Monday, August 1, 2011

Annoying Messages

Assalamualaikum.

Jom cerita messages yang boleh menanoyyingkan kita semua. Again ini pendapat aku, kalau tak berapa setuju, it's ok. :)

Situasi 1:

Suka tak kalau korang hantar message panjang-panjang, dengan lebarnya nak bagitahu info ke apa-apalah benda yang mustahak and respond yang korang dapat ialah :
"k"
mesti macam, hok aloh ataupun errrr?? at least bagilah respond lebih sikit, tak pun taip aje " ok, ok  :") " letak sikit smiley. 

Situasi 2

Siap-siap ke kelas, semangat gila-gila. Hari tu siap paling awal & tak pernah-pernah datang awal, hari tu jugak semangatnya datang awal. Jalan dengan happy ke kelas, lagi beberapa tapak memasuki kelas dapat message :

"Salam. My dearest students. Class for today had been cancelled & will be postponed next week. Please inform others. Thank You. Mr. Why Why..."

Hahaha. Pernah jadi tak? Kat aku tak kot, sebab aku suka datang lambat bernasib baik agaknya. Tapi aku pernah masa sem satu, seronok aje datang kelas dengan sorang member aku, tengok-tengok mana orang ni lambat aje, rupanya kelas batal. Takde orang inform. -.-'''  Mandi hujan kitaorang hari tu.

Situasi 3

Korang tengoh sedap-sedap lepak ke, tengok tb ke, apa-apalah. Tiba-tiba handphone bunyi, message masuk. Bukak-bukak :

"Assalamualaikum. Jika kamu seorang yang baik hati, sila baca mesej ini sampai habis. Kalau tak baca sampai habis, nasib-nasib senasib akan datang menimpa bahu kamu, kamu mungkin akan berkahwin dengan anak bla..bla..bla. Sila sebarkan kepada 20 orang rakan-rakan kamu, syarat-syaratnya. 5 pengguna maxis, 5 pengguna digi, 5 pengguna celcom & 5 pengguna bb (broadband bukan blackberry)"
p/s: mati ah  kalau    macam ini. -.-''''

Pernah tak dapat message berantai ni? Hah, aku dulu selalu dapat & time bodoh2 tak matang, aku pun dok sent kat orang. Poyo. Sekarang dah matang, dah pandai, takdelah nak sent kat orang lagi. Kadang-kadang bukan apa, ada yang dok hantar tu guna nama agama, haiih korang ni janganlah main-main. Nyawa, ajal, berkat, harta tu semua terletak kat tangan Allah s.w.t kan. Kita manusia, hanya mampu merancang namun yang tentukan semuanya nanti Allah s.w.t.

Sebenarnya banyak lagi message-message yang kita dapat and kita tak suka, takpe nanti aku kemukan lagi pendapat aku kat entry seterusnya. Ntah bila-bila ntah aku post nanti.

p/s : belog aku dah baru. heee. dah eloklah sikit mata memandang dari sebelum ni agaknya. haha. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'