Saturday, February 25, 2017

Holla Holla 2017 !

Holla readers !

2017 dah masuk lama dah baru nak greet semua ehehe.

So apa azam 2017 korang ? 2016 punya dah terlaksana ke ?

Hari ni rasa nak bercerita sebab dah lama rasanya tidak berblog huhuhu, and tengok last update JUNE 2016 woi lamanya tu pun share pasal interview. Sorry yang comments (dua orang je pungg) mintak share tajuk discussion masa SL1M Celcom. Nak share pun (dah tak hengat dah tajuk disccussion) tapi mesti korang dah lepas pun interview kan ?

Dan Alhamdulillah saya sudah pun bekerja, dah masuk 6-7 bulan jugaklah kerja. DI MANA ?

DI SINI ---->



Tadaaaa, yes dah nak masuk 6/7 bulan kerja di sini. Alhamdulillah best sangat kerja sini sebab working environment yang memang happening, fun, kawan-kawan yang gila-gila boleh masuk kepala. Seronok kenal diorang :D

Dan tadi tengok-tengok gambar lama di laptop, rasa Ya Allah cepatnya masa berlalu T.T

Saya rindu kawan-kawan saya, rindu zaman belajar di UiTM nak-nak UiTM Lendu sebab duduk kolej. Nak pergi kelas kena lalu keliling tasik yang orang cakap malam-malam seramlah boleh jumpa puteri menari yang di mana sepanjang lalu situ tak pernah pulak terserempak. Pernah nampak makhluk bernama Johny je (tak ingat betul ke tak nama) biawak dan juga angsa-angsa yang bising seakan-seakan nak kejar orang lalu lalang kalau lalu kolej perempuan warna biru tu (tak ingat nama blok).

Bila dah kerja ni, rasa lain pulak. Sebab dulu pecah kepala nak study buat assignments, kena hadap test, kuiz and final exam.

Bila dah kerja, rasa lain sebab memang berhadapan dengan real life sebenar di mana kalau kau salah buat kerja mendapatlah kan (kalau tak dapat beri alasan kukuh), dan barulah tahu erti susah payah cari duit sendiri dan erti susah payah kena bayar duit PTPTN sobs sobs. Saje merahkan PTPTN tu supaya korang yang tengah ambil PTPTN ni siap sedialah dik non kena bayar (sampai nak buat loan kereta tak lepas!) *sebab tunggakan Diploma tak bayar* (nak bayar gimana, masa tu sedang belajar Degree pun ambil PTPTN jugak, takkan nak bayar pakai duit yang dipinjam LOL)

Maaf maaf emosi. 

Enough with all the PTPTN things. (nak juga BOLD kan)

So tue sahaja coretan pada hari ini, petang Sabtu yang indah yang pada mulanya ingat nak basuh baju sekali terbukak laptop terus lupa niat dan asal sebenar masuk dalam bilik.

Sambung sikit lagi (eh ada lagi bebel) apa azam saya tahun ni :

1. Gaji naik ! walaupun........ (mustahil haha)
2. Beli kereta ! (nak proton Saga!!!!) sebab dia macam WOW gila nampak Saga, sebenarnya nak VIOS tapi tak mampulah dik non.
3. Nak bukak business sambilan ! (tapi tak tahu nak jual apa HAHAHA funny sangat *jeling diri*)
4. Nak kahwin ! (so kena lupakan hasrat kereta dulu gamaknya) Kahkahah

K tu sahaja, bye. !



Nah tatapan gambar last year dekat sawah bendang berlatar belakang gunung tapi dihalangi dua manusia kesukaan *first time masuk sawah time ni!*

BYE


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'