Monday, November 29, 2010

Bende2 Yg For Sure X Dapat

Assalamualaikum....
Hari nie punye topik ialah apa bende yg sangat2 memang kita nak kan tapi for sure x leh nak dapat (tetibe rasa ayt mcm skema) bende yang memnag aku nak sangat sampai sekarang x boleh nak dapat ialah :
  • ABANG
  • KAKAK
  • ADIK PEREMPUAN (UMUR RAPAT DGN AKU)
Huhu... Btul x bende nie memang x leh nak dapat punyelah kan...  Kenapa aku nak kakak ke abang ke. Sebab ia best.....
Ok lah, sebab aku nak rasa macam mane keseronokan ada orang yg akan menjaga kita, boleh share2 rahsia. Wahhh, bestnye.. Tapi nak buat camnelah kan, sebab memang dah x boleh nak dapat pun. Kalau boleh pun yg b'angkat2.. Tapi die punya syok tue lain, x best. Kat rumah pun aku selalu dok main hempuk-menghempuk (guraun shj, bkn yg ganas2) dgn adik2 aku lah kan.
Tapi bila fikir2 kan balik kite kene bersyukur dgn ape yg kite ade sekarang nie. Alhamdulillah.. Sebab kalau aku ade kakak, mesti die dok suruh2 aku buat keje rumah (seperti yg dilakukan oleh aku kpd adik2ku-kuasa veto) atau ade abang mesti die sibuk2 nak tahu dgn sape kite b'kwn ke kite nak keluar ke (ntah, aku maen teke je).
Ntahlah kan, masing2 ade pendapat masing2... So, ini lah antara bende yg aku nak sangat tapi memang agaklah impossible sesangat nak capai... huhu...

Abang, kakak, adik....
 *Korang ade x perasaan cam aku nie?

Wednesday, November 24, 2010

Ouhh Omega...

Assalamualaikum... Hari nie tetibe ja lah kan teringat nak mentype kat sini tentang kelas lama aku. OMEGA...

Kelas nie kelas aku masa kat SMK Telok Mas, Melaka (system). Bila fikir-fikir balik macam-macam memory yang seronok, best, x best masa aku kat dalam kelas nie. Kalau korang nak tau, aku nie kira macam senior kelas nie (seniorlah sangat kan)... Tak adalah sebab dari aku form 1 sampai form 5, aku stay je kat dalam kelas nie tak berpindah-pindah atau pergi kelas lain... Huhu...

Omega nie kelas yang ke-3 daripada 9 kelas.. Antara kelas-kelas yang ada dekat SMKTM tue ialah Alpha, Beta, Omega (klas aku tue!), Sigma, Teta, Arif, Bestari, Cemerlang and Dedikasi..
Tapi sebelum masuk kelas nie, aku mula-mula sekali ditempatkan di dalam kelas 1TETA. Masa tue kan baru-baru lagi.. Macam mana aku dicampakkan ke kelas Omega?

Okay, masa form 1 ada ujian pertama, masa ujian tue aku dapatlah rangking omega, tue yang diletakkan dalam kelas omega. Kiranya naek kelas lah dari Teta ke Omega.
Aku ingat lagi waktu form 2, Puan Razana (cikgu science n guru kelas ) telah memilih aku jadi assistant monitor (err... itu satu tindakan yang amat besar silapnya) haha... Aku memang tak layak jadi penolong sebab dah lah tak tahu sangat pastue aku tak tahulah kan... Aku nak minta maaf kat korang (macamlah korang baca kan) sebab time jamuan akhir tahun agak kelam-kabut... Sorry2... huhu.. Dah2, tak nak aku fikirkan lagi benda tue, so lepas nie jangan lah ada yang cuba2 nak melantik aku (bajet btullah, macam ada org nak lantik ko kan) sebab korang memang mencari nahas, DISASTER... Muahaha... Tak nak lah aku pegang2 jawatan nie, tak ready lagilah kan... (sekali lagi, aku bajet)...

Sebenarnya nak jugak letak gambar kelas tapi tak ada.. Huhu... Tak apalah kan.. Karya aku..
Itu sahajalah coretan dari saya Nur Ezza Binti Mohd Radzwil..

