Wednesday, November 3, 2010

A NEW LIFE START NOW...

(ini antara memory yg dapat aq ingat sikit2 mase first time masuk sini...)
p/s: sini tue UiTM, Lendu Alor Gajah, Melaka...
26.6.2010
Tarikh ini merupakan tarikh aku mula melangkah masuk sebagai siswi di UiTM Lendu, Melaka. Hari pendaftaran bermula. Aku mencari kod kursus, aku nampak BM112, dan aku pun beratur. Rupa-rupanya setelah diperiksa aku sepatutnya di BM111. Apa tu BM111? Ok, biar aku terangkan, BM111 tu ialah kod bagi kursus yang sedang aku belajar sekarang. Kursus ni boleh lah dikatakan agak popular. Sebab maybe intake pun ramai kan.
Ok, berbalik tadi, aku pun beratur di belakang seorang budak perempuan. Muka dia putih-putih, tinggi dan time tu tak silap aku dia pakai tudung warna hitam. Dia datang dengan 3 orang perempuan. Aku tak tahulah siapa kan. Lepas tu, diorang ni sibuk bergambar, tapi aku cuma perhatikan jelah dari belakang. Oh, aku datang dengan family aku. Siapa? Abah,mak dan adik perempuan aku. Tapi time tengah nak beratur nak mendaftar nie, diorang tinggalkan aku, pergi makan. Aku agak terkontang-kantinglah sikit. Yelah time tu nak keluarkan i/c je, aku tak tahu nak minta tolong siapa pegangkan file aku. Geram lah sikit aku time tu. Oh, aku jugak ada nampak ex-schoolmate aku, Mia. Dia beratur kat tepi and depan aku. Dia beratur kat BM112. Lepastu dia tunjuk budak depan aku, dia kat Awin kat depan. Samalah kitaorang dulu satu sekolah and satu kelas. Sampai giliran aku, aku tunjuk i/c dan penjaga tu cari nama aku. Dia bagi aku satu kertas warna pink dan tertulis TUN KUDU 2302.
Emm, nama dan nombor kolej. Aku pun telefon abah dan kita orang pun pergi lah ke kolej tu. Dalam kereta kita orang pun macam tercari-cari manalah kolej aku tu. Kat peta yang telah diorang bagi, kolej tu dekat bangunan L. Tun Kudu? Sepanjang perjalanan abah sibuk tanya abang-abang yang jaga kat tepi jalan tu mana kolej aku. Walaupun jawapan yang diberikan sama iaitu “oh, encik jalan depan”, abah still sibuk nak tanya lagi. Macam-macam lah kan, yelah anak first lah katakan, nak masuk sini. Kita orang terpaksa park kereta kat depan ntah tnb kot, sebab dah penuh. So, bawaklah beg yang sebesar alam, dengan baldilah, dan macam-macam lagilah kan.  Turun bukit dan sebelum tu beratur dulu, tulis nama dan nombor yang ada dekat surat tawaran kat satu kertas yang diorang bagi. Ok, selesai dan tak silap aku ada 2 orang kakak and seorang abang yang jaga meja pendaftaran tu. Aku pergi lah naik tangga dan carilah bilik. Adoi, penatlah jugak kan sebab aku dapat tingkat paling atas iaitu tingkat 3. Bilik pulak tu kat hujung, jauhnya jalan. Yang ni aku tak berapa nak ingat dah, hehe so skiplah sikit-sikit ye.
Lepas dah kemas-kemas, mak jugaklah yang tolong, Kita orang duduk dekat pondok bawah. Aku tak kasi abah balik dulu. Yelah, tak nak lah tinggal sorang-sorang kan. Tak silap aku budak bilik aku katanya nak pergi pekan ke bandar ke. Kitaorang kejap jalan, kejap naik bilik, dan adik aku kejap-kejap pergi beli air kat akak sorang ni. Aku tak tahulah siapa kan. Sampai ke satu masa ni, abah pun nak balik. Sedih lah sikit, tapi aku tak delah nak nangis ni sebab aku dah biasa duduk jauh and aku pun pernah duduk asrama sebelum ni, walaupun 2 tahun je, tapi at least adalah sikit pengalaman tu. Aku pun duduk lah kat bilik dengan roommate aku. Macam selalu lah kalau jumpa orang mesti tanya nama and asal mana kan. Nama dia Aderina. Budak Shah Alam. Emm, tak silap aku, budak ni lah yang beratur kat depan aku tadi. Masa nak daftar kat kolej pun sama, dia beratur kat depan aku jugak. Emm….  Kita orang pun cerita lah sikit-sikit, dia kata dia ada kawan baik 2 orang kat sini. Sorang dududk kolej lain, and sorang lagi tu duduk depan kitaorang, tapi dia pergi makan ikan bakar, dalam hati aku emm, mesti makan kat umbai ni, yelah Melaka paling famous ikan bakar kat umbai lah. Cerita lah tentang diri masing-masing sikit-sikit, tapi aku atk ingat sangatlah apa yang aku cerita, sebab aku suka mendengar je. Lepastu, kita orang nak tidur sekejap, yelah penat kan, sebab tak silap petang karang ada aktiviti.
Bangun tidur, ada announcement kat bawah. Aku tk berapa ingatlah time ni, tapi yang pasti kita orang kena turun bawah and bberatur ikut level. Sampai kat bawah, aderina pun jumpa kawan dia, aku salam mak dia and yang ini aku ingat kita orang minta dia tisu, sebab masa tu, muka masing-masing dah berpeluh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my little tortoise *cuba pegang tortoise tu (guna cursor lah) --'