Wednesday, May 18, 2011

Syurga Cinta♥

Assalamualaikum. Mesti pelikkan, orang sekarang ni tengah sibuk-sibuk cerita pasal Nur Kasih, aku pulak tetiba cerita pasal Syurga Cinta -,-'''  Bukan apa, tadi aku bukaklah tb (televisionlah), biasalah rumah takde astro, bukak jelah apa-apa channel yang ada. Aku bukak-bukak tengok drama syurga cinta, alaah yang lakonan Zizan Nin tu.


Bukak-bukak sekali eleeh, sekali dah last episode dah -,-''', bab yang diorang nanges-nanges tu. Lembab -,-''

hah, bukak-bukak tengok part yg ni. looser, lama cuti  sem, tengok yg habes je -,-'''


SO, apa motif aku sekarang ni? Aku sebenarnya tertarik dengan satu dialog yang atuk shuhadah (watak dlm drama ni) cakap, so aku rasa nak kongsilah sebab benda ni menarik.

Dalam percintaan ni, perlukan pengorbanan (tengok, kalau korang bercinta ada korban-korban tak? -,-''), tapi pastikanlah yang pengorbanan korang tu ke arah kebaikan jangan pulak koraban lain, karang jadi lainlah pulak kan. Contoh, isu pembuangan bayi, paham-pahamlah sendiri.
Sebagai umat Islam, kita semua tahu yang kita hanya mampu merancang sahaja, namun Allah s.w.t yang akan menentukan. ok, back to the topik, apa dialog yang aku tertarik sangat tu? Ini hah :

Ada tiga jodoh,

1. Jodoh Syaitan
Sebab apa dia dipanggil jodoh syaitan. Macam ni, aku bagi satu situasi. Jikalau seorang laki-laki (ayat macam ayat lama dah) bertemu dengan perempuan, di dalam satu tempat yang sunyi, gelap, berdua-duaan sahaja, maka akan hadir orang ketiga iaitu syaitan. Tujuan mereka hanya satu, iaitu ingin menghancurkan umat manusia sampai akhir zaman. Jadi, apabila mereka (pasangan kekasih tadi) dah berdua, tiba-tiba terlanjur then that girl pun pregnant. Untuk menutup malu, mereka pun bernikah.

2. Jodoh Jin
Hal ini lain pulak, yang ni macam cerita khurafat tu, dah tengok belum? Contohnya, lelaki ni memanglah minat gila-gila dekat perempuan ni tapi malangnya perempuan tu pulak tak ada pun hati dekat lelaki itu. Jadi, cari jalan mudah lelaki itu pun meminta bantuan secara halus, iaitu melalui pertolongan jin. Adooi, aku rasa benda ni pun aku cuak jugak, janganlah ada orang buat kat aku macam ni, Ya Allah, lindungilah kami semua. :)
Ok balik cerita tadi, bial dah minta pertolongan jin, perempuan tu startlah jatuh hati kat lelaki tu & then diorang kahwin. Ni, contoh sahaja eh tapi ingatlah tak semestinya kaum adam je buat benda ni, kaum hawa jugak mana tahu. Tka kisahlah korang lelaki ke perempuan ke, satu je nasihat be aware & carefull. :)

3. Jodoh Allah
Yang ni lah jodoh yang sebenarnya & aku nak! (amboi cek kak gatal kau, belajar dulu -,-'''). Aku suka bila atuk (watak dalam drama tu) cakap time ni, macam waaah & & sebak jugak. :"(  Bila lelaki & perempuan tu bertemu, ada satu perasaan yang hadir, perasaan yang bak kata orang tu menusuk kalbulah (nanti kita jumpa jodoh ni kita rasa eh). Perasaan bila dua-dua orang ni memang saling suka sama suka, tak ada jodoh syaitan mahupun jodoh jin. Jadi inilah yang dinamakan syurga cinta.

Tu jelah yang aku nak share sama kalian semua. Rasa-rasanya semua orang nak rasa jodoh yang no 3 tu kan. Sape yang tak mau rasa tu, meh sini aku sebat -,-'''. Tapi aku nak bagi tahu jelah, ayat-ayat kat tadi aku ubahlah sikit-sikit ikut cara penyampaian aku sandiri cuma isi-isi penting (macam karangan) je yang aku ambil.   so, renung-renungkanlah eh.

"Mereka yang berkata tidak akan & tidak mahu jatuh cinta seolah-olah mereka tidak akan & tidak mahu senyum."

Paham tak? JAdi, tak salah kalau anda jatuh cinta.

Tips Pujuk Wanita

Assalamualaikum semua, heee. J  Hari ni nak jadi pakar motivasi sikit, haha poyos =,,=..
tajuk aku macam kelakar je aku rasa, -,-'''. Bukan apalah, cuma aku terpikir nak buat tajuk ni sebab, beberapa hari yang lalu kawan aku (kira kawan baiklah) sms kat aku, tanya aku
                                                 
                                 “Macammana nak pujuk awek lari ek?”

Mula-mula aku macam tak tahulah nak cakap apa, sebab aku sendiri perempuan. Tapi trylah jugak bagitahu dia apa-apa yang patut. So, sekarang aku terpikitlah nak buat entry tajuk ni sebab nak minatk jugaklah pendapat korang betul atau pun tidak cara-cara nak pujuk perempuan ni?

