Wednesday, May 18, 2011

Tips Pujuk Wanita

Assalamualaikum semua, heee. J  Hari ni nak jadi pakar motivasi sikit, haha poyos =,,=..
tajuk aku macam kelakar je aku rasa, -,-'''. Bukan apalah, cuma aku terpikir nak buat tajuk ni sebab, beberapa hari yang lalu kawan aku (kira kawan baiklah) sms kat aku, tanya aku
                                                 
                                 “Macammana nak pujuk awek lari ek?”

Mula-mula aku macam tak tahulah nak cakap apa, sebab aku sendiri perempuan. Tapi trylah jugak bagitahu dia apa-apa yang patut. So, sekarang aku terpikitlah nak buat entry tajuk ni sebab nak minatk jugaklah pendapat korang betul atau pun tidak cara-cara nak pujuk perempuan ni?

Antara cara-caranya ialah (dah macam nak buat recipe makanan pulak) :

1.       Ce try bagi perempuan hadiah
Haaah, ni salah satu cara yang aku bagitahu kat kawan aku tu. Belikan diorang somethings yang special tak kisahlah mahal ke murah ke janji adalah effort korang. Contoh, kalau ada income lebih belikan patung-patung ke, bear ke, yang comey-comey sebab kebanyakkan perempuan memang suka benda yang comey-comey ni. Tak pun bagi haiwan peliharaan ke, macam anak kucing, hamster, ikan tapi make surelah yang gf korang tu tak takut haiwan-haiwan ni. Kalau time dia merajuk tu poket korang kering, apa kata korang bagi somethings yang dihasilkan oleh korang, contoh kad ke, sajak ke, surat ke. Hello, walaupun benda ni nampak macam lapuk je, tapi at least mana tahu hati diorang terbuka sebab nampaklah jugak usaha korang nak memujuk dia kan. Betul tak, betul tak??

2.       Minta maaf
Kalau dah buat salah tu tak kira salah kat orang perempuan ke, laki ke, orang tua, muda mesti kena mintak maaf kan. So, dalam hal ni lelaki kenalah berkorban kurangkan ego tu. Rasa-rasanya lelaki kebanyakkannya ego tinggi, betul tak? Yang ni no comment sebab aku terus terang cakap yang aku pun sama jugak, ahaks! Ego tinggi last-last padan muka aku. =,=
Mula-mula mintak maaf secara perlahan-lahan, sms ke, kalau susah jugak trylah call, tak boleh jugak, jumpa terus. Mintak tolong kat kawan yang rapat dengan gf korang, InsyaAllah boleh ke. Tapi, kalau dah susah-susah sangat, malukan diri kejap je, ni pun untuk kebaikan korang jugak, mintak maaf secara terang-terangan. Apa guna laman sosial yg ada kalau tak diguna pakai. Lantaklah orang nak cakap apa, ignore them sebab kalau betullah korang sayangkan perempuan tu, korang mesti sanggupkan? Kalau tak, tak berapa lagi nak sayanglah tu.

Haah, ni jelah cara yang aku bagi kat kawan aku tu. Aku pun tak pasti betul ke tak cara ni. Tapi ingat, kadang-kadang bukan senang nak pujuk kaum hawa ni, memerlukan kesabaran yang sangatlah tinggi. Kita kenalah (ceiyt, mcm aku ni laki pulak), korang kenalah usaha lebih sikit je.
Tapi kalau dah tak boleh camni jelah, ikut je cakap aku macam aku cakap kat kawan aku ni

“Kalau dah susah-susah sangat, dah tak boleh sangat, apa susah cari jelah yang lain. Walaupun susah nak lupakan tapi cuba jelah.”

Hahaha.. ayat ni selalu orang cakap : “Kumbang bukan SEEKOR, bunga bukan SEKUNTUM”

p/s : Macammana cara nak pujuk lelaki? Nak jugak tahu.  C):



2 comments:

Budak Botak said...

he3, bleh cuba nie...

Entry terbaru -> Gambaran / Lakaran Pelukis Stadium Baru Kelantan... (",)

Ezza Radzwil said...

hehe.. ce try, ce try.. jd ke tk jd. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'