Saturday, February 25, 2017

Holla Holla 2017 !

Holla readers !

2017 dah masuk lama dah baru nak greet semua ehehe.

So apa azam 2017 korang ? 2016 punya dah terlaksana ke ?

Hari ni rasa nak bercerita sebab dah lama rasanya tidak berblog huhuhu, and tengok last update JUNE 2016 woi lamanya tu pun share pasal interview. Sorry yang comments (dua orang je pungg) mintak share tajuk discussion masa SL1M Celcom. Nak share pun (dah tak hengat dah tajuk disccussion) tapi mesti korang dah lepas pun interview kan ?

Dan Alhamdulillah saya sudah pun bekerja, dah masuk 6-7 bulan jugaklah kerja. DI MANA ?

DI SINI ---->



Tadaaaa, yes dah nak masuk 6/7 bulan kerja di sini. Alhamdulillah best sangat kerja sini sebab working environment yang memang happening, fun, kawan-kawan yang gila-gila boleh masuk kepala. Seronok kenal diorang :D

Dan tadi tengok-tengok gambar lama di laptop, rasa Ya Allah cepatnya masa berlalu T.T

Saya rindu kawan-kawan saya, rindu zaman belajar di UiTM nak-nak UiTM Lendu sebab duduk kolej. Nak pergi kelas kena lalu keliling tasik yang orang cakap malam-malam seramlah boleh jumpa puteri menari yang di mana sepanjang lalu situ tak pernah pulak terserempak. Pernah nampak makhluk bernama Johny je (tak ingat betul ke tak nama) biawak dan juga angsa-angsa yang bising seakan-seakan nak kejar orang lalu lalang kalau lalu kolej perempuan warna biru tu (tak ingat nama blok).

Bila dah kerja ni, rasa lain pulak. Sebab dulu pecah kepala nak study buat assignments, kena hadap test, kuiz and final exam.

Bila dah kerja, rasa lain sebab memang berhadapan dengan real life sebenar di mana kalau kau salah buat kerja mendapatlah kan (kalau tak dapat beri alasan kukuh), dan barulah tahu erti susah payah cari duit sendiri dan erti susah payah kena bayar duit PTPTN sobs sobs. Saje merahkan PTPTN tu supaya korang yang tengah ambil PTPTN ni siap sedialah dik non kena bayar (sampai nak buat loan kereta tak lepas!) *sebab tunggakan Diploma tak bayar* (nak bayar gimana, masa tu sedang belajar Degree pun ambil PTPTN jugak, takkan nak bayar pakai duit yang dipinjam LOL)

Maaf maaf emosi. 

Enough with all the PTPTN things. (nak juga BOLD kan)

So tue sahaja coretan pada hari ini, petang Sabtu yang indah yang pada mulanya ingat nak basuh baju sekali terbukak laptop terus lupa niat dan asal sebenar masuk dalam bilik.

Sambung sikit lagi (eh ada lagi bebel) apa azam saya tahun ni :

1. Gaji naik ! walaupun........ (mustahil haha)
2. Beli kereta ! (nak proton Saga!!!!) sebab dia macam WOW gila nampak Saga, sebenarnya nak VIOS tapi tak mampulah dik non.
3. Nak bukak business sambilan ! (tapi tak tahu nak jual apa HAHAHA funny sangat *jeling diri*)
4. Nak kahwin ! (so kena lupakan hasrat kereta dulu gamaknya) Kahkahah

K tu sahaja, bye. !



Nah tatapan gambar last year dekat sawah bendang berlatar belakang gunung tapi dihalangi dua manusia kesukaan *first time masuk sawah time ni!*

BYE


Tuesday, April 12, 2016

Interview

Assalamualaikum dan hi semua. So, hari ni sebab bosan-bosan jadi saje nak share pengalaman interview untuk semua yang sedang senasib dengan kita ni (masih menunggu kerja). Sebab kita before nak pergi iv mesti akan google so mana lah tahu boleh tambah-tambah ilmu yang tak tahu kan. Joommsss

1. Sudong
Sudong ni company telecommunications, under singtel dekat melaka. Tahu pasal company ni pun sebab makcik kita kerja sini, so masa ada jawatan kosong kita pun diberitahulah untuk try mana tahu kot rezeki kerja sini. Jawapannya, tak ada rezeki hahaha haiihh. I think my mistake is tak berapa prepare, maksudnya prepare yg sehabis mungkin. Yes, kita mungkin rasa diri dah sedia tapi interviewer rasa kita macam tak confident aje. Soalan yang ditanya pun, soalan biasa masa temu duga, english kena power and before tu kena jawab soalan test tapi rasanya senang aje. Ohh, jawatan yang I apply time ni ialah kerja dekat bahagian back room office.

