ps : nanti aku cerita hal sebenar yang dah tahu tu diam-diam aje.

Tuesday, September 6, 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011L

Assalamualaikum.

Mari-mari kita semua ramai-ramai join ni.

Semalam sekian lama tak bukak belog, ceeh lama konon. -.-  seperti biasa bacalah belog-belog yang telah mengupdate & taadaaa

 "Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011" <---(nak tahu apa ni, klik sini sini.)




Saya seorang perempuan. woot, woot. ^____^

Friday, September 2, 2011

this is what we call....

Assalamualaikum...

Ommo. Ommo.

Tiba-tiba kawan saya Sarah Sofiah post link ni Ezza Budak Paling Comeeey! kat wall fesbuk saya. Mula-mula baca macam biasa aje sebab tengah on call dengan A saya. Then, saya baca lagi sebab saya suka baca sesuatu benda tu banyak kali, first baca macam tu saje, second baca baru hayati betul-betul. (siap dengan lagu-lagu bagai, nak menitik air mata tahu tak.!)

Sarah, thankslah babe. Tak pernah-pernah orang nak tulis pasal aku ada jugak akhirnya. Kira kau yang second kot sebab before ni bestie aku Adli Ain Zulaikha pun pernah tulis pasal aku jugak. :)

Oh, kau cakap aku gedik eh? HAHA, well biasalah nak hidup kene gedik. Alaah gedik pun dengan kau jugak weyh, heee... & & aku poyo eh kau cakap? HAHA, alaaah poyo pun dengan korang jugak an, siapa lagi..? ^^

Baca tak apa dia tulis pasal aku? Dia ada cakap masa tu dia pasang lagu jiwang aku nanges an? HAHA, biasalah tu aku. Aku memang macam tu, pernah Sarah bagi lagu UNGU-Cinta Dalam Hati, aku dengar sorang-sorang & aku nangis sorang-sorang. HAHA, gila. Sebab aku ni jenis orang yang suka meletakkan diri sendiri kat sesuatu situasi, contoh aku pernah letakkan diri aku kat situasi sarah, aku paham perit dia macammana.

So, readers nak tahu tak siapa gerangan sarah ni?? Hah, sekarang ni biar cek pulak habaq kat hampa semua.

As she mentioned dalam belog dia, kitaorang start rapat bila, time cuti camtulah an, ha'ah yelaah tu, start contact kat fesbuk at that time dia ada problem & startlah sikit-sikit bagitahu aku lama-lama dah mulalah faham.

Even aku dengan dia kenal kat Lendu, tapi tak tahu kenapa kadang-kadang aku rasa macam dah lama kenaal dia dah. Maybe sebab dia selalu cerita kisah sekolah dia kot aku pulak memang suka gila dengar cerita orang masa sekolah sebab time aku sekolah tak berapa best kot, entah adalah sikit. Dia ni budak pandai weyh, aku mengaku tu. Sebab pernah satu time kat kelas aku dok fokus belajar, dengar lec ajar dia tak berapa pun weyh fokus tapi bila lec tanya soalan amboii kemain lagi dia menjawab. Ciis. =.='''

Dia jugak selalu cakap dia genius, HAHA. Ha'ah memang genius an, baguslah. Gila. -.-'' (jangan risau gila-menggilakan orang dikalangan MBM1113E biasa dah, yang tak tahu jangan berkecil hati). Dia low profile aje orangnya, yang ini saya tabik. Kenapa? Orang-orang yang sekeliling dia mesti tahu punya. :)

Nak tulis apa lagi eh. Oklah, macam yang dirancang dia memang nak amek fast track, tulah mula-mula tu bagilah sokongan jugak an, sebab yelah tapi lama-lama pk macam sedih pun  ada jugak. T__T Yelaaah, sedih weyh kalau hilang kawan ni, I mean dia nak pindah an. Ermm, tapi apakan daya takpelah awak, awak pergi pun untuk berjihad saya rela. :)  Ajja, Ajja Fighting babe! Chaiyook, Chaiyook!!

Sarah Sofiah Hussin. Thanks kawan or should it be sahabat? Kawan, sahabat beza banyak ok. Kau dah pun jadi someone dalam hidup aku ok, so jangan bangga sangat. :'P & nak tahu tak, aku call time tu memang betul, tak tipu pun. :)

Panjang sangat dah ni tulis, oklah daaa, nanti perasaan pulak budak ni, eleeeh. Okbye semua.

p/s : oiit, nama aku Nur Ezza Binti Mohd Radzwil. :)


peah, saya panggil dia peah, takpun ss. :)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'