Friday, September 21, 2012

KEMBARA

Assalamualaikum. :)

Tarikh : 31 Ogos 2012.
Tempat : Gunung Nuang, Selangor.
Aktiviti : Panjat Gunung :D

Biar gambar yang menceritakan okay ;)  
p/s : gambar tak mengikut susunan aktiviti, harap maaf.


Panaskan badan dulu before nak ke Kem Lolo.
















Balik puncak. Rehat-rehat di kem pacat.


Makan malam.

Errkk... -.-  maklumlah perempuan bujang kan.
Tidur beralaskan tanah yang ada akar kayu dan batu. Serius kena cuba. 

Malam bersuai kenal.

Masa ni ramai jugak budak lelaki yang dah tidur, ni lah antara kaum adam yang dapat bertahan 


Ahli kudu.





Excited nak panjat, hahaha.


Kem Pacat. (nama aje, pacat takdo pung)


Lekir. Jebat. Kudu. Ali.
4 Kolej.
muka bahagia dapat tawan puncak gunung :D




Antara halangan dan rintangan T_T

Pokok unik. Lawa kan ? 






Itu sahaja yang dapat dikongsi. Sorry ezza tak tahu nak letak caption apa kat gambar -.-

Terima kasih sumber-sumber gambar. :)




Sunday, August 12, 2012

Happy 20 Ezza :)

Assalamualaikum! :D

Yeeah seronoknya dapat jugak kita menulis kat sini, yelah broadband dah takdo dah, dah malas dah nak guna.. okay okay..

Sebenarnnya lama dah nak tulis pasal ni, tapi tapi dah berapa minggu dah baru dapat ni pun pinjam kawan punya. Mekaseh ghassy !

Ohh okay tepat jam 12 malam pada 4 August 2012 yang lalu, saya Ezza genaplah berusia 20 tahun :) Amin... Alhamdulillah. Seronok sangat dah besar dah ezza, dulu kecik aje berhingus aje.. eeuw -.-

Terima kasih kepada family yang telah membesarkan manusia degil ni sampailah sekarang, terima kasih sangat-sangat :')

Terima kasih kepada kawan-kawan yang tak lupa wish kita sama ada text kita kat phone, melalui fb and twitter thanks a lot. :) Thanks !

Ohh and kepada awak terima kasih jugak, prank kita kan. :)  Terima kasih untuk hadiah yang awak bagi.. Setiap hari saya guna hadiah awak bagi tau,  i love so much. !  :*

Monday, July 16, 2012

Ciri Ciri Idaman ?

Assalamualaikum :)

Hari ni mood happy happy sikit sebabnya tadi, Alhamdulillah dah habis pun puasa ganti ;)  *lambat kan ? takpe sebab memang selalu ganti nak dekat dekat Ramadhan supaya perut dah biasa berlatih puasa, hehehe... Jadi, Selamat Berpuasa kepada semua umat Nabi Muhammad s.a.w. yeaaah yeaaah, sabtu ni dah puasa ! Excited ni, sebab setan setan kene ikat hua hua hua --' *berdoa supaya dapat puasa penuh tahun ni, amin....

Okay kembali ke tajuk asal. Emm sebenarnnya terfikir nak buat tajuk ni sebab tadi bosan bosan bukaklah fb tu kejap the scroll ke bawah lepastukan aku ternampaklah ada orang post pasal 'ciri-ciri kekasih yg dia nak' and bila baca aku macam -____-   hahaha, kenapa ?

Okay ini antara sebab-sebabnya kenapa ku jarang bercerita atau bercakap pasal ciri-ciri lelaki idamanku kepada sebarangan orang ;)

Sebabnya nanti tak 'original' ;)  Kenapa? Sebab bila orang dah tahu apa yang kita suka, takutlah nanti orang tu berpura-pura cuba jadi apa yang kita nak. Contoh si A nak tackle si B then si A siasat siasat ciri ciri yang si B suka then dia pun dengan sedaya upayanya cuba menjadi apa yang si B suka even itu bukan diri dia and dia tak suak pun buat benda tu. Faham ?