2. CWA Cimb
Dapat offer kerja ni sebab ada daftar dekat JobsMalaysia and then dia call kita utk datang temuduga. Interview time ni kurang sikit gugup, kena introduce diri kita and jawab beberapa soalan yang ditanya depan orang ramai tau. Haaah macam buat presentation gitu, tapi yang okaynyaa korang boleh pilih sama ada nak berbahasa melayu atau english and nak rojakkan pun boleh hehehe. Lepastu kena cuba jual or promote barang dia bagi. Ni semua sebab dia nak tengok keyakinan diri kita, how confident you are sebab kerjanya kena pandai cakap, kena yakinkan orang. Kalau tak yakin macammana nak kerja kan? Hehehe. Jawapan, kita diberikan offer tersebut tapi dukacitanya terpaksa tolak offer yang diberikan atas satunya sebab takde basic salary utk kerja ini di mana korang dapat bayaran melalui komisyen. So kalau dpt cari org, dapatlh payment. Kerja mmg menarik, tapi sebab fikir kalau boleh naklah dapatkan pendapatan bulanan tu yg tolak (amboi memilih kan)

3. Sl1m Celcom
Sl1M ni ialah skim latihan satu malaysia, and masa apply kerja ni melalui jobstreet. Interview masa ni dekat menara celcom yg dekat kl tu. Time ni dtg lambat, sebab gerak dari melaka naik bas, so tahu tahu ajelah bas lambat macammana kan hahaha. Naik bas turun tbs lepastu pergi kl sentral and terus naik lrt ke damai. Lepastue pandai pandailah cari taxi yee nak ke sana. Masa interview memang cukuplah nervous. Ada dua orang interviewer time tu tapi bilik asing asinglah. Iv in english ya, so just be confident aje weyh masa iv tu. English aku bukannya power pun tapi aku cakap aje apa yg aku tahu hahaha. Bila korang lepas 1st session iv (individu) barulah diorng panggil utk ke 2nd session (group discussion). Macam muet speaking test jugak  korang diberikan 1 tajuk dan terus bincang timee tu jugak. Aku tak confident masa 2nd iv ni sebab diorang semua power english weyh, aku cuma dapat cakap 2 kali aje sebab tak terluah idea tuee hahaha. Sekarang ni tengah tunggu panggilan, dapat atau tidak offer. Ohhh, sbb aku prefer nak kerja di melaka and tak kisah bahagian apa pun selain finance, jawatan yg di offer ialah customer service. Jd sebagai freshie,jangan memilih kerja yeee. Amek aje apa yg diberikan and dalam masa 2 minggu baru diorang bg jawapan.

Okay tu ajelah rasanya. Before ni ada aje try apply parkson tp sebab kena kerja shift and sturday sunday (gaji pun ciput) tapi terpaksalah tolak, and dpt call dari hsbc jugak utk direct sales. Masa call tue adalah ditanya beberapa soalan in english jugak, so jawab ajelah apa yg kita tahu tp terpaksa tolak utk menghadiri sesi iv atas sbb2 tertentu. Ohh, dan apply mydin jugak tapi masalahnya sampai sekarang takde jawapan jadi saya anggap program yg di offernya tu takde lah tue.

Nak bagintahu apa yg kesilapan saya buat so awak awak semua takdelah mengikut...

- study betul betul pasal company apa yang awak datang tu, buatlah research betul2.. Google lah selagi boleh. Macam saya, penuh buku kot kena conteng sebab nak memahami company yg kita apply tu hahaha

-practise cakap masa sorang sorang, janganlah hafal jawapan sebab bila kita disoal nanti biarlah jawapan tu ikhlas dari hati kita bukan berdasarkan jawapan iv yang kita copy sikit sikit based on internet lulz

- kalau tak tahu atau kurang faham pasal sesuatu tu, jujur sahaja cakap tak tahu BUT politely laaah. Jangan direct pulak hang habaq i don't know. Hahaha, tak sopan. Cakaplah sorry, ke apa ke.

Lastly BE CONFIDENT :) (aku pun tengah praktikkan nak tinggikan keyakinan diri kahkah) dan paling penting sekali banyakkanlah berdoa sebelum, semasa dan selepas iv tue. Minta dilembutkan hati mereka mereka semua dan dipermudahkan segalanya.