Korang2, x nak buat ke group or reunion utk bdk2 omega shj?? Muahaha... :)
*rindu cikgu2 yg telah mengajar aku...

Tuesday, November 23, 2010

LAWAKLAH SANGAT KAN...

Ada sepasang kekasih yang sedang duduk di dalam sebuah taman bunga. Mereka duduk sambil berbual-bual seperti yang biasa dilakukan oleh pasangan kekasihlah kan. Apalah...
Sedang mereka berdua duduk terdiam ( tak ada topiklah tue kan) si gadis pun membuka mulut untuk bertanya kepada si jejaka.

Gadis: Awak, awak, apa kata kita cerita-cerita pasal diri kita nak?

Jejaka: Cerita? Emm, cerita apa tue?

Gadis: Emm, hah.. Apa kata kitacakap tentang kita. Awak rasa kan kita nie banyak persamaan ke atau
          perbezaan? (tanya si gadis tersipu-sipu*contol2)

Jejaka: Emm.... (sambil memegang dagu menunjukkan sedang berfikir *bajet2)
            Saya rasa kita nie banyak perbezaan lah kot.. Banyak sangat.

Gadis: Ouuh, ye ke? Apa dia? ( bertanya dengan penuh harapan * mata dah bersinar dah tue)

Jejaka : Yelah, awak suka pakai tudung saya tak. Lagipun saya lagi suka free hair tak nak lah saya...
             (kata si jejaka sambil gelak besar nak m***** dan agak mengong2 sikit)

Gadis: (terus berlalu pergi)

Kan dah cakap kat korang lawak sangat lah kan... Kesian korang baca tapi tak lawak sangat.... Huhu, tak ape sekadar hiburan semata-mata...

Tuesday, November 9, 2010

TAK SUKA.... SUKA TAK.... TAK SUKA....

    Ok, hari nie tak de pape sngat pun yg best atau yg menimbulkan apa2 kesan ke atas aq… (ceh, ayat nak bajet)… Tapi tuelah tiba2 je tngan nie menggatal nak menaip utk menambahkan entry kat sini…
(tarik nafas pjg2 n lepas, berfikir sejenak nak type ape)

    Oklah, ape kata kita borak2 fasal benda yang paling korang x suka n rasa benda tue macam x sukalah…(senang citer)…
    Ok, kita cakap 5 je perkara yang aq x suka, karang cakap lebih2 pulak, x bestlah kan orang tahu ape yg kita x suka kan… Antaranya ialah  macam pencalonan ABPBH pulakdah…

1, BUNYI YANG KUAT & MENAKUTKAN…
Haha… Korang jangan nak gelak lelebih eh… Nak tau x bunyi ape yg aq x suka  tue… Ok, sebelum nie aq pernah cakap kan yang aq x suka kilat.. Guruh jugak antara bunyi kuat yang aq takutlah.. Sebab bila kita dengar je bunyi tue, macam nak luluh je jantung aq (x pastilah kan ini berlaku kata aq je ke kan). Lagi bunyi yang aq x suka ialah bunyi mercun. Memang menyirap lah aq kan kalau adik aq maen x bagi tahu aq dulu. Memang kene ngan aq.

                                                        
2, SERANGGA
Hah, yang nie aq rasa bukan aq sorg je yg takutkan,mesti korang pun takut gak kan. Huh, sebab kita mesti sama sbbnyer sernangga tue menggelikan. Contoh2 serangga yg aq cam geli lah kan lipas (eeuww), semut (bila diorang berkumpul ramai2), belalang n sewaktu dgannya.. (bila aq type bnde nie, aq check keliling aq, kot2 ade ke sekor dua, naseb x de) 
                                                            
3, ORANG BUAT KITA RASA BERSALAH
Haih… Benda nie mmg aq kurang gemarlah kan.. Sebabnya aq x suka lah kan kalau contohnya aq ade wat salah kat org tue tapi org tue x nak cakap ngan kita ape salah kite kan, rasa macam tension giler.. (aarrgghhh!!<--sound effects ag tue).. Perasaaan nie mmg x best langsung n ag 1 buat tambah dose je kt kita… Adoihai.. So, kalau aq ade wat salah ckplah eh.. (ckp pun elok2 lah)