Kemmonlah, kenapa tak nak cuba jadi natural kot. Me no like, hukhuk.. Sebab kita lagi suka kalau si dia memang originally diri dia :)  hehehe, awak jangan risau sebab ada antara sikap awak yang memang saya lama dah cari *kening kening*

Lagi satu sebab takutlah ter'frust' menonggeng sebab kita tak dapat apa yang kita nak kan. Faham ? *tapi takdolah nak frust pun sebab entah... -.- Emm, tak tahulah nak cakap macammana bab yang ini sebab ini kan cam cam entah secret gitu.... Okay abaikan... *sebenarnnya malas nak cerita, hahahha. Ok shoot me -_______-

Okay, for me lah kan aku lagi suka berahsia. hew hew hew sebab ia nya akan jadi SURPRISE ! *jerit kuat kuat.

okbye besok nak pergi interview industri orang buat dodol, dodol dodol dodol sedaaaaaap ! :D

love you xoxo

Thursday, July 12, 2012

kosong

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustai ku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatkan diriku rasa kosong kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong kosong....

*tak ingat dah lirik yang lain. entah kenapa lagu ni asyik berputaar aje dalam kepala otak aku -_-  kosong kosong kosong... aaarghhh

Tuesday, July 10, 2012

Luahan Hati

Aku tak faham betullah dengan manusia ni. Semalam kolej aku ada buat perjumpaan, perjumpaan dengan semuaaa budak budak Part 2 and 3. Macam biasalah, semua JPK JPK kolej (Jawatankuasa Perwakilan Kolej)mesti akan bunyikan siren sekuat kuat alam, jerit sana jerit sini, naik level atas, turun balik level bawah sebab nak kumpulkan budak budak yang hampir separuhnya keras kepala nak mampuih, pekak badak. Semalam memang aku rasa, aku sakit hati betul. Tak pernah pernah aku rasa nak marah, aku marah. Aku rasa menyampah kat orang-orang tu sangat-sangat, aku menyampah. Sorrylah, menyampah tu tak bagus tapi dah kalau korang buat sampah memanglah aku menyampahkan. Bila orang panggil elok-elok cakap baik-baik semua tak dengar, bila dah kene pekik tu pun ada jugak tak dengar. Lepastu nak buat muka, apa kau fikir muka kau bagus sangat ? Tolonglah, kalau ikutkan hati yang tak terkawal boleh aje aku nak baling selipar kat muka korang tapi disebabkan hormat, ada adab sopan aku tak buat. *jangan ingat aku tak mampu buat.

Pesan aku kepada mereka-mereka yang berperangai seperti ini. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Maknanya kalau kau dah ada kat tempat orang tu, dengar ajelah cakap orang, ikut ajelah peraturan yang telah ditetapkan janganlah sesuka hati kau aje kan nak buat hal sendiri, kepala sendiri. Apa kau ingat kau dah cukup bagus ? Kalau dah cukup bagus, pergi hidup sendiri, buat hal snediri, ohh dan kalau nak mati pun, buat persiapan sendiri. Boleh ? 

Amek, tak pernah pernah aku luahkan marah aku kat blog ni aku luahkan jugak. Kan dah cakap, ni blog aku so hidup akulah.

p.s : mintak maaf banyak-banyak. benda senang, kau buat baik aku pun buat baik :)
tak nak marah marah ni lagi, aku benci kalau aku marah sebab aku tak suka. sebabtu aku kurangkan dah marah aku, lebihkan gembira aku.

XOXO

Saturday, July 7, 2012

Hargai Mereka

Assalamualaikum. Tak tahu kenapa harini rasa sayu pulak hati malam-malam ni tiba tiba aje kan. Emm, biasalah tu macam perasaan ada kan. Nama pun manusia.

Pernah tak terbayangkan orang yang korang sayang tiba-tiba hilang buat selamanya ? Tak sanggup kan ? :'( Jujur, tak sanggup aku bayangkan sebab aku tak sanggup. Tak sanggup nak hilang seseorang yang sangat penting dalam hidup ni. Tapi, masa hadapan kita tak tahu kan apa yang akan jadi. Macammana rasanya hilangnya family, kawan-kawan, kekasih, suami, isteri, anak-anak?? :(  Tak nak fikir.

Oleh itu, marilah kita hargai mereka yang masih ada bersama kita. Tak kira dekat atau jauh, hargailah mereka. Kadang -kadang kita alpa, lupa mereka yang berada di sekeliling kita. Sorry :(

Family.Friends.You. Love. <3

Friday, July 6, 2012

Hidup Baru

Waaaah lama tak menulis :D ceeh ceeh excited kemain lagi an. hehehe...