Byeeeeee, good luck rakan seperjuangan. Assalamualaikum ;)




Friday, November 20, 2015

An Nurs Seafood & Steamboat Bbq

Hai! Meh kita nak share sikit satu tempat makan yang baru and menarik di area Kg. Baru, Kuala Lumpur! 😊

Segala details boleh check dekat flyres

Special dekat sini ialah pelbagai masakan seafood. Paling best An Nurs Seafood's Special. Tak tipu, nie benaran. 
Hah, nie ialah An Nurs Seafood Special. Apa yg specialnya ialah sbb it is a combination of ketam, lala, sotong and udang! So, seafood lover mmg suka lah makan nie and ada petai sikit tauuu huhuhu. 

Steamboat bbq pun ada. So, bolehlah lepak dgn family / kawan / kekasih kekasih ke kan dkt sini. Style buffet, makanlah sampai meletup tp jgn membazir pulok, amalan syaiton...


Okay, selain itu juga kalau anda ingin buat event ke party ke majlis apa2 pun (banyak benaaau ke), bolehlah buat dkt sini jugak. Ada tempat terbuka and tertutup (air cond) pun ada. Siap ada p.a system kalau nak guna and karaoke set! (Tertakluk kpd terma dan syarat hiks)

Macam haritue ada orang buat majlis aqiqah dekat sini. Bolehlah kot2 ada yg nak buat majlis tunang ke, birthday party, farewell pun boleh. So, kalau nak buat tempahan kalau nak contact kita pun boleh (sebab kita kerja dekat sini sebenarnya heee) ataupunnnnnn boleh check aje twitter ada instagram ataupun facebook pun ada. Ohhh kalau nak email, ni alamatnya : kafeannurs08@gmail.com


Sekian coretan dari ezza radzwil. See u olls later bye.

Assalamualaikum :)






Friday, July 3, 2015

Another New Life

Assalamualaikum

Sekarang tengah kecoh pasal kes suami curang dekat isterinya yang baru kahwin 8 minggu. Likewhat?!! Huh okay bukan ini topiknya, saje nak kepohci sikit lulz.

19th June 2015
End of my indutrial training wuhuuuu, at last. Great experience great lesson i gain sepanjang training dekat sini. U know, working life is not easy man. Sepanjang aku L.I (latihan industri) dekat sini, macam-macam aku belajar. Kesabaran sangatlah penting, pengurusan kena bagus dan paling aku rasa penting teamwork. Huhuhu

25th June 2015
VIVA!

Kau bayangkan, aku ada masa berapa hari aje lepas habis intern. Kena siapkan F.Y.P (final year project) aku lepastue preparation for presentation pulak. Sumpah rasa stress gila ergggg tapi ku gagahkan diriku dan amalkan sikap yang aku selalu buat iaitu kalau stress jangan layan stress tue. Chill. Alhamdulillah, berjaya siapkan semuanya walaupun kena buat corrections lepastue 😂 Tapi yang penting siap 😁 huhuhu

30th June 2015
Finish all my f.y.p and sent it to my advisors. Time nie rasa sedih terharu gembira sikit semua ada. Sedih sebab end of my degree life which at first aku sebenarnya ada rasa menyesal (tak baik sebenarnya sbb keputusam sendiri kahkah) sebab amek Finance, tapi gembira sebab dengan penat lelah akhirnya tamat jugak, dan takdelah teruk sngat result (even tak dean list). Benci benci finance pun boleh lulus kan, cuba kalau sayang? Eh eh

End of my degree life.

Sekarang tengah jobless. Serabut fikir masa depan, tengah gigih dan rajin bukak jobstreet cari kerja sambil baru terhegeh nak ambil lesen kereta (sbb baru dpt kumpul duit lesen). Rasa tak percaya, tapi imilah kehidupan.

I'm ready for this. New life, new experience, new challenges and new environment! Wuhuuu.

Diploma in Business Management UiTM Lendu, Melaka.

BBA (Hons) in Finance UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Seeking for a job, hi there! Hire me! Huhuhu

Assalamualaikum :)

Ni dia f.y.p aku, aku menulis guna phone ni hahaha. Patut nak letak gambar ni dekat tarikh 30 tu  tapi tak reri aihkan. Kalau guna laptop tahulah teman. Okbye.

Friday, April 3, 2015

Keliru

Aku keliru~~~ Aku keliru~~~ Selalu begitu

Hah gituelaaah, siapa aje tak pernah keliru atau omputeh panggil confius dalam hidup. Semenjak dua menjak nie selalu konpiussss dalam hidup. Macam apa benda yang aku buat sekarang, kenapa aku buat benda ni semua, betul ke salah ke? Ehh banyak bendalah. Macam dulu masa amek diploma aku rasa macam emmmm kenapalah amek business. Lepastue dah habis aku sambung degree in finance. Sampai sekarang aku rasa kenapa aku amek kos nie?!! Nak menyesal pun memanglah boleh aje rasa menyesal tapi lepastue? Takkan nak ulang balik kan  daftar kos lain. Nak habis dah pun. Lepastuee sekarang aku tengah praktikal pulak, aku pun rasa macam kenapa aku kat sinie, apa yang aku buat. Ehhh macam macamlah persoalan. 