4, BUAT ORANG TERTUNGGU2        
Aq rasa yg nie sebab aq ikut perangai abah aq lah kot. Sebab abah aq mmg x suke buat org tertunggu2, dia mmg cepat. Ade gak org salah tafsir ckp abah mcam kelam-kabut, tp bg aq x. Sebagai anak abah, aq tahu abah buat kerja semua nak cepat supaya x jd masalah n aq supaya bende tue jadi senang.. Well, pepatah org aq ade mengatakan, “MANA TAK TUMPAHNYA KUAH, KALAU TAK KE NASI” (melainkan korg makan mee sup ke kan,gurau je jgn amek serius). So, aq pun cam terikut sikit kot perangai abah nie.. Tapi kadang2 tue kalau aq wat org cam tertunggu kata aq, dia punya rasa tue adoihai…  Bersalah+ x syok + x best + x suka!!

5, ISI BORANG
Emm, mesti ada certain daripada korang yang agaknya cam pelikan ngan aq. Yelah isi borang pun boleh jadi x suka ke. Dah memang sikap aq kan, nak buat camne. Kenapa aq rasa x suka isi borang ni? Sebab x suka lah. Haha, jahat x ayat? Ok2 , aq bagitau korang kenapa ye, sebab bila isi borang ni nak kena baca. Bukan apa, aq suka membaca tau tapi kalau borang ni x best. Lepastue nak kena ikut instructions betul2. Then kalau salah susah pulak tue nak betulkan. Ntahlah kan tapi serius kalau bab2 isi borang nie cam menyampah giler. Tahap x suka!! Huhu…

Nielah antara benda yang x suka nak buat, ada banyak lagi kot tapi x nak citer banyak2, sebab malu..
huhu

     

Friday, November 5, 2010

Scorpions - Still Loving You (lyrics)



Macam mane aq leh tertarik dengan lagu nie?? hehe, sebab abah lah nie.... Rock Kapak...

Mandy Moore - Only Hope.wmv


Sweet Memory..... Love this songs... Tanks dear...

Thursday, November 4, 2010

Kilat...

Semua org tau kan kilat n guruh tue ape... Ok nie penerangan yg lebih jelas lagi pasal kilat...

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.
Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.

Ok nak tau x sebab ape aq tulis pasal kilat nie? Sebab pade mase aq tulis nie kt tempat aq tinggal tgah kilat n guruh. So aq pun terfikirlah nak tulis pasal salah satu benda yg aq takutkan iaitu kilat... 
Haish... Apelah kan, dah 18 tahun pun still takutkan kilat.. Tapi nak buat camne kan dah takut.. Setiap org ade kelemahan msg2 n takutkan sesuatu bende tue... Tapi tuelah aq try lah jugak kan nak buat cool time kilat tapi x leh.. Aq ingat lagi time KI (kemahiran insaniah) mase tue hujan lebat n kilat... Takut snagat time tue cam nak nanges je... Tanks kat faizeen n izzatie sebab peluk aq time tue... haha, malu lah pulak....

Wednesday, November 3, 2010

A NEW LIFE START NOW...