Sekarang dah masuk minggu ke empat dah kat tanah lendu tercinta ni, waaah pejam celik pejam celik dah sebulan kejap aje nanti mesti tuup tuup aje dah finaaal, okay scary -___-

Even dah sebulan dekat sini, tapi aku kadang kadang masih rasa diri aku ni "hilang". Tak tahulah tu ghaibnya ke mana, sesat aje. Bila belajar dalam kelas tak berapa faham (sangat perkara biasa) -.- lepastu bila orang tanya, "macammana sem ni? okay study?" aku macam eerrrmmmmm........ *panjang... HAHA. sorrylah weyh, serius aku tak tahu lagi apa yang aku belajar, al maklumlah saya ni lambat sedikit... Nak study pun tak boleh ramai ramai, susah weyh susah... :/ Tapi sem ni, serius nak pointer tinggi tinggi cemburu tau tengok pointer orang tinggi tinggi, nak nak budak budak yang pakai selimpang *tak sure ejaannya masa anugerah dekan haritu :/ Tapi apakan daya, kalau nak kena usaha lebih sebab diri ni bukannya cerdik sangat...

Kolej. Buat pengetahuan umum, Kolej Tun Kudu masih lagi menjadi tempat tinggalku -__-  Ye, budak budak part 5 ramai dah duduk luarkaan, kita ni aje yang masih di dalam jaga adik adik semua errr... Haha, Menjalankan tugasan katanya, takkan nak tinggalkan walaupun pernah satu masa terasa sangatlah nak tinggalkan semuannya tapi pegang prinsip ni :


"Kalau dah mulakan sesuatu tu, habiskan. Tak kiralah lambat atau cepat, yang penting habiskan..." :)


Jadi kalau dah buat sesuatu tu habiskan, walaupun kadang-kadang membebankan... Aku pun tak sure boleh ke tidak buat... 


Sekarang ni dah bolehlah buat benda sendiri, kena kuat. Aku rasa dah matang dah :) Yelah, dah boleh pergi kelas sendiri, pergi makan sendiri *sekali haritu aje hehehe, sahur sendiri, balik sendiri... Alhamdulillah aku tak nak harapkan orang sangat sebab tak tahu kan masa akan datang macammana. Tapi aku tetap aku. Tu yang pasti :) *tapi kadang kadang berteman jugak :P

*poyo kan? -.-

Ohh, haritu ada budak histeria. Dahlah takde pengalaman macammana nak handle, gelabah aje aku haritu. -__- okbye.



Wednesday, June 20, 2012

welcome back ! :D

Assalamualaikum. Eh, hello hello heelo hola. ! *menjengkelkan? -.-

Waaah, tup tap tup tap dah seniooorlaah kita sekarang ni... :D  *okay belum lagi sebenarnnya.

Okaay, sekarang ni dah kembali ke kampus dah, haritu kan balik haritu alaaah haritu *lupa tarikh so dah masuk 2 minggu dah kat sini. Okaay, kelas ae kelas emmm macam biasa aje sebab masih ada juga muka yang lama and ada jugak muka baru *hello, lelambaai dan ada jugak yg takde kat kelas tu dah *bye :/  Semester ni kita ambil 5 subjek, yang rasanya banyak kena membaca dan dan berfikir ! ;D Tapi final ada 4 subjek aje sebab 1 subjek tu dikira assignements semua, subjek tu sangatlag critical *nama pun Creative & Critical Thinking. Takdelah critical sampai masuk hospital pun, kbye. *sekarang lendu tengah hujan lebat, sambil kilat dan guruh berdentum dentum. saya sangat takut. sorok bawah selimut.

*hello awak, awak, awak daan awaaak awaak  awak awak awaak awaak awaaak awaak awaaak (ramai ni) ingatlah saya di sini sentiasa ingat kat awak awak semua, rindukan awak awak semua daan takkan pernah lupakan awak awak semua sebab awak awak semua tiada pengganti. takkan mungkinlah aku nak lupakan korang yang dari sem 1 sama sama kat level kan :')  love you. XOXOXOXOXO

Tuesday, June 5, 2012

[isi tempat kosong]

Cuti sem nak habis dah, emm emm emm… Apa yang aku rasa sekarang ni adalah excited ! Maybe sebab dah lama sangat cuti, dua bulan, and and nak jumpa kawan-kawan, teman, ehem okay excitedlah jugak tau, lama tak jumpa. Heew Heeew *gedik --.