Tapi tuelaaah, kadang2 aku pernah aje meluahkan perasaan yang bagi aku mengelirukan aku. Tapi kalau aku cerita dekat Am, mesti kena tegur. Dia cakap aku tak bersyukur -.- Lepastue nasihat, cakap dengan aku ramai lagi yang tak bernasib baik macam kita nie semua. *diam tutup mulut sambung makan* hahahaha

Dahlah, aku banyak lagi nak meluahkan tapi jari aku dah cramp penat nau nak menaip *update guna phone je*

Assalamualaikum readers, next time i talk talk again ehhh hahaha kbye

Wednesday, March 25, 2015

Haaaaaaaaaaaaaai!!!! 😱😱😱😱😱😱

Tak tahu angin ribut apa datang tetibe teringat yang aku ada blog *yang dah berkurun tak update* ada ke orang yang datang sini baca blog aku nie? Say yes say yes cause i need to know 😂

Bila tengok balik last entry rasanya omg omg sangat sebab dah bertahun. Rindunyaaaaa menulis :')

Banyak sebenarnya benda yang terlepas, tak sempat nak share dengan korang *tak tahulah siapa lagi yg sudi baca* hahaha. Tadi masa memula nak menulis pun terkial kial cari mana ni nak tekan. Shame on me, hahaha tuelaah tempat yg selalu menjadi luahan perasaan dulu dulu sudah dilupakan. Sobssss.

Okay rasa ngantuk sangat, saje singgah sekejap. Kalau ada masa nanti kita update yeee, nak share macammana degree life dekat kbm *yepp, dah habis dah diploma*

See u when i see u. Love you 😍

Thursday, March 21, 2013

DBS 6E

Lama rasanya aku tak menulis, sebab kekurangan kemudahan internet.

Bismillah.

Assalamulaikum  kepada kalian semua yg sedang membaca, pertama sekali maaf dipinta jika tulisanku tidak sehebat ahli pujangga. Aku cuma nak menyampaikan apa yg aku rasa. (maaf line internet lambat, maklumlah gunakan phone sebagai wifi tu yang lambat tahap siput)

DBS 6E



Sepanjang 3 tahun di lendu, selain kehidupan di kolej, selain bergaul dgn ahli level, selain OHANA (baca entry sebelumnya) aku kenal mereka yg bergelar pelajar DBS6E ni. Semalam (20.3.2013) mungkin hari terakhir kami semua dapat bersama, dpt meluangkan masa bersama di sini. *sebak. :')

Sharifah Nurain, Syahiirah Sulaiman, Mia Azahar dan Atikah Muhsin antara orang terawal yang aku kenal dlm kelas tu. :') Berkerjasama dlm.satu kumpulan utk subjek Fundamental of Management merupakan kenangan yg terindah utk aku. Aku sayang kalian. Terima kasih beri semangat dkt aku, terima kasih kerana yakin dgn aku walaupun aku kurang keyakinan diri dan tak sehebat kalian. Ain dulu kau pernah tolong aku masa aku sesat, lamat pergi kelas nak ambil kuiz. Kau sanggup datang ambil aku dekat susur gajah, hahaha. Tahu aku lembab -.-  Syah pun sama, susah senang daripada part 1 sama-sama kan, semalam aku nangis peluk kau. Tahu tak aku sayang kau. :')

Tak lama selepas tu, aku mula kenal Sarah Sofiah. Teman sekelas, teman sekolej, teman JPK Kolej, teman ketawa, teman bergaduh, teman sama-sama markah rendah :') Kau buat aku sayu hati bila aku baca whatsapp kau. :') Kau tahu tak kau selalu boleh baca apa yg aku fikirkan. Thanks sarah. Aku nak kau terus bersemangat dlm segala bidang yg kau lakukan, jgn pernah putus asa dan aku tahu kau takkan sbb itu bukan kau. Kau jgn leka sarah, fokus utk capai kejayaan. Truly in my heart, i do love you :')