Antara cara-caranya ialah (dah macam nak buat recipe makanan pulak) :

1.       Ce try bagi perempuan hadiah
Haaah, ni salah satu cara yang aku bagitahu kat kawan aku tu. Belikan diorang somethings yang special tak kisahlah mahal ke murah ke janji adalah effort korang. Contoh, kalau ada income lebih belikan patung-patung ke, bear ke, yang comey-comey sebab kebanyakkan perempuan memang suka benda yang comey-comey ni. Tak pun bagi haiwan peliharaan ke, macam anak kucing, hamster, ikan tapi make surelah yang gf korang tu tak takut haiwan-haiwan ni. Kalau time dia merajuk tu poket korang kering, apa kata korang bagi somethings yang dihasilkan oleh korang, contoh kad ke, sajak ke, surat ke. Hello, walaupun benda ni nampak macam lapuk je, tapi at least mana tahu hati diorang terbuka sebab nampaklah jugak usaha korang nak memujuk dia kan. Betul tak, betul tak??

2.       Minta maaf
Kalau dah buat salah tu tak kira salah kat orang perempuan ke, laki ke, orang tua, muda mesti kena mintak maaf kan. So, dalam hal ni lelaki kenalah berkorban kurangkan ego tu. Rasa-rasanya lelaki kebanyakkannya ego tinggi, betul tak? Yang ni no comment sebab aku terus terang cakap yang aku pun sama jugak, ahaks! Ego tinggi last-last padan muka aku. =,=
Mula-mula mintak maaf secara perlahan-lahan, sms ke, kalau susah jugak trylah call, tak boleh jugak, jumpa terus. Mintak tolong kat kawan yang rapat dengan gf korang, InsyaAllah boleh ke. Tapi, kalau dah susah-susah sangat, malukan diri kejap je, ni pun untuk kebaikan korang jugak, mintak maaf secara terang-terangan. Apa guna laman sosial yg ada kalau tak diguna pakai. Lantaklah orang nak cakap apa, ignore them sebab kalau betullah korang sayangkan perempuan tu, korang mesti sanggupkan? Kalau tak, tak berapa lagi nak sayanglah tu.

Haah, ni jelah cara yang aku bagi kat kawan aku tu. Aku pun tak pasti betul ke tak cara ni. Tapi ingat, kadang-kadang bukan senang nak pujuk kaum hawa ni, memerlukan kesabaran yang sangatlah tinggi. Kita kenalah (ceiyt, mcm aku ni laki pulak), korang kenalah usaha lebih sikit je.
Tapi kalau dah tak boleh camni jelah, ikut je cakap aku macam aku cakap kat kawan aku ni

“Kalau dah susah-susah sangat, dah tak boleh sangat, apa susah cari jelah yang lain. Walaupun susah nak lupakan tapi cuba jelah.”

Hahaha.. ayat ni selalu orang cakap : “Kumbang bukan SEEKOR, bunga bukan SEKUNTUM”

p/s : Macammana cara nak pujuk lelaki? Nak jugak tahu.  C):



Monday, May 16, 2011

tak de keje

Jam menunjukkan 4.24 am and still mata aku tak ngantuk lagi. Baguslah ezza, sapa suruh hang pergi tidok time orang tak tidok? -,,-''' (benci kau monolog dalaman!!!)

So, apa kes aku tulis enty pepagi buta ni? Haha, sekadar mengisi kekosongan ke, yelah rakan sms aku awal-awal lagi dah surrender tido dulu, pergggh penat aku cakap nak tido bagi tahu tengok dah sesorang je aku ni. sabar jelah, mesti tengah bengang lagi tu Arsenal kalah, heeee.. Sokong jelah MU, kan senang. Rakan di fesbuk hanyalah beberapa sahaja, dan memang tak lah nak tegur-tegur ni, masing-masing hal sendiri. Twitter? pun sama jugak. Formspring? ezza, kau ni kenapa?? -,-'''

serius aku tak tahu nak buat apa dah ni, so sekarang jom wujudkan topik.

TOPIK SATU:

Macammana belog-belog yang sedia femes boleh jadi femes?

oklah, aku tertanya-tanay macammana belog diorang ni femes? pendapat aku macammana diorang femes :
1. entry diorang memamg terbaek!! (tak macam aku lah)
2. diorang ni aku tengok rajin masuk-masuk pertandingan kat belog-belog (tak macam aku tak tahu menahu)
3. mempunyai rakan-rakan blogger yg ramai kot

& dah tu je pendapat aku. ada laen-laen lagi ke pendapat?

TOPIK DUA:

Kalau diberi pilihan kau nak kuasa apa?


ok, aku tahu topik ni agak bodoh-bodoh, kisah apa, aku suka nak buat. (berlagak -,-'''') again, benci monolog dalaman!!!

oklah, kalau diberi satu kuasalah kan, aku nak kuasa terbang.

haaaa, mcm ni ha. superman tapi guwa tak nak badan mcm dia eh. nak terbang-terbang je..


So, kalau korang pulak nak kuasa apa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'