[Tapi pada masa yang sama malas -.-]

Cuti kali ni paling sibuklah jugak bagi aku, yelah berbanding cuti cuti lepas. Cuti kali ni pergilah jugak jenjalan, hehehe lepastu duduk hospital 3 hari kot. -.- Ohh, tapi bukan akulah yang sakit, teman nenek aku kene tahan wad tapi Alhamdulillah dah sihat dah J  *teringat ada sorang kawan aku tu terkejut, risau lagi ingatkan aku yang sakit hehehe concern jugak ae kau kat aku ;)

[Jadual kelas belum keluar lagi. Malas -.-]

Jadi apakah azam baruku ? Naaay, takdo pung. Sebab aku tak suka berazam azam sangat, aku lagi suka emm emm *tak tahu nak cakap ayat tu --'

[Aku malas nak packing barang. Malas -.-]

Okay tu je, nak merepek meraban sebelum habih masa untuk guna broadband. dah hampir limit, hew hew hew *so gedik -.-


Wednesday, May 23, 2012

JUST LOOK AT THESE PICTURES. :')
























 















:/


Thursday, May 17, 2012

School Memories?

Hello hello... Sekarang ni kat twitter rancak kemain orang dok cakap pasal memori sekolah memasing. Suka aku baca, ada yang best, lawak macam-macamlah sebab pengalaman setiap orang mana sama kan? Ada yang macam ni ada yang macamtu adalah macam-macam. So, mula-mula aku pun macam fikirlah "aku ada ke memori waktu sekolah?" -_-  serius mula-mula aku macam naaah, takde sangat kot. Tapi lepas diingat balik, adalah weyh! Gila takde, kalau takde apa aje aku buat kat sekolah tu? Takkan aku pergi sekolah cam mayat pulak an? -__-  Terkenang balik waktu sekolah rendah, tadika, menengah tup tup aku dah 20 dah weyh :') sobs sobs, dah besar dah Nur Ezza kan? Dulu pergi sekolah padah comot aje, ada makanan tumpah tumpahlah kat tudung, kasut tak basuh kapur aje -_-  hahaha, kenangan kot semua tu. :')

Bila teringat semua tu, aku teringat kat kawan-kawan sekolah aku. :'(  Ramai. Tapi rasanya paling rindu yang sekolah menengahlah kot, sebab 5 tahun  stay sekolah sama, sekolah rendah aku banyak pindah so maybe ada antara diorang tak ingat agaknya aku ke kan. hahaha..

Masa habis UPSR, maknanya dah tamat sekolah rendah dapat surat masuk sekolah dekat gila -_- SMK Telok Mas. Dapat masuk asrama. :) Punyalah suka sebab memang nak gila-gila duduk asrama. Mulanya nak sangat masuk Sekolah Asrama Tun Fatimah, sebab dulu duduk JB kalau jalan mesti abah tunjuk sekolah tu suruh masuk, nak buat camne an takde rezeki UPSR dapat 4 aje A. :')

Dapat masuk asrama pun dah happy dah. Abah ni memang jenis buat benda kene awal, so datanglah mendaftar awal serius punya awal -__-  masa daftar tu takde ramai sangat orang -.- dapatlah dorm 4. Lepastu dapat kelas 1 Teta. Kat sini tak ingat sangat kenangannya sebab lepastu aku tukar masuk dorm 6 dengan sorang akak ni & dapat masuk kelas 1 Omega. Dapat lompat, hehe.

Aku malas nak cerita apa jadi sebab panjaaanglah weyh -_- Aku nak cerita pasal kawan kawan aku ni :)

Hai awak. Awak rasanya saya kenal dulu kat asrama tu an? Yelah awak duduk sebelah katil saya an?

Nur Fasihah Mohamad. :) Yang belah kiri tu. *sorry awak kene curi gambar dalam fb, yelah bape tahun kita tak jumpa an? :(

Seha. Rindu kau sangat-sangat tahu tak? Kita ni asyik berbual dalam telefon aje :( Rindu rindu rindu. Bila nak jumpa? Time kau ada waktu, aku pulak tak boleh. :(

Seha ni baik orang dia. Dia kelakar, kadang-kadang pun nakal. Ingat lagi kitaorang suka peegi public phone bawah hostel lepastu main call call kawan seha, aku lah kan kene cakap -_- kacau kawan-kawan dia sampai kawan dia marah, haha. Sorry kawan seha yang jadi mangsa :)  Seha pandai, dia duduk kelas 1st takdelah cam aku -_- tapi dia tak sombong pun. Aku sayang dia :) Heee, seha seha. Ingat tak kita pegi tengok cerita "Lady Boss" memalam kat bilik tv? Lepastu sir *ketua warden datang serbu dah kene tahan, macam tahanan bagi nama lepastu kan biro biro lelaki pun ada sibuk tengok. :P

HAPPY BIRTHDAY!! *POOOOOOOON* bunyi tiup benda yg keluar kertas gulung2 tu -_-

Hehehe, awak dah 20 an ^_^  kalau baca ni waktu birthday happy happy birthday. Semoga sihat selalu, ceria and gembira bahagia dengan si dia yang sampai laah ni aku tak tahu pun siapa -_- siap nak rahsia rahsia an. Love you. Bahagia kau, bahagia jugak aku.. Tumpang sekaki.. hahaha  (kalau baca before birthday, err err bukak balik time birthday kau) hahaha.. 

