Thursday, June 9, 2011

tu dia, dia dah mai dah.

Motif?? Haha, skali skala gedik-gedik letak gambar sendiri tetibe apa salahnya an... belog aku.  :P
 
  Assalamualaikum & stress!! Hahaha, boleh tak aku nak jerit tetiba? -,-  gila kau ezza. Apa yang dah mai dah ni? Hah, bukan apa nak cakap aje, sekarang dah mulalah ASSigment banyak-banyak ni. Alahai, lemah aje ni hah. Sekarang pun dah masuk semester 3, subjek bertukar & bertambah menjadi rumit (rasa-rasanya) & mulalah nak rasa tension ni hah. Adoi, ni baru diploma kan, baru sem 3, cuba kalau degree ke, amek fast track ke (betul ke ejaan?) tak tahulah camne nanti. T____T'''   Takpelah, sabar aje. :)

  Sekarang tengah duduk-duduk nak tunggu kelas pukul 3 nanti, semata-mata. -,-''  Lepas tu, nak baliklah, balik rumah lagi.. Heee, minggu lepas balik, minggu ni balik lagi. Abah kita lah suruh balik, tahu tu dia rindu.. HAhaha, tahu pun eh nak rindu kat anak dia yg sorang ni. :)

  Sebenarnya aku pun tak pasti apa nak tulis, sebab idea takde, tapi tangan ni hah mengatal aje nak menaip, yelah bajet nak cari information nak buat BEL (English Subject) tapi menggatal jugak tertekan benda yang biru-biru tu (jangan pk laen doe) -,-''  apalagi, facebooklah, pastu tekanlah twitter sekali, pastu tekanlah blog ni, hah mulalah menaip. -,-'''  Takpelah, alang-alang ada masa ni kan, biarlah suka hati akulah nak buat apa kan, hobi aku.

  Lagi satu nak tahu tak (nak mengadu ni), semalam kan jadual aku gilalah pack, bayangkan ada 5 KELAS, termasuk koku. Alahai, penatnya, pastu malam ada perjumpaan kolej lagi. Takpelah, sabar eh budak-budak MBM 111 3E dah naseb kita.. :)   Oh. oh sekarang dah ada junior. Alah, beza setahun aje, macam aku ngan adek aku aje. Adek-adek kat level -,-'', jangan risau kami semua baek. Heee, tak tahu nak cakap apa. -,-

  Ok, dah dah. Malas nak mengarut lebih-lebih. Lagi satu nak cakap, kalau tak puas hati dengan aku cakap depan-depan, jangan maen belakang, aku bantai kang. -,-  Lagi, lagi, tak tahu apa lagi.  Ok, bye semua, kau adam tengah solat jumaat tu, kita kaum hawa ni apalagi, jom jom solat zuhur jom. Assalamualaikum.

"Tak kira di mana kita, ingatlah siapa diri kita yang sebenarnya."

"Kalau rindukan diri ini, pandanglah bulan sebab saya pun akan pandang pada bulan yang sama."

apa jiwang?? -,-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'