 Awatif, Ieja, Ain, Piqa. Geng Bas Sekolah. Tak lupa juga kpd Nadya. Kalau tk kerana kereta Nadya, tak wujudlh geng bas sekolah kan? Sarah, Syah, Mia. Lengkap. :) Terima kasih kerana anggap aku sebahagian drpd kalian. Gembira dpt berkenalan dan meluangkan masa bersama. Maafkn aku kalau ada kekasaran bahasa, gedik mengada-ngada. :') Biasalah ezza kan.   Aku sayang semua. Sayang semua kawan- kawan aku. Gaduh perkara biasa, kalau tak gaduh takdelah rasa erti persahabatan. Kan? Aku mungkin susah sikit nak berjumpa kalian.   Mungkin yg kata Melaka dekat, tapi aku tahu kalian tahu masalah aku bukan dekat tak dekat, tapi banyak faktor lagi. Tapi InsyaAllah, ada masa ada kesempatan ada rezeki dan panjang umur, aku datang tempat kalian. Semalam nangis aku bukan main-main, nangis aku bersebab. Sebab aku sedih nak tinggalkan salah satu nadi aku di sini. Tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? :')

 Selain mereka, aku kenal  Azmeer, Shukur, Nasir, Aiman, Redha.

Aliah, Ameer, Ezza.
Aliah teman selalu pergi kelas sama-sama :) 


Azmeer. Di sini kita mula berjumpa. Di sini jugalah kita berkenalan. *sedih* Dulu kenal sebagai kawan, dulu dia selalu menyakat aku. Aku sayang kau. Kau faham aku dan aku faham kau walaupun kau cakap aku kdg2 tak faham kau :') Teruskan capai apa yg diinginkan, cita2 nak jadi jutawan kan, boleh. Tak mustahil. Kau juga byk mngajar aku. Mengajar aku utk lebih berkeyakinan. Terima kasih sayang. Aku harap hubungan kita InsyaAllah berkekalan dan jodoh kita berdua InsyaAllah bersama.

Shukur. Kawan paling gila pernah aku jumpa. Aku tahu mmg sifat dan sikap kau kadang-kadang kasar tapi kau lah antara org terawal juga aku kenal dlm kelas tu. Terharu semalam dgn apa yg kau ckp dekat aku :') Perangai gila kau lah yg membuatkan aku tk kisah berkawan dgn kau, takpe jadi diri kau sendiri. Aku minta maaf klu aku selalu bising2, sbb tulah perangai aku. Capai apa yg kau nak, teruskan berusaha dan semoga berjaya dlm kehidupan.

Aiman, Nasir, Redha. Jaga diri. Aku tahu kalian boleh buat apa sahaja yg diinginkan. Nasir teruskan kerajinan kau tu. Semoga berjaya dlm hidup. Aiman, lelaki yg setia dgn DBS6E. Dulu time semua budak lelaki pindah kelas, dia sorang aje yang stay. Sebabtu kadang-kadang dia mengada-ngada sikit dan semoga dapat berjumpa dgn jodoh kau :) Redha, perangai budak-budak habis tapi kalau dah serius tu seriuslah sangat. hahaha. Takpe weyh, seronok aku berkawan dengan korang semua.  Kalau ada yang tak tertulis bukanlah bermaksud aku tak kenal atau melupakan kalian. Aku sayang kelas ini. Bersyukur sangat dipertemukan dengan mereka ini semua. Semoga persahabatan kita tidak terhenti di sini. :')

Yakin pada diri, Ikhlas dalam setiap perbuatan, Kejayaan yang datang pasti bermakna. Kalau ad asalah dan silap harap dimaafkan. Good Luck Final! :)














Friday, September 21, 2012

KEMBARA

Assalamualaikum. :)

Tarikh : 31 Ogos 2012.
Tempat : Gunung Nuang, Selangor.
Aktiviti : Panjat Gunung :D

Biar gambar yang menceritakan okay ;)  
p/s : gambar tak mengikut susunan aktiviti, harap maaf.


Panaskan badan dulu before nak ke Kem Lolo.
















Balik puncak. Rehat-rehat di kem pacat.


Makan malam.

Errkk... -.-  maklumlah perempuan bujang kan.
Tidur beralaskan tanah yang ada akar kayu dan batu. Serius kena cuba. 

Malam bersuai kenal.

Masa ni ramai jugak budak lelaki yang dah tidur, ni lah antara kaum adam yang dapat bertahan 


Ahli kudu.





Excited nak panjat, hahaha.


Kem Pacat. (nama aje, pacat takdo pung)


Lekir. Jebat. Kudu. Ali.
4 Kolej.
muka bahagia dapat tawan puncak gunung :D




Antara halangan dan rintangan T_T

Pokok unik. Lawa kan ? 






Itu sahaja yang dapat dikongsi. Sorry ezza tak tahu nak letak caption apa kat gambar -.-

Terima kasih sumber-sumber gambar. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'