(ini antara memory yg dapat aq ingat sikit2 mase first time masuk sini...)
p/s: sini tue UiTM, Lendu Alor Gajah, Melaka...
26.6.2010
Tarikh ini merupakan tarikh aku mula melangkah masuk sebagai siswi di UiTM Lendu, Melaka. Hari pendaftaran bermula. Aku mencari kod kursus, aku nampak BM112, dan aku pun beratur. Rupa-rupanya setelah diperiksa aku sepatutnya di BM111. Apa tu BM111? Ok, biar aku terangkan, BM111 tu ialah kod bagi kursus yang sedang aku belajar sekarang. Kursus ni boleh lah dikatakan agak popular. Sebab maybe intake pun ramai kan.
Ok, berbalik tadi, aku pun beratur di belakang seorang budak perempuan. Muka dia putih-putih, tinggi dan time tu tak silap aku dia pakai tudung warna hitam. Dia datang dengan 3 orang perempuan. Aku tak tahulah siapa kan. Lepas tu, diorang ni sibuk bergambar, tapi aku cuma perhatikan jelah dari belakang. Oh, aku datang dengan family aku. Siapa? Abah,mak dan adik perempuan aku. Tapi time tengah nak beratur nak mendaftar nie, diorang tinggalkan aku, pergi makan. Aku agak terkontang-kantinglah sikit. Yelah time tu nak keluarkan i/c je, aku tak tahu nak minta tolong siapa pegangkan file aku. Geram lah sikit aku time tu. Oh, aku jugak ada nampak ex-schoolmate aku, Mia. Dia beratur kat tepi and depan aku. Dia beratur kat BM112. Lepastu dia tunjuk budak depan aku, dia kat Awin kat depan. Samalah kitaorang dulu satu sekolah and satu kelas. Sampai giliran aku, aku tunjuk i/c dan penjaga tu cari nama aku. Dia bagi aku satu kertas warna pink dan tertulis TUN KUDU 2302.
Emm, nama dan nombor kolej. Aku pun telefon abah dan kita orang pun pergi lah ke kolej tu. Dalam kereta kita orang pun macam tercari-cari manalah kolej aku tu. Kat peta yang telah diorang bagi, kolej tu dekat bangunan L. Tun Kudu? Sepanjang perjalanan abah sibuk tanya abang-abang yang jaga kat tepi jalan tu mana kolej aku. Walaupun jawapan yang diberikan sama iaitu “oh, encik jalan depan”, abah still sibuk nak tanya lagi. Macam-macam lah kan, yelah anak first lah katakan, nak masuk sini. Kita orang terpaksa park kereta kat depan ntah tnb kot, sebab dah penuh. So, bawaklah beg yang sebesar alam, dengan baldilah, dan macam-macam lagilah kan.  Turun bukit dan sebelum tu beratur dulu, tulis nama dan nombor yang ada dekat surat tawaran kat satu kertas yang diorang bagi. Ok, selesai dan tak silap aku ada 2 orang kakak and seorang abang yang jaga meja pendaftaran tu. Aku pergi lah naik tangga dan carilah bilik. Adoi, penatlah jugak kan sebab aku dapat tingkat paling atas iaitu tingkat 3. Bilik pulak tu kat hujung, jauhnya jalan. Yang ni aku tak berapa nak ingat dah, hehe so skiplah sikit-sikit ye.
Lepas dah kemas-kemas, mak jugaklah yang tolong, Kita orang duduk dekat pondok bawah. Aku tak kasi abah balik dulu. Yelah, tak nak lah tinggal sorang-sorang kan. Tak silap aku budak bilik aku katanya nak pergi pekan ke bandar ke. Kitaorang kejap jalan, kejap naik bilik, dan adik aku kejap-kejap pergi beli air kat akak sorang ni. Aku tak tahulah siapa kan. Sampai ke satu masa ni, abah pun nak balik. Sedih lah sikit, tapi aku tak delah nak nangis ni sebab aku dah biasa duduk jauh and aku pun pernah duduk asrama sebelum ni, walaupun 2 tahun je, tapi at least adalah sikit pengalaman tu. Aku pun duduk lah kat bilik dengan roommate aku. Macam selalu lah kalau jumpa orang mesti tanya nama and asal mana kan. Nama dia Aderina. Budak Shah Alam. Emm, tak silap aku, budak ni lah yang beratur kat depan aku tadi. Masa nak daftar kat kolej pun sama, dia beratur kat depan aku jugak. Emm….  Kita orang pun cerita lah sikit-sikit, dia kata dia ada kawan baik 2 orang kat sini. Sorang dududk kolej lain, and sorang lagi tu duduk depan kitaorang, tapi dia pergi makan ikan bakar, dalam hati aku emm, mesti makan kat umbai ni, yelah Melaka paling famous ikan bakar kat umbai lah. Cerita lah tentang diri masing-masing sikit-sikit, tapi aku atk ingat sangatlah apa yang aku cerita, sebab aku suka mendengar je. Lepastu, kita orang nak tidur sekejap, yelah penat kan, sebab tak silap petang karang ada aktiviti.
Bangun tidur, ada announcement kat bawah. Aku tk berapa ingatlah time ni, tapi yang pasti kita orang kena turun bawah and bberatur ikut level. Sampai kat bawah, aderina pun jumpa kawan dia, aku salam mak dia and yang ini aku ingat kita orang minta dia tisu, sebab masa tu, muka masing-masing dah berpeluh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'