Dalam dorm tu jugak jumpa sorang budak ni. Mula-mula aku kenal nama dia aje dulu sebab dia takde dalam dorm tu. hahaha, aku tak ingat cerita dia camne. Nama dia panjang and unik. 


Adli Ain Zulaikha. :) Haai awak. Rindu tahu tak :)

Adli ni kawan sekelas. :) Stay sama-sama satu kelas. 1 Omega, 2 Omega, 3 Omega, 4 Omega lepastu dia pindah. :( Sampai hati awak pindah sekolah an, tinggalkan saya. Sedih tahu tak?? Tahu tak adli ni minat nyanyi, dulu dia suka masuk singing competition kat sekolah tu, nanti before tu dia practise lah nyanyi. Heee... Ingat lagi waktu kelas kimia, Cikgu Zaiful maafkan kami hahaha, kita orang dok boraak borak lepastu sampai cikgu panggil tak dengar, abaikan. Kesian cikgu :(  Maaf.  

Ramaaai lagi kawan kawan sebenarnnya tapi entah kenapa nak cerita yang dua ni dulu hehe. Kalau nak cerita rasanya 3 hari 3 malam pun belum tentu habis ke tak, ye tak? Jadi ku bagi gambar untukmu lihat. 


ni Form 3 ni, sebab kat papan hitam tu ada tulis PMR haha. 


ni pun form 3 ni, jamuan raya.. :D


tentu tentu form 3 jugak -_- jamuan raya. 

okaay ni masa form 5 kat rumah Ustazah Halijah ada jamuan-jamuan. Rindu ustazah semuaa orang sekali. :)  *abaikan please muka aku, gaya aku. T__T


5 Onmega. Tu cikgu BM kita, Puan Zaliha Sanadi. Garang menang garang, tapi tengoklah hasilnya. Thanks cikgu :)


Ni raya tahun lepas ni, tu cikgu Zul. fevret jugak ni. cikgu paling sporting aje. yang ni kawan-kawan sekelas miza and syamsiah. ada lagi sorang sara tapi dia yang amek gambar ni. 




dari kiri ezza, izz, mal and iecha. Koraaang bila nak keluar lagi?? ^_^


Malyanah aka sardine. hahaha. sekarang kat Sarawak sana tu


dari kiri iecha, adli, cheeky, izz, iecha, ezza depaan sekali ni pijot. haha, ingat dulu aku dengan pijot penah makan kebab ada semut chelan bagi. T__T dahlah makan dalam gelap, lepastu tetiba rasa ada benda banyak-banyak jalan kat tangan. -_-


Malaysia's Next Top Model maybe. -_-  haha. 


ni takde pape, saje aje. hahhaa. bye bye love you.. 

Ohh, mesti tertanya aku ni kawan dengan perempuan aje ke, memilih ae? -_- tak tak, kawan lelaki ada aje cuma dulu aku kot tak berapa nak amek amek gambar ni. hahaha.. Ohh, ada lagi sorang ni, aku nak sebut nama kau tapi aku segan :P hahaha, aku rasa kau tahu kau siapa. he he he.. Thanks weyh, kau pun selalu concern pasal aku an, call aku tetibe memalam sebab nak tipu tipu aku -__-  lepastu tanya result aku, hehehe marah kalau aku mencarut kat twitter, sorry :(  tanya khabar aku, thanks weyh.. Last jumpa kau tu pun terserempak kat MP an? Demam demam pun sibuk nak tengok wayang -__-  Muksin, good luck untuk apa-apa kau buat, belajar rerajin aku tahu kau pandai dapatkan dekan sem ni weyh, aku tahu kau boleh ;) ohh, untuk team TUAH kau, semoga bertuaah selamanya.. hahaha.. (ingaat tak kau penah suruh aku tulis pasal kau? hah, dah tulis ni.. heee) :)

*koraaang set date jom jumpa... rinduuu... :(

FRIENDS FOREVER



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'